28 Februari 2007

Mari Mengaji

Dari pagi ke petang, ke Kuantan. jumpa saudara, ziarah orang sakit, kendurim shopping. sibuk mengalahkan menteri. penat usah di kira. ukirkan sahaja senyuman. tak perlu di gusarkan. mata bertentang mata. sanak saudara kita berjumpa. tali di ikat serumpun.

maghrib menampakkan kelibat. keletihan tegar. badan hyper-utilized.
Bede hon kan motor kapcai di depan rumah. mengajak ke masjid. nekad nampaknya mengajak. aku tak berdaya menolak tatkala baru hendak menolak daun pintu. ku turutkan sahaja.

melangkah ke masjid penuh nostalgia. masjid yang ketika dulu bapa dan aku berbasikal berdua ke sana. bapa di depan, aku di belakang. pinta kepadaku membaca surah. bapa menamakan surah, aku membacanya. seronok. tajwid di langgar semata. bapa membetulkan. kini, bapa tiada lagi. hanya ibu tempat mengadu kasih.

ketika aku di utara tanah air, masjid sudah 'mati'. yang setia hanya yang menunggu pencen memenuhkan sof. anak2 muda galak di bandar. tuntuan material. di kampung tiada lagi cahaya kekayaan.

Bede, antara insan yang masih setia. melawan arus. masjid yg dulu sunyi kini kembali ceria. ceria dengan suara muda. anak2 muda sudah ingin mengenal huruf2 jawi. lambaian sunnah di sahut. aku ceria.

Tahniah Bede !! Lu memang World !!

27 Februari 2007

2 minggu yang kosong


-2 hari di Maran
-2 hari di Lipis
-kawan aku mula mengaji (baca: kawan aku berumur > 30 tahun). tabik !!
-masjid kampungku dah penuh jemaah. tabik !
-kawan aku dah jadi bilal. tabik !
-aku gembira.
-adik aku dapat kerja kerajaaan. selamat membuat pinjaman!

15 Februari 2007


Tua dan Muda

cuti ku henjut seminggu. lantak aa korang, aku tak kira, aku nak menghirup udara kebebasan. bebas sebentar dari binari2 jahat. ralat sintaks keji dan juga kitar hayat perisian yang membosankan.

sistem penggajian seolah2 faham akan bentak hati ini. dengan hanya modal 90 hinggit pada 14/2/07, pasti berita gembira kemasukan fulus pada keesokkan harinya, membuatkan dada melebar dan bibir bisa menguntum lerekan senyum ayu.

Otak ligat memutar akan kerja2 bakal di lakukan di kampung. pastinya ligat diri ini nanti. atau mungkin hanya lena di atas tikar mengkuang klasik milik ibuku.

Ingin rasanya bertemu, orang2 tua di kampung. Mereka kaya pengalaman. Pengalaman yang belum mampu dapat di bayar dengan wang berjuta. Kita orang muda bergelojak jiwa. pantang di 'gegar', bergetar jiwa terketar2 suara. orang tua lain langkahnya. di peratikan dulu rentak. baru di susun gerak. lawan pasti terkasima. mungkin menjadi kawan.

itulah beza tua dan muda. jadilah kita orang tua yang menebal ilmu di dada. jadilah kita orang muda yang berlapang dada.

14 Februari 2007


Hari Blok Sedunia

pagi tadi dah setting macam2 dalam kepala. menjadi rutin dalam kitar hayatku, mengarang ceritera kisah boring hidup. suka duka, manis pahit, masam kelat. seme aku hingin lakarkan dalam blog.

Tiba2 pagi ni, kitaran hidupku terganggu. Blog tidak boleh ke masuki. Tidak ku tahu angkara siapa. Hangin tidak terkira. Kemana patutku muntahkan kenangan terindahku ini. Blog aku sunyi lagi.

Kalau ku tahu siapa punya angkara, pasti akan tercalar keretanya dan kempis tayarnya*.


*=hanya kata2 semata, tiada tindakan nekad lagi setakat ini.

13 Februari 2007


"Jaga Mak ye !"

Itu lah kata2 terakhir yang dapat aku simpan sampai sekarang. Wan Imas yg sempat aku abadikan kenangan bersamanya dulu.

Rumah ku dulu akan ceria dengan kedatangannya. Lawak jenaka serta tutur kata yang menghiburkan amat2 kami sekeluarga dambakan. Suasana murum bertukar menjadi cerah dan mewangi.

Syawal lepas, sempat bertemu empat mata. Mulutnya terkumat kamit membaca surah al-Ikhlas. Itu sahaja surah yg dia masih ingat. Ingatannya tenggelam timbul. Jika mahu berbual, pastikan mulut letak dekat di telinganya. Tapi jawapan yang diberi tidak sama dengan soalan yang ditanya. Saya faham akan keadaannya. Tapi sebelum saya mengundur diri, sempat dia memesan. Pesanan yang saya rasakan tidak ternilai harganya. "Jaga Mak ye". Saya kaget. Dalam keadaannya yang amat payah itu, masih lagi dapat mengetuk jiwaku yang keras ini. Cair.

Kini , Wan Imas sudah tiada lagi. Meninggalkan kami di alam fana ini. Hanya al-Fatihah dapat kami hulurkan.

al-fatihah.

12 Februari 2007


Sejuk Hati


adakala aku hangin, ada kala aku marah,
adakala aku marah, adakala aku hangin,

AY, unik sifatnya. unpredictable. ada sahaja gerak lakunya yang menguji teori2 yg kita pelajari sama ada di kelas atau di buku. Orang yg gagah adalah orang yang mampu melawan sifat marahnya. Teori.

Praktikal, sendiri mahu ingat. Tak guna kita memarahi budak sekecil itu. Itu memang dunia mereka. Dunia mencuba dan mencuba. Kemarahan kita mematikan deria kreatif mereka.

Satu petang, aku sangat letih, ingin beradu sebentar, bantal tiada. aku rebahkan sahaja jasad.Selang beberapa ketika, aku di kejutkan. Argh....sapa lak ni mengacau aku tgh sedap landing nih ??

Eh ! Bantal di hulur, AY menguntum senyum. Aku kaget. Hati panas menjadi beku sesejuk salju. Telinga terasa fana. Dunia seolah2 berhenti berputar. Terketar2 aku menyebut "Terima Kasih". AY senyum berlalu mendapatkan kembali kertas contengannya.

Bercakap dengan CEO

tgh aku acting rajin wat keje, nampak kelibat boss besaq mai,
adrenalin tak ketaruan, apa lak nak kelentong nih...???

testing ngan maxis dah ok
testing ngan digi, baru first time metting, mau gak 2-3 bulan baru leh up kan link ...huhuh

jasadnya makin rapat, aku makin ligat melihat skrin monitor. peluh dingin rancak dirembeskan. otak ligat mereka2 jawapan kepada soalan2 subjektifnya nanti.

1 meter ke meja aku, aku di sapa.
"Uik ! Gunx....ni pesal Hamas ngan Fatah gaduh2 nih???"
Lerrr.....soalan ni rupanya keluar. Apa lagazz....goreng aaa......dah memang majoring ... hahahhaa.......

08 Februari 2007


Lidah

antara item2 kat badan kita yg amat payah di jaga adalah Lidah. lembut lidah orang cakap. cakap tak bertapis. lidah tak de insuran.

walaupun lembut dah tidak bertulang, ia amat tajam. sehingga boleh perbunuhan, tidak aman satu negeri,bermasam muka, putus saudara dan macam2 lagi. bahaya kan ? item bernama lidah. tak de lidah pun payah. payah nak bertegur sapa , nak tanya jalan, nak makan mee hoon sup, hirup kopi kemaman. Hmmm...cukup payah.

syukur lah kita yang berlidah. jadilah lidah kita, lidah yang berkualiti. lidah yang menjunjung sunnah Rasulullah , isteri Nabi , para sahabat dan tabi' tabi'in. tanpa titik peluh dan darah mereka mempertahankan Islam, kita mungkin sedang memegang colok atau menyembah patung di Batu Caves. sama2 lah kita pertahankan akidah agung ini. biarlah kita menjadi aset bukan liabiliti. kita sedang di 'kepung' sekarang. kepungan kejahilan, kepungan jumud akal, kepungan hedonisme, kepungan Zionisme.

Majulah Lidah untuk Islam.
Kemas

baru galas baju Melayu Johor. baru di iron. tapi dah berkedut. isteri merungut. penat di sterika tapi tak sampai 2 minit dah kedut seribu. kaget aku dibuatnya bila mulut si dia dah mula muncung.

sorry laaa yang...
Abg bukan tak nak jaga Baju ni, tapi AY ni ajak main.
*masam*

azan bergema tanda Isyak meraikan penghuni Seksyen 7, Kota Damansara.

Tukar la baju lain, hishhh...
Hhhehehe...*sengih bagai kerang busuk*
Macey...

Tanggal dan pakai set baju lain. Hijau. Baju Melayu tahun 2005. masih lagi cantik. terutama selepas di iron. spray sikit haruman tajaan Enchanter. Harum.

Engkol motor ku terajang. henjin mengaum tanda bersedia merempit. Trap! Gear 1 sudah masuk. Vrommmmmmmm......... Wave 125 ternyata tidak menghampakan.

Arghh...sof kedua rupanya.

07 Februari 2007

Filem, Musik dan Mufti

Pandangan mufti Perlis berhubung Filem dan Muzik Islam (FMI) aku agree 110%. sudah lama terbuku , sudah pun aku luahkan, namun masih buntu. tidak ke mana. masih dalam lingkungan cinta koprat, mistik hantu terbang dahagakan darah dara, cinta tangkap leleh lidah jejak lantai, lawak tepuk kepala, lawak terlanggar dinding dan pelbagai lagi method2 lapok zaman 80-an yg di recyle dan rebranded.


bosan teramat tapi itulah realiti. filem Islam nampak kaku dah tidak realistik. cina tengok rasa gerun. india tengok nampak pelik. rigid dan keras. mana unsur kasih sayang dan pemaaf dalam Islam ? mana akhlak terpuji ? aku rasa inilah juzuk2 yang selalu di anaktirikan. Islam hanya tampak beserban dan berzikir. tidak nampak ia hidup dalam masyarakat. not applicable in life at all. kontradik seperti yang Rasulullah praktiskan.

dalam hal ini, wajar kita toleh ke negara lain. Indon. Siri2 drama import Indon seperti Mutiara Hati (Tv9, 6 ptg), mampu di rasakan memberi impaks kepada penonton. walaupun bertaraf drama sahaja ttp lakonan dan skrip yg di garap , aku rasa bisa sahaja mengetuk jiwa2 keras. watak berjilbab berhadapan dengan manusia pelbagai watak. Tamak, Atheis, Dengki, Mabuk . semuanya di jawab dengan Islam dalam nada solusi yang pelbagai mengikut watak opponentnya. cantik sekali. bangat kalau bisa di tambah.

Nah ! mari kita bikin filem, Short Film at least. Free Your Minds.... e cehh .. sembang lebat ... hehhe

05 Februari 2007

Cina

bila sebut Cina, terbayang Fong Sa Yok, Jackie Chan, Bruce Lee, Wong Fei Hong dan Steven Chau. masing mempunyai kekuatan sendiri utk menarik penonton ke pawagam.

aku ada kawan Cina. ada yang muslim , ada yang non muslim. yg muslim aku tak risau sangat. depa sudah melangkah ke alam cahaya. compare dengan aku yg so called senior dalam Islam, malu tak terkira.

A (bukan nama sebenar), sudah hafal bbrp surah Al-quran. kalau pejam mata, rasa macam kat depan kita adalah orang Arab. bacaan fasih, tajam dan mantap. malu aku. memang patut berperasaan sebegitu.

B(bukan nama sebenar). rajin menolong orang dan ikhlas dalam apa yg di lakukan. compare dengan penulis. hhmmm....sendiri mahu ingat. malu lagi sekali.

itu lah cina2 muslim yg ku kenali. sukar mencapai keputusan memeluk Islam. 1001 satu perasaan. paling yg difikirkan adalah kata tohmah ibu bapa. bagaimana rasanya , anak yang dibelai , meninggalkan agama nenek moyang. berat.

aku ada tugas berat. jiranku cina. baik dan murah hati. dari Melaka datangnya. alangkah baiknya sifat baiknya itu dapat di pakejkan dengan Islam. erhmm....tulis memang mudah. tapi .....

aku tidak ada kekuatan. paling boleh adalah senyum dan bertanya khabar.

Teoh !! hali laya cina , wa pi lumah lu ala ok ka ??? mau makan itu limau cina

02 Februari 2007


Semua berubah kecuali aku


aku pandang siling, pandang partition, pandang monitor, pandang kanan tiada orang, kiri pun tiada. semua sudah berubah. aku ? masih di sini.

15hb pasti sangap. orang sudah melompat, sudah mampu tersenyum ke telinga. huhu...adakah sudah sampai masanya aku berubah ? susah menanti perubahan, tapi jika kita yang memulanya. pasti boleh .. eceh .... yoyo je sembang lebat....

jom berubah* ! huhu....

* = it;s very subjective ones. depends on your situation.