30 April 2007


Kuda

Malam2 mesti aku rasa , aku sedang menonton kuda. Rancak kuda berlari ke sana sini. Membawa tuan dengan setia sekali. Tuan tersenyum di atas , kuda gagah memacu kehendak.

Tiada bantahan. Walapun zahir nampak gagah, tetapi realitinya tidak begitu.

Tuan katakan ke sana, pecut sahaja tanpa bantahan. Biarpun nyawa sendiri melayang, tetapi atas dasar kuda, ia mesti dipatuhi. Itulah adat kuda.

Pilihanraya datang lagi. Aku terpacak di depan alat bernama TV. Tetapi aneh sekali, terasa stesen TV menjadi seperti kuda. Bosan sekali. Daripada melihat kuda sintetik, lebih baik aku melihat kuda ori di National Geographic. Mungkin selepas pilihanraya, TV kembali menjadi TV agaknya.

25 April 2007


Keputusan

Telefon berdering.
"Nak ke tak nak ?? Mak dah berkenan dah dengan mas tu ..!", tanpa intro mak terus menyergahku di satu malam yang hening.
Kaget tak terkata. Keputusan besar lagi. Sebelum ini keputusan besarku hanya berkisar tentang pelajaran sahaja. Tapi kali ini agak lain. Nak sara anak orang. Antara perkara yang teralalu rare bagi seorang kuli binari sepertiku.

Hela nafas tanda kaget. Pujuk diri agak tenang agar keputusan yang bakal dibuat tidak 'mencederakan' banyak pihak.

"Alaa...bang! Terima je laaa , " sampuk suara adik di belakang ibu.
Aduss....nak terima ke tak nak nih??
"Nanti la mak, saya fikirkan...", satu keputusan tawar diberikan.

Malam itu hati tidak ketaruan. Adakah aku bertepuk sebelah tangan ?
Belek buku akaun Tabung Haji. Bibir melebar senyum.
"Erhmm...lepas kenduri nih..." , bisik hati.

"Hek elehhh....kenduri apa barang !! Kang bertepuk sebelah tangan, malu je" bunyi suara latar dengan efek gema.

"Aku nak 'dirikan masjid' aaa....", aku counter balik suara latar tersebut.

Hening.

24 April 2007

Mudah

Jika ditanya apakah perkara paling mudah dibuat dalam dunia ini selain tidur ?

Apa kata saya jawab tuding jari. Setuju ?
Hehe....

Cuba paling kanan dan kiri.
Depan dan belakang. Atas dan bawah.
Apa yang anda lihat ?
Ya! Kesalahan orang.
Mat rempit salah. Rancangan TV salah. Kerajaan salah. Artis salah. Majalah salah. Internet salah. 3G salah. Jiran salah. Sapa lagi salah ?

Memang mudah kan ? menyalahkan orang. Tapi jika orang yg kita salahkan tiba2 bertanya...

"Habis ? itu salah, ini salah , mana yang betul ? haa..apa tercegat kat situ....kasi aa alternatif ????"
Agak2 apa kita nak jawab ?? Hehhee....

23 April 2007


Qunut ?

"Hish, ko tahu surau X tu tak wat Qunut , hishhh"
"Tu puak2 Wahabi aa tu...pelik depa ni"

Telingaku pasang dengar. Perbualan 2 orang 'mufti'.
Macam ilmiah je, tapi hampas je sebenarnya.
Masing2 mengeluarkan hujah mengikut selera dan perisa masing2.

Ikut sedap nak taruk banyak maka 'ajinomoto'. Nampak macam sudah pertengahan 40-an jika di ukur dari sudut kedutan dan kuantiti uban di kepala. Tapi , sayang, garam2 yang terkumpul masih lagi tidak dapat membezakan antara intan dan batu. Sekeh baru tahu !!

Isu ranting Qunut dan Tahlil , kita masih lagi tidak dapat bersepakat dan berlapang dada.
Penyelesaiannya memang mudah tapi payah.
Mudah jika kaki kita diringankan sedikit mencari muatiara2 ilmu di surau2 dan masjid2 berdekataan atau berjauhan.

Payah jika kita masih ingat dengan saki baki umur sekarang memberi mandat kepada kita menghukum itu dan ini tanpa menyelak dalil2 dan hujah2 ilmiah dari kitab2 sahih. Hanya berpandukan dari wahyu2 otak Melayu. Alahai .. hehhehe...

Hermm....
Qunut pun sah , Tak Qunut pun sah!
Yang TAK solat subuh tu yang TAK SAH !! Hehhehe...

20 April 2007

Main !!

idea tiru dari blog sumi

"Ada apa kat Ijok tu bang ?"
"Apa lagi . pilihanraya aa tu kot. Bosan aaa..."
"Oooo...alih aa channel lain kalau bosan"
"17 aa...CSI tak tengok lagi "
"Ayah!....yah!", AY menarik kain pelekat.

Jeling. Lego selambak depan mata.
Bangunan. Kuda. Jambatan. AY buruh . Aku project manager.
"Bawa ni kat atas", arah aku. AY akur. Susunan sudah menjadi.
Praghhhhhhhh!! AY runtuhkan. Tanda permainan pusingan seterusnya.

Tangan memetik saluran 20.
Berita Palestin lagi. Mati dan mati.

"Ahmad Yassin nak pergi Palestin ?", dugaku.
"Pa...ess...tinnn !!" pelat tapi bersemangat.
"Palestin", aku betulkan.
"Pa...ess...tinnn !!", tetap pelat.

"Haa .. maas", ajar lagi.
"Hamaccshhh".

Moga dikau tetap bersemangat. Amin.

19 April 2007


Bawah Tanah, Atas Tanah

"Apa kabar semuaaaa ???"
"Are u reaaddyyyyyyyy..............."
Yeaahhhhhhhh.....let's rock.... !!!!!!!!!!

Zaman batu. Paleolitik, Masolitik , Neolitik , ntah apa litik2 lagi. Orang zaman batu bercawat, mencari rusa, makan, berkelamin, bercahaya mata dan mati.

Itu zaman batu . Sekarang zaman tanpa wayar. zaman orang mahu cepat dan segera. Islam masih lagi Islam. Tidak berubah. Malah semakin murni seiring dengan zaman.

Dulu Rock sekarang Dakwah. Sinonimnya Akil Hay dengan motto tersebut. Zaman kegelapan berlampiaskan gitar dan drum melaungkan prinsip perjuangan rock. 2007 , dia kembali lagi. Imej baru. Prinsip bertukar. Letak bendera lama, pegang bendera baru. Bendera ini sepatutnya kita sama2 pegang. Ya! Orang2 muda. Jiwa Tegar.

Beliau merupakan fenomena. Jarang artis yang mempunyai pakej ini. Tampan, Lunak Suara , Ilmu Sarat di Dada. Ramai artis hanya menayang dada dan pinggul demi ranking dan julangan media. Tetapi ilmu agama berkarat dan sirna. Erhmmm....cakap tak guna.... Beli aa album Akil Hay ... layan beb !!

18 April 2007


Soalan kepada Flickr (Pemilik Kamera Berdigital)?

Apakah objek yang paling anda obses ?
Bagi aku, tentulah wife AY aku.

setiap gerak lakunya pasti membuatkan kameraku tidak duduk diam. geraklakunya yang bersahaja, membuatkan petikan kamera tidak jemu2 meratah. setiap angle pasti ku optimakan. e ceh !

selain AY ?
kereta. ya !
selain kereta ?
hutan ? tak minat sangat ....
tak kan tak de dah ?
macro. ya macro .. aku suka mengambil gambar dalam mode macro. tidak kira objeck apa waima seekor lipan sekalipun. setiap objek di dunia punya karisma tersendiri. akan tetapi kamera ku sekarang akan menggeleng jika di macrokan. tidak dapat memuaskan nafsu aku.

aku mahu d50 !!! arghhhhhhhhhhhhhh.....fulusss !!!

17 April 2007


Jauh

2001
Ibu melipat kain. mataku ralit memerhati lembut dan tersusun sekali kerja laku ibu. mata ku alih ke arah rancangan tv. tak menarik.

"Mak! kita pergi Mekah nak?"
Mak tersentap. Tangan berhenti dari melipat. Ingin mendengar penjelasan anak bujangnya itu.

"Ustaz tu cakap, kalau nak pi Mekah, bukan setakat niat sahaja, kena daftar haji sekali kat Tabung Haji, baru betul. Nanti saya buatkan akaun mak. Kumpul la sikit2, mana tahu ada rezeki"

Mak makin galak mendengar. Tidak berkata apa. Senyum terukir. Mahal sekali. Mak tidak pernah merasa kebahagian. Sejak kecil sering di anak tirikan. Kaki mak yang tidak seperti manusia lain menambahkan lagi penderitaan. Sekolah tidak di hantar. Terus bekerja mengasuh anak orang sampai remaja. Ragam menjadi pengasuh tidak seperti manusia lain.

Harap Mekah bisa mengubat kerinduan mak. Amin!

16 April 2007



No! No! No!

1978
Jasad ku mengeras. si emak galak memujuk.
"Nak tuhhh" , jari telunjuk memberi arahan
Mak lembutkan kata2 namun anak jantan tetap kaku di depan gerai jualan mainan. Penjual senyum. Mak mengerut. Duit di tangan makin mengecil. Si anak mahukan mainan. Aku tetap mahukan mainan.
Si emak turutkan aje. Duit dihulur, mainan di tangan. Senyum terukir dari budak hingusan.

2007
Tangan AY mengeras. Aku tarik .
Mata AY memfokus kepada kereta remote control. Aku gubra. Duit di tangan makin mengecil. Ku tarik juga AY. AY membatu. Arghhhhhhhhhhhhh !!!

13 April 2007

Terima kasih kerana datang, datang la lagi ... jangan malu2.

12 April 2007


Kurangkan manis dalam senyuman, tambahkan manis dalam minuman.


teh, nescafe, kopi. minuman wajib bagi anak tekakku.
aku semakin ketagih. pabila pagi dan malam. sentiasa menggeletar tangan dan kaki mencari cawan. menggaru2 kepala di mana ku tarukkan teh serbuk. susu memang di peti ais.

oh! di dalam kabinet dikau menyorok. siap ko!!
2 sudu teh. bancuhkan dengan air panas. kacau.
ambil penapis. jiruskan air campuran tadi untuk mendapatkan pati teh sejati. jgn lupa hirupkan aroma erotik teh cameron highlands.

cari susu. masukkan ke dalam teh. 2cm sudah memadai.
kacau. berdiri dan buka kain pelekat dan ikat kembali agar sedikit longgar untuk memudahkan pengaliran usus.

ready !! syrrruupppppp !!!! ya Allah ! nikmatnya !!

11 April 2007


Senyum

Mereka senyum, kenyang dan tertawa. Kendatipun status bergelar pendatang tanpa izin. Mereka dibelai sedemikian rupa. Bukan kerana apa. Utk melawan. Koboi Dunia Amerika ,tuannya Zionis dan balacinya, Britain sedang menunggu lampu hijau. Utk menghalalkan peluru dimuntahkan di bumi bernama Iran.

Tetapi sang perdana menteri sudah membaca teka teki. Sudah tahu akan nafsu amarah mereka. Ingin melihat negara Iran hancur. Maka mereka mengkambinghitamkan tentera2 'jambu' Britain. Media cukup bermakna. Biar dunia melihat ketelusan. Pintu diplomasi sentiasa terbuka.

Nah! Mereka sudah pulang dan bebas. Maka sudah terkenal seperti Mawi. Di tanya itu dah ini. Jawapan memang kita sudah menduga. Mereka dipaksa. Aku senyum. Iran pun senyum. Tekan butang 'play', nahh.... satu dunia melihat mereka riang ria.

Amerika dan Britain kecewa lagi. Simpan lah peluru itu untuk menembak burung atau gagak liar sahaja.

10 April 2007


Marah

Waktu kecil. hingusan. musim buah. kebun di hujung kampung. berpakat dan bekerjasama. mengendap dan mengintai peluang. girang memanjat pepohon manggis dan langsat. tuan kebun ketiadaan. lazat sekali. seronok.
makan tanpa mengingati antara pahala dan dosa. rakan2 semua sekepala.

sayup2 terdengar. hembusan kemarahan. tuan kebun datang menyinga. jatuh berderap . lari berderai. itu tanda kami telah menceroboh ke kawasan larangan. tanah itu milik Pak Ngah X (nama di samarkan). segala yg berada dalam radius gerannya adalah miliknya waima sebatang kemuncup. itu tanda sayangnya tuan terhadap kebunnya.

kami telah dewasa. kami dengar satu suara. mengatakan kami ada tanah di sana. ye tanah ! tanah itu milik kita semua. gerannya sudah termetrai lama. hanya kita tidak menyedarinya. tanah itu bernama Baitul Muqaddis. di atas tanah itu ada sebuah masjid ternama. Al-Aqsa namanya. Masjid itu milik kita.

Aku dengar masjid itu di ceroboh sekarang. Aku patut marah. Semacam marahnya pak cik X . Mari kita marah. Marah dengan menderma ke sana. Marah dengan berdoa ke sana. Marah dengan perisa rasionalis.

Menci!!

09 April 2007


Supernatural

Aku hanya memerhati.
Telur diratakan seluruh tubuhku. Suhu
badanku tidak menentu. Panas membakar. Ubat habis di telan tetapi Allah masih lagi mahu menguji.

Telur dipecahkan. Kelihatan tompok2 merah. Aku kaget. Apa kah itu ?
Lantas mancis dinyalakan. di halakan nyalaan api ke tompokan itu.
Aku bingung lagi. Tak dapat ku simpulkan kejadian aneh ini dengan bukti saintifik.

Selang sehari. demamku kebah. Alhamdulillah. Kejadian semalam aku tidak ambil pusing. Hanya menurut cadangan mertuaku agar mencuba perubatan tradisional. Hehhehe.....cuak! cuak!

Itu semua kuasa Allah.

05 April 2007


Mana satu ?

"Lawa aa iPod tu "
"Hishh, kalau convert henjin kancil aku ni pun mantap gak ni"
"lawa la pulak katil IKEA ni , geram wa nak rembat satu "
"N70! adussss...cair beb !!"
vs
"Bang!! ... baju Yassin ni dah ketat dah "
"Bang!!....kita beli aa buku ust Zahazan tu..."
"tak yah ngada2 , beras dah nak habis tuu"
"Bangggggggg.......gas dah habissssssssssssss"
"Bang ! pi solat jemaah isyak kat masjid nuhhh"
"Pi laa main ngan Yassin tu... seharian tak jumpa abang ...."

Alaaahaiiii......!!!!!

04 April 2007

Bunuh

Bila kita mendapat berita saudara terdekat meninggal dunia, cepat2 kita bergegas dan tidak ketaruan. Apatah lagi dia merupakan ayah, ibu, adik, nenek, bapa saudara atau rakan2 terdekat kita.

Kita ingin menghadiahkan al-Fatihah sebanyak mungkin. Kita mungkin ingin memandikan jenazah, menyembahyangkan dan mengiringi ke perkuburan. Itu tanda kita sayangkan dia. Lebih2 lagi saudara terdekat.

Buka TV.
Palestin, Iraq, Kashmir, Indonesia, Sudan....tidak larat menaip. Itu tanda ramai lagi saudara kita. Walaupun hitam kulit mereka,penyetnya hidung, kurusnya mereka kerana kelaparan dan perang saudara, dan banyak lagi walau pun. Mereka tetap berpegang dengan kalimah syahadah yang SAMA. Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan ALLAH dan Muhammad Itu Pesuruh Allah. kan sama ? Kita sains MoU yang sama. Ttp kita selesa , mereka tidak.

Hulurkan tangan, panjatkan doa.

03 April 2007

Laki Tak Rasa

"Abg, kalau saya pindahkan kandungan ni kat abg, nak tak ?, cuba rasa sekali macam mana pregnant"
"Errkkk"

Nak jawab Yes, memang boleh, pasal memang sebagai seorang yang mempunyai halkum, mustahil bisa mempunyai rahim, ttp kalau di fikirkan secara kartun, agak2 apa akan jadi kalau laki2 pregnant ?

Bukan melawan kuasa Allah, ttp walaupun secara fizikal kita tidak boleh merasa, sekurang2nya kita dapat menumpang penat jerih sang isteri.

Siang penat bekerja, malam melayan keranah anak2 yang tidak reti2 bahasa jangan!. Lagi di jangan , lagi di buat. Secara teori kita faham, anak berbuat demikian kerana inginkan perhatian ttp keletihan melampau menyebabkan nafsu memintas akal. Hehehehe.....

Itulah lumrah rumah tangga. Tanggung jawab adalah segala2nya. Bermula di saat mengenggam erat tangan tok kadi melafazkan akad nikah. Tidak berakhir di situ. Cinta akan berputik setelah kita mengharungi lautan bergelora bersama. Bersama bergandingan memelihara bahtera.

Gedeganngggggggggg!!!!
Pecah lagi cawan !!
Ahmaaaadddd Yasssssinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!