30 Mac 2007

Offer Letter Blues

"Gunx! Betul ke ko dapat offer letter ?"
"Yerp"
"Habis, ko terima aa ?"
"Yerp"
"Kat mana dapat ?"
"Jauh gak"

29 Mac 2007

Grunge With Pak Cik Masjid

2004
Selesai solat Isyak. Sorang pakcik yang merupakan muka regular kat masjid mengajak aku menge'teh. Sebagai salah seorang penge'teh tegar terulug di Asia, aku menerima ajakkannya.

Nescafe Tarik Kow satu. Menu biasa bagi tekakku.
Kami berkampung di satu meja. Aku termuda. rata2 sudah bertaraf warga emas. Aku berasa agak janggal kerana terpaksa menapis sebarang topik agar tidak sensitif. Tidak enak mengeluarkan topik2 yang kadang2 tidak sesuai diutarakan kepada mereka.

Motor ku parking berdekatan dengan meja penge'tehan. Helmet old-skol, aku sidaikan saja di rear-view mirror. Selamat ku fikirkan kerana jarak kami berdekatan.

"Eh! ko lekat stiker tu?"
"Ya! Hehehhe"
"Penyanyi tu mati bunuh diri kan ?"
"Ah huh", aku sengih tanda malu campur respek. Bukan respek pasal stiker Kurt Cobain yang aku lupa nak buang tuh! (baca : penampalan di buat ketika zaman kemaruk Grunge sekitar akhir 90-an), hehe..tapi aku respek dengan knowledge pak cik tuh. hehhe.....

Semenjak itu, aku tidak pakai helmet itu lagi.

Caya aa pak cik !

28 Mac 2007

Separuh Nafas

Kali terakhir ketika ayahku nazak. Hospital menjadi rumah kedua. Adik beradik saling berganti. Menjaga makan, minum, buang najis, mandi dan kencing. Semua perlu dijaga. Adat orang sakit. Tabi' seperti kanak-kanak kecil. Merengek dan menangis jika memerlukan bantuan.

Itulah senario manusia pada fasa terakhir. Umur senja akan ketemu dengan teman-teman bernama kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi. Mereka datang untuk menguji kesabaran dengan ujian Ilahi. Dengan sakit, mulut senantiasa ingatkan Dia. Jika cergas sepatutnya lebih lagi. Tetapi formula itu tidak semestinya menjadi.

Aku ke hospital lagi. Kawanku ditimpa ujian. Ku doakan dikau sembuh , sahabatku. Luruh hati melihat kesedihan. Cair jiwa mendengar bacaan al-Quran anak2 dan isterimu bertalu2. Agar telingamu sentiasa diadunkan dengan mukjizat terbesar umat Islam. Al-Quran.

27 Mac 2007


A Must-Go Place, Meh Menabung !

*gambar ihsan bro rizal, ittutor


Buku dan Baca. Satu Krisis.

Sebagai peminat buku, err.. so called aa.., sering aku menghenjut dalam serat sebulan utk membeli buku. Kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan naif dalam ilmu parenting , sering sahaja topik seperti itu menjadi buruan. al kununnya, hingin menjadi bapa yang paling champion di alam maya.

Tetapi aku menghidap penyakit atau boleh di katakan satu krisis. Beli dan simpan. Baca tidak menjadi amalan. Semangat pada starting grid sahaja. Bila flag-off , enjin dan suam-suam kuku. Hanya bertahan 2 helai, dan setelah itu menjadi penunggu setia di rak atau di bawah kusyen. Aku patut mengubah tabiat buruk ini. Jika buku itu bernyawa, pasti di lempangkan muka aku berulang2 kali agar aku menatapnya saban hari.

26 Mac 2007


Lawak Islami, Satu Lontaran dari Idealis Tegar.

Zaman thumb drive ni memerlukan pemikir2 tegar. Sejak kecil kita hanya dihidangkan dengan makanan2 minda import. Amerika dan Britain tidak jemu2 menyuakan mulut kita agar kita senantiasa kekenyangan dengan ism-ism mereka.

Ya, 2007 sudah hampir di pertengahan. Islam di persada seni masih dipinggiran. Tidak lagi bertaraf mainstream. Drama masih berkisar dengan watak2 sufism , masjid, ketayap, solat, haji dan poligami. Sudahlah sikit , watak2 pula tidak pula mendakwahkan ia dalam bentuk yang senang difahami oleh orang Islam dan orang bukan Islam.

Drama , sitcom dan filem tidak menjadi pendakwah malah meletakkan candu pula dalam pemikiran penonton agar nampak Islam itu payah, pelik dan mistik. Tidak mampu melapangkan hati penonton.

Apa salahnya kita plotkan satu sitcom komedi Islami ? Why Not ? Kita letakkan pelakon Cina, India, Melayu yang beragama Islam bercakap dalam English. Kenapa English ? Kenapa tidak Melayu ? Biar English , marketnya besar , beb ! Mungkin boleh dipasarkan ke luar negara. Agar seluruh dunia melihat Islam itu simple dan mudah diadaptasikan dalam kehidupan.

Hanya lontaran dari peminat sitcom komedi. hehhehe

23 Mac 2007


Omputih

"Farid ada, pakcik ?", tanyaku setelah menongkat kapcai buruk ku.
"Ada kat atas nuh, pi aa naik", jawab pak cik mat arif yang tahu sangat akan tujuan kedatanganku ke rumahnya jika dapat tahu anaknya balik bercuti dari ITM, Shah Alam.

Farid (nama sebenar, apa barang bukan nama sebenar!!) menjengulkan kepala , berpeluh. Aku senyum2 simpul. Kemaluan2 gittew. Ada hajat ttp malu hendak diluahkan.

"Farid! Ko hajar aku bahasa omputih leh tak ?", pintaku.
"Boleh", selamba jawapan. Kebetulan pulak dia sedang mengambil jurusan TESL. Jadi, aku rasa dia bisa menjadi sifu untuk pelajar dungu sepertiku.


"Esok aa mula eekkkk, hari ni aku penat aaa", tegas Farid.
"Baik sifu", aku mengiyakan tanda puas.

Harap keputusan SPMku dalam paper English bisa melonjak. Guru di sekolah mengajar seperti pergi melancong. Datang dan pergi. Munkin menyesal kerana mendapat tempat di sekolah underdog. Cis ! Dun Play Play huhhhh !!.


Keesokan hari, aku memulakan kelas bersama Sifu Farid. Thx Bro !!

22 Mac 2007

Bahasa

Melayu, Arab dan English.
Ye! aku selalu angankan agar dapat melembutkan lidah bertutur dalam 3 bahasa di atas.

Melayu
Bahasa ini tidak perlu diberi perhatian sangat. kerna sejak keluar dari rahim ibu, aku disuapkan dengan bahasa ini. cuma slang-nya berbeda2. tinggallah di perkampungan, loghat Pahang yang pure membuatkan aku bisa menuturkan bahasa Melayu dengan baik. Lewat 80-an , kebanjiran pendatang Indonesia di kampungku, menambahkan lagi penguasaan Bahasa Melayu versi Seberang. Tidak menjadi masalah bagiku menonton Bawang Merah Bawang Putih. tiada subtitle bukan merupakan masalah besar bagiku.

English
Peringkat sekolah rendah , diberikan aku pendedahan bahasa ini. Mulanya agak pelik. Namun, kerana kegigihan cikgu, aku bisa menonton sitcom dan drama siri import dari UK dan US dengan baik. Mampu buat2 ketawa jika aku rasakan kata2 si pelakon tersebut adalah bernada lawak. Kata2 semangat cikgu sementara dari UIA (lupa nama dia), agar pelajar sekolah arab mesti menguasai English masih segar dalam sanubari. Selama ini, matapelajaran English di sekolah arab seolah2 makhluk asing. Kata2 nasihat yang rare itu membuatkan aku membeli surat kabar tertebal di Malaysia (baca: The Star) saban hari demi memenuhi hasrat.

Arab
Tanggapan masyarakat, pelajar sekolah arab mesti tahu cakap arab adalah salah sebenarnya. di sekolah , kami tidak di ajar bercakap, ttp kami di ajar menghafal dan me'muntah'kan di atas kertas peperiksaan. Tidak pelik pelajar yang mendapat A1 dlm subjek Bahasa Arab Tinggi, tetapi gigil bila kita tanya dia dalam bahasa Arab. Sistem yang menjadikan mereka begitu. Tidak pelik dan jangan kita menyalahkan mereka. Orang itu termasuklah aku sendiri. Tetapi , lewat 2000, ku cuba riki2 kelas pengajian bahasa Arab di KL. banyak sebenarnya. Tetapi kene pandai riki, kerana takut terperangkap dengna sistem lama. Sistem yang hanya membuatkan aku pandai berkata "Kaifa haa luka " sahaja. Tanya lebih, aku buat2 pengsan tanda melarikan diri. Syukran Ustaz Lutfi !

20 Mac 2007


Pengawas

Masing2 macam tak percaya. Namaku diumum di khalayak ramai pada perhimpunan rutin Isnin nan cerah. Aku hairan. Bagaimana aku bisa dipilih ? Padahal mengikut rukun2 untuk menjadi pengawas sama sekali tidak ada pada diriku. Tetapi aku di pilih.

Setahuku , tidak ada apa2 suapan ku berikan pada ustaz2 yang rata2 berkelulusan Al-Azhar dan Jordan itu.

Sekolah menjadi hening. Semacam hendak kiamat. Masing memuncungkan mulut tanda protes betapa kontranya jawatan tersebut dengan jasadku.

Aku ke depan. Sengih2 kelat. Berdiri sebaris dengan rakan2 sejawat di depan khalayak. Aku bakal menjadi pengawas utk sessi tahun tersebut. Pasti bangga orang kampungku.

Namun, ku sangkan langit cerah hingga ke petang..... Cikgu Salleh yang ternyata amat tidak menyukaiku menyingaikan misai. "Opss....ada ralat, bukan Ahmad Rizal Mohd Ghazali tetapi Ahmad Rizal Abd Aziz". Kalau Ahmad Rizal Aziz semua orang kenal. Hensem dan Pandai dan Bagus.

Jemaah senyum tanda setuju. Aku tunduk tanda kemaluan. Perlahan2 ku susun gerak balik ke sof. Cikgu Salleh senyum tanda puas. Hari itu, aku menjadi tajuk utama perbualan.

Boy In Red

19 Mac 2007


Ke Utara Mencari Permata

Sudah lama tidak ke utara. rindu rasanya menghidup udara di sana. sudah lama paru2 ku menerima kotoran2 monoksida di kota Kuala Lumpur yang penuh dengan batu2 dan konkrit tidak berperasaan.

Ust Shuib nama diberi. Peramah dan kelakar orangnya. Namun di sebalik lawak ketawanya tersimpan satu hasrat menggunung tinggi. Ingin melihat anak2 muda bersamanya. Ingin melihat udara Islam tersebar di pelosok dunia. Kedutan2 di wajahnya tidak sedikit pun menggambarkan keletihan, pesimis, lemah dan putus harap. Tetapi jiwannya masih hijau, panas dan berapi. Kagum! Tidak logik orang seusianya berjiwa besar demikian. Tetapi sebagai orang muda, aku rasa inilah 'permata' yang aku cari.

E ceh ! .... agak sentimental kali ini. huhuhuh.....

16 Mac 2007


Humour

Sienfiled, Friends, Frasier, 2 and a half man, 3rd rock from the sun, That;s 70's show. senaraikan. memang banyak. siri sitcom2 ini menjadi bookmark. stesen tv berebut membeli. penonton berderai ketawa. lawak barat perlu diteliti. baru boleh ketawa.

tidak seperti lawak kita. perlu sakitkan badan utk tertawakan orang lain. perlu jadi pondan. perlu pura2 cacat. perlu pura2 sengau. perlu pura2 pelat. masih sama nampaknya lawak kita.


Lawak Barat tidak semuanya baik. di samping kita ketawa, sedikit2 'jarum' disuntik. perlahan2 agar kita menjadi biasa dengannya.

Pertamanya, syukran kepada Sen kerana memindah turun sitcom Canada ini. Little Mosque On the Praire nama diberi. nampak santai. kita boleh ketawa. membawa realiti ketakutan Barat dengan Islam. membawa realiti umat Islam minoriti di Kanada. nampak subjek seperti serius. tapi di bawa kita ketawa. ketawa untuk membuang 'jarum' di atas. Agar masyarakat Barat boleh bernafas lapang bila mendengar Islam.

Ya ! itu di Kanada. bagaimana di Malaysia ? Ketawa kita bagaimana ?

Makan nasi dengan A.Galak,
Aku nak gelak.
Wakakakakkaka....Gelak la Gelak la, aku buat lawak ni . Wakakakkak...

15 Mac 2007


Fly In The Sky

"Meh, meh makan! Karang karang aa baca buku tuh ", perintah biasa seorang ibu mengajak anaknya makan. "Sekejap lagi mak", sayup suaraku menjawab.

"Cepatttt...........!!" tone ibu sudah tinggi.
Kaget aku dengan suara sebegitu. Itu tandanya urgent. Makan bersama memang acara wajib. Tidak seronok jika makan secara solo. Berebut gulai, bersilang tangan, berderai hilai ketawa. Satu hiburan tidak ternilai. Itu saja pengikat hati.

Sudah 2 bulan aku tidak keluar malam. Acara menge'teh tidak dapat lagi diteruskan. SPM makin menampakkan diri. aku makin takut. Tradisi keluarga harus dipecahkan. Keluarga Mohd Ghazali tidak pernah menggapai langit. Aku ingin mencuba. Meskipun tidak tercapai, namun kakiku perlu berada di bukit atau busut menandakan ia tinggi sedikit dari kadar biasa.

Ayahku diam sahaja. Kaki kanannya tetap kaku. Hanya bertongkatkan kaki kiri. Ibu tetap setia membuat karipap hingga larut malam. Helaian demi helaian buku ku selak. Mata kuyuku terus ku tongkat. Teh setia di sisi sebagai steroid menghalang otak menerima isyarat mengantuk.

SPM tetap datang. Aku ingin menggapai langit. Maafkan aku SMA !! Aku melalaikanmu. Apakan daya. Otakku hanya 128mb.

SMA=sijil menengah agama

14 Mac 2007

Dreams

"What;s your dream?", tanyaku.
Aman terkejut dengan pertanyaan selambaku.
Lama dia menghela nafas. Tatkala kebosanan menunggu keputusan acara bawa ping pong dengan sudu anjuran tadika isteriku, aku menanyakan soklan ntahapaapa itu.

"Nak berniaga", ringkas jawapan.
"And what's your dream?", soalanku dihantar kembali.

"I wanna become a novelist", ceh! yoyo jek ....
Tapi oleh kerana aku kurang bercakap, let's my hand do the talking.

Sudah lama terpendam. Tapi tindakan belum muncul. ramai sahabatku yang tak hensem pandai menulis. menulis mengurangkan tekanan. ntah betul ntah tidak. tapi inilah caraku.

Tapi tulisanku cara jalanan. Bahasa tunggang langgang. Engkau dan aku. Gua dan lu. Dewan Bahasa dan Pustaka pasti baran. Tapi apakan daya, jika tidak begitu, hati tidak puas.

Jadi, mari menulis.

eh! betul ke aku kurang bercakap ?

Wake up

Syaitan memasang rantai. tatkala jasad beradu. biarkan telinga pekak. khayal dengan buaian mimpi.

Ohh....kita ada jampi utk itu. Putuskan rantai tersebut. Syaitan kecewa lagi.

13 Mac 2007


Penjaga ScoreBoard Yang Setia.

Remp-IT

Sebelum tunggang, baca doa. pesan guru ketika kecil. Mak dan ayah tidak jemu2 mengingatkan kita. Doa merupakan senjata. Orang bukan Islam tidak ada ini. Mereka hanya menyerah kepada colok dan patung. Material yang tidak punya apa.

Mulakan dengan gear pertama. Perah perlahan2 throttle. Lihat di hadapan. Jeling cermin pandang belakang. Analisa gerak laku kenderaan di belakang, di depan, kiri dan kanan. Ke mana agaknya hala tuju mereka.

Jika segalanya baik. perah laju sedikit. Pastikan berada di lorong yang betul.

Yeah! Selekoh di hadapan. Hujan. Perlahankan kenderaan. Tarik brek hadapan.
Apa ? brek hadapan ? brek cakera angguk tanda setuju. di cengkam tayar hadapan. Bunga tidak dapat mengigit jalan. Meluncur laju. Motorku senget. Telingaku kabur. Pandanganku hilang. Motor menyembam.

Siku dan lutut. Maafkan aku.




12 Mac 2007


Tangkis

Acara mingguan terulung ini dapat kami adakan walau pun terdapat kekangan dateline yang tak masuk akal. PM kami yang berhati kering akan memastikan kami meninggalkan segala kerja2 duniawi di pejabat demi memenuhi tuntutan badan.

Badan yang melengkong kerana mengadap kod2 keji, graf2 mengarut dan juga digit2 tahyul perlu diberi ruang agar dapat di lampiaskan dengan perkara2 yang lain.

Secara muafakatnya, kami bersetuju memilih badminton setelah di kaji dengan jumlah ahli yang semakin berkurang dek kerana 'tsunami ' bulan2 yang lalu telah menyebabkan beberapa ahli tegar meninggalkan kami. Selamat berjaya kengkawan.

Ya! dengan saki baki ahli yang ada, di harapkan aktiviti ini dapat diteruskan walaupun dateline projek seolah2 menyuruh kami berada di depan komputer 25 jam sehari. hehehhe....

Syyy...korang agak saper yang menyemash di atas ????

Subuh

Bangun. perkataan paling tidak enak didengar bagi yang sedang lena di bawah selimut tebal. air-cond menyemburkan udara di bawah paras beku. di luar cuaca tidak mesra-bangun.

Sayup2 terdengar kokokan ayam yang setia berzaman. mengejutkan umat. Tidak diketahui apakah pekerjaaan mereka. sehingga liat mengagahkan diri. melawan arus. melawan cuaca. melawan rantai.

rantai yang mengikat kaki dan tangan. biarkan kita enak. mimpi belum menemui noktah. manusia ini perlu dilalaikan. berderai ketawa tanda kemenangan. tumbang manusia satu persatu dengan 'nikmat' itu.

Kumandang Subuh tidak dihirau. Sof di surau masih 'kemarau'. menanti setia manusia mengisi kembali. Musuh pasti akan bergembira. melihat layunya sof itu.

sampai bila ?


09 Mac 2007

Seks

Topik ini jika diutarakan, mata layu jadi merah menyala. Relevannya naluri manusia akan tuntutan ini. Secara default, 'plug-in' sudah dipasang pada setiap manusia. Bercambahnya manusia di atas planet bumi kerana plug in ini. Lelaki dipadankan dengan perempuan. Persis beruk kat hutan. Secara default, mereka akan mengejar sang betina setelah 'menumbangkan' jantan2 periya lain.

Orang kata , dari mata turun ke hati. Hati bergelojak ingin merapati. Sang Dara ingin dibelai. Itulah lumrah. Sama saje seperti contoh beruk di atas. Beruk tidak perlu fikirkan sama ada sang betina itu tunangan atau isteri beruk yang lain. Apa yg perlu di buat adalah 'mengerjakan' sahaja. Berpegangan tangan , melentokkan kepala di bahu beruk jantan. Ceritakan masalah hati, keluarga yang porak peranda, kredit pre paid yang nak habis, jenama handphone terbaru di pasaran dan pasar malam terhebat di kota. Itulah beruk. Tak perlu fikirkan masalah ummah. Hanya kita berdua sahaja beterbangan girang.

Tidak ada satu pun agama dalam alam maya ini bisa membicarakan sedalam mungkin tentang seks. Semua telah digariskan dan kita hanya perlu patuh sahaja. Pasti jalan itu selamat. Jalan yang telah direntas seluas2nya oleh Rasulullah S.A.W ,para sahabat dan generasi awal yang gemilang.

Kenapa ? Kerana Islam adalah satu agama yang tersangatlah lengkapnya. Hanya kita saje membebalkan telinga menjauhkan diri .. hehhehe..... tazkirah lah pulak .. hehhee...utk aku la tuh , korang dah hebat dah ....

08 Mac 2007

Ambisi.

s
atu tengah hari yang hening. pagi hari kami diberitahu ada cikgu baru bakal mengajar. harap2 perempuan. sekolah kami ketandusan cikgu perempuan yang cantik berdedikasi.

maka, sebelum makan tengah hari, kami memulakan episod rumours. cantik ke dia ? baik ke dia ? model ke dia ? apa saje cetusan di kepala budak belasan tahun ketika itu. aku memasuki sekali sidang tergempar tersebut.

menjelang petang, sekonyong2 arakian tibalah kelibat cikgu 'buruan' itu. alamak! segala fantasi kami tersilap. turning 360 degree !! muka garang teramat. melangkah 'gagah' ke meja.

memperkenalkan nama. lepasan UPM rupanya. ada degree youu!! ketika itu, orang berijazah seolah2 perlu dibentangkan red carpet. rare sekali manusia berijazah ketika itu. memang pun, menteri pelajaran zaman tu tak terfikir lagi nak 'memperdagangkan' sektor pelajaran ... huhuh.....

"Sila sebut nama dan cita2 korang", perintah guru baru. maka, sorang2 la bangun dan bangga dengan cita2 masing. aku sudah mula melajukan daya pemikiran. cita2 yang rare. rakan lain bangga dengan cita2 cikgu, bomba, ahli pernigaan, peguam. cita2 yang outdated. aku perlukan modal cita2 baru.

tiba giliranku.
"Nama saya Ahmad Rizal, cita2 saya nak jadi Pakar Sakit Puan", sekali nafas aku melafaz. lantas tersengih macam kerang busuk. kelas menjadi' panas'.

Cikgu pergi ke arahku. aku rasa dia pasti berbangga dengan modal baru ku ini.
Kelas diam.

Aku balik dengan telinga berbekas merah tanda di pial.

02 Mac 2007

Call

Sedang kami sekeluarga nyenyak tidur, satu panggilan dari seorang perempuan sudah masuk.

"Dah tidur ke ?"
"Tak lagi"
"tak dapat nak tidur aaa...."
"Eh! apasal ?"
"Belakang sakit aaa..., Kerja tak teruk , tapi malam2 tak leh tidur , tak pe, dah larut mlm ni, pegi aa tidur dulu"
"Baik"

Nampaknya sakit belakang mak aku masih tak sembuh.

Tudung Di Alam Perdana

oleh Gunx

Semenjak kecil penulis disogokkan dengan ayu wajah pembaca pemberita. Penerbit2 TV tempatan dan luar negeri seboleh2nya mahukan pembaca berita yang direkrut mampu melekatkan punggung penonton. Sememangnya itulah adatnya. Di samping wajah yang ayu, kepetahan bercakap serta intonasi juga amat dititik beratkan.

Pakej ini bukan sahaja diimpikan oleh penerbit, malah para 'protege' atau bakal2 pembaca berita turut mengimpikan pakej tersebut. Malah tidak hairanlah, dengan kebanjiran stesen tv swasta mutakhir ini, berita2 perdana melambakkan 'produk' ini. Maka, terpacaklah pakcik2, abang2, tok wan2 'berjemaah' di depan tv.

Tetapi dengan kehadiran stesen tv9 baru2 ini, penulis kini mampu terukir senyum sedikit. Mengapa ? Adakah penerbit masih menggunakan pakej yang sama ? Dalam hal ini , pujian dan kredit seharusnya diberikan kepada TV9 khasnya kerana berani menongkah arus. Pembaca berita kali ini mendapat satu lagi pelengkap kepada pakej tersebut. Cantik , petah dan BERTUDUNG. Ya! TUDUNG. Di samping berita2 sensasi di udarakan, bit2 dakwah dapat diterapkan ke dalam kepala otak separa sedar penonton bahawa TUDUNG tidak menghalang wanita terjun ke alam perdana.

Di harapkan dengan langkah berani ini, penulis tersenyum simpul agar penerbit stesen tv lain berdikit2 membawa arus ini agar ia menjadi contoh kepada negara lain atau sekurangnya menjadi tauladan kepada makcik2 kampung yang masih istiqomah berkemban pabila menyidai kain di laman.

I rest my case

01 Mac 2007

Harus OPICK di k0nsertkan di Malaysia, satu tuntutan !!

Loe sudah dengar enggak lagu Opick ? Gue amat2 takjub sekali dong sama itu mas Opick. Sayang sekali tanter2 di kampung tidak dapat sekali menikmati lagu2 mas Opick. Gue jamin lagunya bisa menerobos.

Gue di sini suka sekali mencabar sama itu Hotlink Maxis agar bisa menjemput mas Opick bikin satu konsert di Malaysia. Gue yakin peminat2 tegar mas Opick pasti turun.

Suara ganteng mas Opick di campur pula dengan lirik2 yang waduhhhh.....gue suka bangat sihhh !! Loe wajib dengar, pasti bikin hati bergetar mengingat kematian. waduh! waduh...

Gue punya mobil sekrang, sudah di OPICKkan ... hehhe....tegar sekali dong !!!
Keretaku menyanyi girang.

Cuti. pagi yang hening. burung2 berkicauan mencari suapan utk anak2. kereta berbaris. asap karbon monoksida menyapa lubang hidung. menci!! , aku gagah meliar mencari port. kedai mamak. nescafe panas dan roti kosong. santapan yang mengundang penyakit. ttp apakan daya. nafsu melonjak inginkan suapan.

Emran gagah datang. aku smskan. order hanya air secawan. gah bercerita ttg pemain mp3 keretanya. aku diam bercampur jaki. orang melayu memang itu macam. pantang melihat kelebihan orang lain. mesti ingin sama, atau lebih atau orang itu musnah menjadi abu. melayu oh! melayu. nescafe aku hirup secebis demi secebis. hati aku bergetar.

Arghhh!! aku mesti cari itu barang. kereta aku bakal bergegar. petang itu aku ke kedai (baca: Digital Mall). mata meliar. barang di kesan. duit bertukar tangan. lantas mencuba di kereta miniku.

Alhamdulillah. sudah berbunyi hanya dengan mencucuk sebuah thumbdrive usang. lagu berkumandang tanda kejayaan. puas.

Isteri menjeling. satu 'tamparan' kata2 sang isteri hinggap di kepala.

"Bang! Daripada copy lagu ngarut2 tuh, baik copy surah-surah Al-Quran, anak dalam perut ni nak dengar gak"

Terdiam kaku. Orang Melayu mudah lupa.