31 Oktober 2007

It's here, seriously

Bertalu2 sms , email dan telefon berdering menanyakan satu soalan. Marah bukan kepalang. Hati panas. Barang yang dijanji tidak kesampaian.

Gua kata
"Lex aa Bro, Lu marah tanda lu suka ini barang"

Ini pentanda positif. Seluruh Malaya gempar dengan Tshirt ini. Barang siapa memakainya akan terasa auranya. Gua tidak bergurau. Tak percaya , beli aa satu ...

"Apa? Nak beli ? Ini barang rare brader"
Cari KLCC atau OU memang tak jumpanya.
Bila rare, baru lu akan terasa auranya. Cuba lu pakai jersi Chelsea atau Man U. Mak cik jual nasi lemak pun silap2 pakai. Tidak rare bermakna tiada aura.

Ini barang suda sampai. Sekarang lu tunggu panggilan wa utk masukkan cash dalam Mybnk2u. dan selepas itu, tunggu akan kehadirannya.

Bila sudah dapat. Lu patut berbangga kerana berjaya menyarungkan baju penuh aura ini. Selamat beraura!!!

Tunggu annoucement rasmi gua dalam masa terdekat sama ada dalam email , sms atau mimpi.

30 Oktober 2007

Photo Essay : Kursus Haji Perdana Batch 2007 @ Putrajaya


Sebaik sampai di khemah, rehat sebentar sementara menunggu program selanjutnya dari pihak penganjur. Kenal2 gitu dengan jemaah lain. Masa ni gua lupa dok kat maktab mana. Jadi, gua main taram je redah masuk. Hehhe...



Bersiap sedia utk melakukan simulasi Tawaf. Sib baik , gua dah praktis pakai ihram masa kat rumah. Jadi boleh aa sikit2 lipat.







Simulasi Tawaf di adakan di sini.








Simulasi Saei dari Safa ke Marwah. Ada yang terjatuh, ada yang pengsan. Pihak TH sudah bersiap sedia dengan ambulan. Syabas!







Suasana syahdu di Masjid Putrajaya tatkala azan Maghrib bergema.








TM giat mempromosikan produk i-Talk. Gua rasa nak beli sim kad kat sana jek. Lagi murah ber-sms. Kan ?








Booth Urus Setia dan perkhidmatan Guru Agama di sediakan bagi mereka yang ingin penjelasan tentang Haji dan Umrah.






Gua dan banner .

29 Oktober 2007

Konon2 motivasi la nih .. Ecehh!

Jika kita hidup di zaman pra-merdeka, jika di sebut kita mahu ke bulan atau mahu mendapat 17A1 dalam SPM atau mahu menjadi ahli korporat atau mahu menjadi mufti di waktu usia awal 30-an, kita akan di anggap orang paling gila dalam sejarah peradaban orang2 Melayu.

Kini, segala2nya sudah menjadi realiti.

Orang muda, jika di suruh berangan memang tidak ada titik noktah. Itu tidak salah. Memang sejak azali, manusia di anugerahkan akal agar bertindak meransang kita agar terus berangan dan mengimpikan sesuatu.

Mekah. Bandar suci lagi berkat. Tetapi ia sering dikaitkan dengan golongan tua dan pencen. Orang muda di kaitkan dengan kereta top-notch, rumah semi-D dan kamera DSLR. Barang2 di atas , jika dihitung utk membelinya , gua yakin kita akan mengikat perut saban hari dan bulan utk mendapatkannya.

Tapi ....

Dengan hanya rm1300 , kita mampu ke Mekah.
Ya! Gua tidak bergurau. Ini real.

rm1300 di akaun TH, anda sudah layak ke Mekah dan Madinah , bandar kekasih Allah.
Dengan rm1300, nama anda sudah tercatat di pengkalan data TH bahawa pada tahun XXXX, anda akan ke terbang ke sana. Wow ! Ini peluang hebat, brader. Tak kan lu orang nak lepaskan ?

Cukupkan rm1300 di TH dan daftarkan nama anda. Selepas itu, genggam tangan sekuat hati dan lompat ke udara sambil berkata "Mecca! I'll come !!"

Yes! Youth Can Do it !


26 Oktober 2007

Sains Dakwah

Bangun pagi,bekpes, lunch, balik keje, belai anak , belai isteri, makan , tngok tv, gelak2, zrasss......lelap.

cukup umuq 40 warded kencing manis, darah tinggi, gaut, insomnia, terima menantu, terima cucu..masuk 60 ...nyanyuk, pakai pampers, anak meluat, cucu menyampah, burang murai pak ..burung murai ....tak dengar2 ke ?

Bak kata Mael XPDC..
"Toleh kanan , toleh kiri, nampak batang hidung sendiri"

Di luar sana, gua yakin ramai yang menyampah dengan Islam atau bahasa moden dia...Islamphobia. Gua tak faham kenapa wujud term itu kerana dalam Islam sendiri sepatutnya nampak kesederhanaan, keterbukaan, diplomasi, mesra pelanggan dan macam2 mende2 baik tapi ...

Orang nampak Islam dipakejkan dengan jumud, ekstrim, ganas, bom , qaeda, pengggal leher dan memacam lagi. Gua bertambah hairan.

Adakah Islam tidak mampu lagi gemilang seperti zaman Emas terdahulu ?

Sekarang zaman tak de sempadan. Orang sekarang tak leh 'kencing' lebih2 sangat. Seme info hujung jari. Orang akan argue memacam.

"Kenapa kita kene solat ?"
"Kenapa saya kene pakai tudung ?"
"Boleh saya pelihara anjing dalam rumah?"

Soalan ini bagaimana jawapannya ? Adakah kita akan melafazkan hujah2 dari Quran dan Hadis dengan sipenanya yang solatnya boleh di kira dengan jari ?

Gua makin kaget.

25 Oktober 2007

Hari Bergerak Pantas

"Baper haribulan hari ni bang ?"

Tiap hari wajah Asma' dan AY gua tatap dalam2. Senyuman2 manis dan tampan sepasang ini memang mysterious.

"Senarai list barang seme dah ok ke ?"

Gua terasa hari2 mendatang begitu cepat tarikan gravitinya. Gua terasa terawang2 dan fikiran tidak menentu. Perasaan ini gua jarang feel unless ada special occasion ahead.

"Udah2 la tu mengetehnyer ... bawa2 la berehat...!!"

Gua emo sedikit kalau objek2 yang gua sayang, terpaksa wa tinggal dalam tempoh masa yang lama. Kawan2, keluarga, motor, mp3 player kete , sony player , kancil 660, rumah di KD serta Pkini. Hati gua tangkap sebak tapi ....

"Muda2 la bagus pergi..", nasihat teman sepengetehan ketika berkunjung raya baru2 ini. Ini menambahkan suntikan vaksin semangat gua. Harap2 segalanya selamat.

Macam Dr SMS.

24 Oktober 2007

2007 with 2006's baju raya.

Teori sahaja tak guna. Perlukan praktikal baru lengkap satu pembelajaran. Tahu teori nikah tapi tak de langkah praktikal. Tak de guna. Hidup pincang tanpa golongan hawa. Leteran bertaraf sederhana saban hari umpama terapi. Set pelengkap bagi para suami menjadi pendengar setia frekuensi leteran sang isteri.

"Bang! bila nak beli baju raya? dah separuh ramadhan nih?"

Skrip stended pabila ramadhan menjelang.


"Haii.....itu hari kan main semangat nak ikut Hajjah Rohani tuh ", gua recall.

Sapa tak kenal Hajjah Rohani ? Muka familiar dalam rancangan financial kat tv.
Gua suka cadangan bernas beliau. Buat apa beli baru sedangkan yang lama masih lagi elok di pakai. Hehhe...

Isteri terdiam. Muncung sudah sejengkal.Bukan mudah melawan arus. Orang mengibas kiri dan kanan sut raya 2007. Gua nekad sut 2006 masih lagi ada bisanya. Gua tetap hensem (baca: di mata isteri) pabila mengenakannya. Itu sudah pasti.

Takbir bergema. Sut 2006 gah di pakai seisi keluarga. AY tak ubah seperti Upin Ipin lagaknya. Isteri senyum tanda lengkap pembelajaran.

Huhuhuhu.....selamat duit wa...hehehhehe.....

23 Oktober 2007


Kisah Malam Raya - Ijat

"Pak Anjang, dah masuk isyak ke ?"

Ijat nama diberi. Seorang yang mudah di lentur. Dewasa diri tanpa bapa di sisi. Barah di beri meninggal jua. Kini Ijat bersama adik beradik membesar dengan hanya kasih sayang sang ibu. Tanpa nakhoda.

Malam raya kami bertemu. Bergurau senda bertanya khabar. Anak kecil memang telus mulus. Tidak ada lagi perasaan ingin manis di depan , pahit di belakang. Apa yang tidak kena, di luahkan sahaja. Itulah keistimewaan kanak2 ribena.

Sedang asyik bergurau senda, waktu Isyak sudah memasuki atmosfera. Ijat tidak ketaruan. Ingin terus menunaikan kewajiban. Di terjahnya gua sedang keasyikan. Wah....gua tidak ketaruan.

Wuduk sudah di ambil. Gua di posisi imam, Ijat apit di kanan menjawat sebagai makmum. Gua takbir, Ijat Takbir. 5 minit sempurna rukun. Gua panjatkan doa, Ijat mengaminkan. Moga2 di makbul Maha Esa di malam Syawal pertama.

Sejadah di lipat, Ijat terpinga.

"Kenapa masa tahiyat, pak Anjang tak lipatkan jari kaki ?", soalan diberi.
"Apa laa , tak baik tanya cam tu", Abang Ijat menerpa.
Gua senyum.
"Tak pe..memang pak anjang silap, sebetulnya jari kaki kene dilipatkan...baru ngam!", gua sudah kemaluan.

Hehehee...sendiri mahu ingat .....

10 Oktober 2007

kredit : photo wa cilok dari bro hamed
ubahsuai : adobe ps 5.0

09 Oktober 2007

"Manyak popular maaa..." - Behind The Scenes.

Seantero Malaya menanyakan pada gua siapakah gerangan suara Apek di sebalik iklan Palestinkini yang kini sering kedengaran di frekuensi IKIM.fm seluruh tanah air beberapa minit sebelum waktu berbuka.

Setelah mendapat waktu yang sesuai, team iklan ini berjumpa buat pertama kali setelah selama ini hanya deal melalui YM , telefon mudah alih dan talian tetap. Hanya 2 orang tidak dapat hadir iaitu Fong dan Sern. Mereka ini perlu diberikan kredit kerana tanpa hulur bantu mereka, projek ini tidak bisa sejauh ini.

Nah! eksklusif buat pembaca BPT, gua selakkan tabir dan perkenalkan tenaga kerja di sebalik pembikinan.

Osman-tukang koordinate utk sessi rakaman studio setelah draf skrip di finalise.

OneShah-tukang edit setelah rakaman suara dilakukan.

Apek-memberikan ekspresi suara apek yang begitu jitu sehingga ramai tertipu bahawa itu adalah datang dari suara Cina.Hehehe...Cool.

Hafiz-suara mamat Melayu yang tak reti pasal isu Palestin.

Sern-tukang beri idea Apek.

Fong-tukang betulkan bahasa orang Cina bila cakap Melayu.

Gunx-heheh....gua tukang report jek ...hik hik ....


Thnxs for the great effort.
Ok, Guys...next year, kita bikin iklan lagi ....heheh....lagi gempak , lain dari yang lain serta mengundang kontreversi ...hehhehe.....

08 Oktober 2007


Syawal Tanpa Mohd Ghazali Mat Ali

akhir 2003

"Ja, Ayoh nok gi bilik air. Nak buang air besor."

Sayup2 terdengar suara ayah di hening pagi.
Aku masih mamai di sisi . Adik beradik lain bersidai entah di mana. di mana sahaja di rasakan boleh dilabuhkan punggung, di situ sahaja mata di lelapkan.

Ku usung ayah ke bilik air. Dari raut wajahnya, sedikit sebanyak ku rasakan penderitaannya. Percakapannya lemah. Telinga perlu di rapat utk mendapatkan kejelasan.

"Aduhhhhhhh.....perlahan2 ...sakit....", raung Ayah di bilik air kerana kesukaran utk bergerak membersihkan diri. Sudah berhari2 tidak mandi dan buang air besar. Sedaya upaya ku papah utk memudahkan mandi. Ku jirus kepala hingga ke tumit. Nampak segar nampaknya selepas mandi.

Ayah makin kurus. Selera makan tidak ada. Hulurkan apa sahaja. Pasti di situ lah riwayat makanan di situ berakhir tidak bersentuh.

"Kita salurkan makanan melalui tiub", cadang doktor Johan. Aku pasrah. Apa lagi jalan utk memasukkan makanan. Tidak makan membahayakan jasad. Aku mengiyakan sahaja.

Sekali lagi , air mataku berderai melihat ayah meraung ketika tiub di masukkan melalui hidung. Air matanya bergenang dek menahan 'seksaan' . Sejurus kedudukan tiub tepat, cecair makanan di salurkan. Ayah mengelupur menahan kesakitan. Aku memegang ayah dengan deraian air mata. Adik beradik memandang ke arah lain tanda tidak sanggup melihat ayah diperlakukan sebegitu. Tetapi .... itu semua utk kesihatan ayah.

Emak di kampung tinggal kerisauan. Orang kampung mula menanya bagaimana persiapan perkahwinanku. ya! aku bakal melangsungkan perkahwinan tetapi masih 'bersilat' di hospital. Kepala berkecamuk. Ayah sakit tenat.

Hari ke 10. Ayah banyak berdiam diri. Tulang jelas kelihatan di jasadnya. Hanya mata meliar ke kiri dan ke kanan melihat barisan pelawat yang hadir. Entah kenapa ramai orang pada hari itu. Sejurus selepas maghrib, dada ayah makin kencang. Doktor sibuk melakukan rawatan kecemasan. Aku minta izin utk berada di sisinya. Kalimah syahadah perlahan2 ku salurkan ditelinganya. Ayah diam. Aku gerakkan ayah...

"Ayah, bangun yah!"
Ayah kaku.

"Ayahhhhhhhhhhhhhhh!!!" aku rebah di dada ayah.


Kini,
Syawal bakal menjelang. Ayah sudah 4 tahun bersemadi. Semoga rohmu bersama orang2 yang beriman. Amin.

05 Oktober 2007

Second Class Citizen

Antara perkara yang menjadi kegusaran para pemimpin atasan adalah bagaimanakah hendak menjadikan rakyatnya berdikari dan independent. Ini tersangatlah penting demi menjadikan Malaysia sa-buah negara yang sentiasa berdaya saing dan berminda kelas pertama.. e ceh....terpatriotik la pulak gua pagi2 jumaat nihh...

Jadi, persoalan gua ini memerlukan kita sama2 melihat bagaimanakah kita melayan aset2 kita yang bakal menggalas misi negara dekad2 yang akan datang ?

Gua tak suruh lu fikir jauh2.....Lu tengok kat masjid aa senang cerita. Gua tak tahu apakah sejarahnya menyebabkan terjadinya fenomena dabel stended di antara sof dewasa dan sof kanak2. Mungkin ada sejarahnya, tetapi jika di kaji secara akademiknya , gua rasa macam tak de kot .. ? lu orang rasa cam ner...

Bising dan havoc itu memang sudah lumrah kanak2. Cuma kita sebagai orang yang lebihan akal punya cara bertaraf pro utk handle kanak2 ribena ini selain menggunakan kaedah herdik, nesta dan cacian agung.

Apa nak pelik, Jika diselak sejarah, tok imam, tok siak, tok bilal dan para AJK seme, zaman kanak2 mereka pasti penuh warna warni. Kaedah zaman dahulu mungkin berjaya ttp tidak rasanya gua pada zaman orang telan sim kad, molest kanak2 perempuan guna timun, bunuh dan letupkan orang dan 1001 gaya kreatif penjenayah pasca TV satelit.

Nah....!!
kita perlukan masjid yang mesra kanak2. biarkan mereka di sebelah kita. tidak ada khurafat2 seperti putus sof dan bawaan najis tidak berkhatan.Masjid semestinya happening.

02 Oktober 2007

Cuti2 Ramadhan

Ye! It's Lipis Time. Bandar Siti Nurhaliza. Itu sahaja yang mengenalkan bandar ini kepada seme orang ketika ini setelah lama tenggelam dengan sejarah kegemilangnya sebagai ibu negeri Pahang satu ketika dahulu.

Pagi yang begitu malas sekali. Bersahur beramai2 merupakan rukun kami di sini. Seronok bergurau senda melupakan sebentar masalah2 dunia, domestik dan rumah tangga.

"Jom Cameron", getus abg ipar yang memang terkenal dengan sifatnya tidak mahu duduk diam. Ada sahaja xtvt yang difikirkan. Gua tidak fikir panjang mengiyakan sahaja.

Sumpah. Gua tidak pernah ke sana walaupun kad pengenalan myKad gua menunjukkan tempat kelahiran adalah Pahang Darul Makmur. Bukan wa tak suka berjalan2 mengambil angin ttp priority keluarga ketika gua kanak2 adalah makan, minum dan pakaian sahaja. Acara2 bersifar leisure terpaksa sahaja di kesampingkan.
Tidak penting. Tambahan pula, koge (baca: keluarga) gua ketika itu begitu konservatif sekali. Hanya basikal dan motor menjadi tunggangan primary.

Justeru, Sabtu pagi nan lalu, gua telah memecahkan rekod peribadi gua melintasi Gua Musang, Kelantan kemudian balik semula ke sempadan Pahang bagi meneruskan perjalanan "Jalan2 Cari Pasal" menuju ke Cameron. Kiri kanan dipenuhi dengan sayur2 segar dan debunga riang. Kelopak segar seolah2 melambai kedatangan kami ke sana.

Suhu yang sejuk mengingatkan gua ketika gua melancong ke Detroit tempohari. Tetapi di sana lebih dingin suhunya berbanding Cameron. Kota Detroit seperti juga di Cameron. Mudah sahaja berjumpa dengan manusia2 sawo matang. Cuma macam biasa lah, di mana2 bandar, agak sukar mencari rumah kedai yang lokasinya strategik di huni oleh bumiputera. Bumiputera hanya mampu bertapak di tepi2 jalan dan bazar ramadhan.

Sejurus sampai, gua tidak mengambil masa yang lama merenung akan kehijaun dan indah rupa Cameron. Ayu wajahmu, sejuk gua dengan belaianmu. Gua terkasima. Inilah yang sudah lama gua cari. Tempat yang dingin sambil menghirup teh panas. Wah....pakej yang premium sekali. Tetapi ....erkkk... ini Ramadhan maa... Namun, itu tidak mematahksn semangat gua. Keindahan Cameron gua rakam dengan cermat dengan camera legend gua. Sememangnya tidak mengecewakan.....

Cameron memang indah.

errk... Citer gua ke Detroit tu hanya rekaan semata2 bagi menambahkan kick kepada jalan cerita

01 Oktober 2007

Pressure Sang Anak.

"Waann!!....Tgk Yasin nihh, kacau orang"
"Pak Langg !! Tengok Yassin ni .... "
"Atukk!!.....Yassin Tumpahkan air...."
"Mak cuh!!....Yassin kacau adikkk"

Atuk jegil. Pak Alang melaung. AY kaku.

Gua perati dari jauh sambil menghayun buaian buat tiduran Asma'. Asma' masih lagi 'kebal'. Tidak ada lagi rekod yang mengundang kemarahan sesiapa. Buat apa sahaja, pasti hanya dodoian manja dibalasi.

Kekebalan AY makin terhakis. Apa sahaja gerak lakunya pasti di momok oleh sepupu2nya yg berderet itu sebagai satu 'jenayah'. AY makin bingung dengan senario ini. Makin tertekan.

Gua sebagai ayah perlu mencari penyelesaian ini. Bagi membuatkan AY kembali ceria. Gua tahu AY hyperaktif dan agresif. Lembut baginya, keras bagi orang lain. Kadangkala gua perhati, ada sifat penyanyang di dalam dirinya. Tika Asma' menangis tidak tentu hala. Di urutnya perut, di kucup dahinya. Melilau ke hulur hilir mencari susu buat santapan adiknya. Waaahhhhhhhh!!! Tangisan Asma' makin kuat. AY di marahi lagi dek kerana menjadi penyebab laungan itu.

AY makin tertekan......