25 September 2007

Working With 'Selamba' Children

Iklan membabitkan kanak2 semakin mendapat tempat dikalangan producer. Gua semakin into dengan trend sebegini. Perjalanan dari Kota Damansara ke Putrajaya, gua penuhi dengan angan2 di kepala. Gua ingin menggunakan kanak2 dalam projek kali ini. Tetapi bagaimana gua nak cari ? Lu ada kenal2 tak sesaper kanak2 spesis TomTomBak yang slenge, kering dan selamba ? Kalau lu orang ada , gua hingat nak interbiew.

Draft tidak siap lagi...Skrip yang berkesan perlu di cari. Tetapi balik dari Tarawih, gua kalah dengan godaan bantal. Hmmm.....

24 September 2007


Majalah, Surat Khabar, Radio dan Kini .......

Hati mana pernah puas. Itu sudah lumrah setiap insan. Selagi belum tutup mata, gua ingin sekali menggapai impian untuk melonjakkan isu ini ke persada domestik.

Gua tidak bersendirian. Tidak elok bergerak bersendirian. Jika dalam berbuka puasa, kita di suruh berjemaah waima dalam mana2 perkara sekali pun. Kerja berkumpulan selalu mendapat impak maksima.

Justeru, dalam minggu ini, team kami akan terus menerus mencari idea2 segar utk projek ultimate-yang-paling-tak-masuk-akal kali ini iaitu iklan tv.

Setakat ini, pelbagai idea telah dilontarkan dan sedikit demi sedikit kita ejas dan tambah utk proses draft kasar.

Dalam pada masa yang sama, pihak Palestinkini telah meriki para producer filem dan telah pun mengenalpasti beberapa nama dan hasil perbincangan telah membuka mata kami bahawa bikin filem merupakan kerja yg rumit. Namun, ia tidak menjadi penghalang. Jika kami gagal, ramai lagi di luar sana yang akan menyambung nya....hhhehehe...

so, ready for kopitiam's session this week , guys ?

20 September 2007


Adam dan Hawa adakah sama ?

cinta di cintai. itu sudah lumrah manusia.

tanya mat rempit.
tanya mat black metal.
tanya mat punk.
tanya mat indon.
tebarkan soalan, jawapannya pasti sama. walau sebrutal mana seseorang itu, pasti hati kecilnya mahukan cinta seorang wanita waima seorang diktator sekali pun.

Namun, cinta yang tanpa pagar dan kawat berduri bisa sahaja musnah sekelip mata. Manis di awal, masam di akhiran. Itu satu episod hambar. Kita mahukan cinta sejati. Bukan cinta yang hanya segar pabila kemasyuran di sisi ttp cinta tetap bugar pabila ombak tsunami merembat segalanya.

Itulah sebab Hawa dicipta. Pelengkap kepada kaum Adam yang hanya logik di dada.

Terima kasih kepada John Gray kerana buku ini. Gua kene ligan baca kasi khatam satu kali. Kih!kih!kih!

19 September 2007

Rare

Bulan mulia tiba lagi. Antara spesis paling gembira dengan kedatangan bulan mulia semestinya kanak2. Orang2 yang sudah melangkah ke umur 30-an seperti gua sedikit sebanyak agak cemburu dengan gerak laku mereka.

Tidak perlukan fikirkan apa2. bil2, yuran pengajian, loan rumah dan kereta, hati mertua, tuntutan agama, hak jiran dan juga penyelenggaran kereta.

Perkara2 di atas bisa meletihkan jasad ttp apa kan daya , sudah menjadi tugas kita kerana berakal di kepala tidak seperti beruang panda yang hanya tahu mengawan dan makan.

Oohh Ramadhan ! Kedatangan mu bisa mengembalikan muka2 rare di masjid . Sunyi selama 11 bulan , kini kembali ceria dengan tua muda, laki dan perempuan. Saling bergurau senda, bertanya kabar , bersalam salaman dan saling melemparkan senyuman. Aduss..... indahnya suasana.

Tanpa kita sedari, ramainya umat di masjid bisa sahaja menggetarkan musuh. Apakah gerangan mereka pantas ke masjid pabila azan memanggil. Masing2 kalut mengejar masa dan mengorbankan hak2 dunia, hanya kerana cintakan masjid.

Ramadhan, lu memang ajaib !!

18 September 2007

The Ultimate Day

Tak ku sangka, budak kampungan macam gua leh rasa hamek skrol bersalaman dengan seorang pakcik berpangkat Datuk. Itulah hari paling ultimate sekali dalam sejarah hidup gua sebagai penge'teh tegar (PT).

Perlu di ingat, gua memangku jawatan sebagai PT sejak dari sekolah menengah setelah mendapat didikan informal dari ayah gua. Seni menge'teh deras mengalir dalam diri gua.

Mata mak gua berkaca melihat anak jantan sorang ni memakai jubah gelombang biru serta topi petak. Hatinya berwarna-warni bak pelangi petang. Satu ketika , anak jantan ini pernah meluka hatitnya. Gua tahu , sebagai insan biasa, jasad ini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam menempuh universiti kehidupan.

Gua masih ingat, mak berkeras tidak mahu gua berhenti sekolah dan bekerja di kilang hanya kerana desakan rakan2 kampung. Namun, sebagai anak muda, kadang2 hati ini mahu membangkang kerana tandus dengan pengalaman.

Oleh itu ....

buat ibu dan arwah bapa. I LOVE U. jasamu tidak dapat ku bayar.

17 September 2007


Pabila 2 pembaca novel bertemu.

Antara kebaikan pabila anak di masukkan ke dalam wad, kita sebagai parent tidak perlu gusar ttg masalah pejabat. Itu bisa di pekakkan sebentar.

Sebelum bergegas menuju ke hospital, gua capai 2 novel yang baru gua sambar di MPH. Ini pasti bacaan yang memungkinkan gua mengambil bit2 sastera lantas meng-hapgrade-kan gaya tulisan di blog pada masa akan datang. Ya! Gua akui, gua suka meniru. meniru gaya tulisan orang. Hampir 90% bacaan lu orang di blog ini adalah plagiat sebenarnya.

Jangan gusar!

Gua tidaklah bertindak sebodoh itu. Hanya gaya tulisan sahaja di plagiati, namun content tetap ori. Hehhe...

Jadi, 3 hari gua dan isteri tercinta di wad di habiskan dengan mengatham 2 buku ini. Walaupun pelbagai godaan yang datang, kami berdua tetap tidak berganjak dengan misi. Buku wajib dihabiskan.

Berkat kesabaran berhari2 menatap helaian demi helaian, maka kami telah berjaya mengharunginya. Ternyata novel ini tidak mengecewakan. Cuma gua masih mencari2 , penulis novel berjantina lelaki yang bisa merobek retina ku agar mengalirkan air mata kesedihan.

S. Macam mana boss lu ni leh karang novel tebal2 ? Muskil2 ?

12 September 2007

Nxt Project : Video Clip

Antara hasil kerja penerbitan video clip yang gua rasa rate terbaik setakat ini adalah Hani Osama. Antara artis yang bernaung di bawah arahan beliau adalah Sami Yusuf dan Mesut Kurtis. Sekali sekala gua berangan2 nak produce satu klip video music yang berlatarbelakangkan isu Palestin. Mungkin kita boleh ketengahkan satu lagu. Dapatkan kelulusan artis berkenaan. Then, kita brainstorm utk hasilkan storyboard. Ketengahkan latarbelakang yang agak moden dan semasa. Tidak berserban, berjubah dan berbaris skima di depan masjid atau tasik. Mungkin sahaja di court bola keranjang, KLCC atau di mana2 sahaja.

Gua tahu ini memerlukan banyak kepala (baca : otak ) dan sudah tentunya masa dan ongkos. Jika berjaya, kita lobikan supaya dapat satu slot di mana2 stesen2 TV kerajaan atau swasta utk air-kan sebelum azan atau sebelum berita (ini agak mustahil kerana perlu berlawan dengan big player seperti Petronas dan Bank Rakyat).

Namun, gua tetap mahu berangan ...


Almost done ! We're ready to be on air ...

Saat paling mendebarkan telah tiba. Kesemua krew2 penerbitan berdebar2 menanti hari bersejarah. Hati gua tidak kurang merasai debaran ini. Segala titik peluh menerbitkan iklan ini pasti berbayar dengan tersiarnya di seluruh pelusuk tanah air. Daripada johor ke arau perlis. Dari Kota Baharu hingga ke Taiping. Iklan ini pasti dapat di dengari. Yeay !! Kami ingin melompat ke udara dan menjerit ... "Palestin !! Kami datang !!"

Bermula dari idea2 gila di sebuah restoran mamak berhampiran pinggiran taman tun sambil menonton perlawanan bola sepak membawa kepada kerja2 penerbitan skrip membawa kepada sessi rehearsal membawa kepada sessi rakam suara di studio menbawa kepada sidang editing menbawa kepada sidang preview yang mengundang pelbagai komen dan reaksi membawa kepada memanjat tangga ikim.fm melutut minta belas ikhsan agar iklan ini di siarkan ... dan kini ..............................

saksikan Malaysia, terbitan sulung dari krew2 penerbitan Palestinkini yang gua berasa sangat syahdu dengan pengorbanan lu orang semua. Gua pun sengkek macam lu. Kalau nak open table bagai meraikan kejayaan ini, gua hanya berani henjut teh halia jek .. hehhehe....

Terima kasih kepada S kerana idea bernas. Osman and krews yang menawarkan perkhidmatan rakaman suara di studio. Faizal KD kerana peluang ini. Wan for editing. Staf IKIM.fm yang memberikan kerjasama yang superb dan marveles. Fong for rectifying the Chinese broken language.

Sorry for those unlisted. You guys are great!!

11 September 2007


Surat Pekeliling :
Entry Assunta Yang Horror terpaksa dihentikan siaran atas sebab2 tertentu. Namun jika ada pihak yang ingin disambungkan, gua tidak teragak2 utk menghaplodkan episod kedua yang tidak kurang hebatnya.

Court Badminton Berdarah di Menara TM Ahad nan syahdu (18SG)

Sabtu mlm gua menyimpan sebanyak mungkin tenaga utk kerahan maksimum pada keesokkan hari. Sebagai pemain bulu tangkis bertarafd amatur, gua saban hari meningkatkan daya stamina agar prestasi gua pada tiap perlawanan bisa menggoyangkan pihak lawan.

Justeru, seawal jam 12 mlm (baca : selepas cerekarama), gua sematkan hati utk bangun seawal mungkin bagi menghirup udara segar di pagi Ahad yang damai lagi gemilang.

Tepat jam 5:30 pagi , gua tidak berlengah lagi untuk melakukan sedikit senaman sebelum azan berkumandang. Ini bagi menguatkan otot2 kaki dan kuda2 agar bisa sahaja gua melakukan jumping smash
dan mengambil bola yang di sudut sukar.

Tepat jam 7 pagi , gua terus sedikit2 melakukan acara memanaskan badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang unpredictable. Sebelum itu , gua telah pun melakukan recall kepada teknik2 permainan otai2 badminton. Nama2 seperti Rashid Sibir Sidek, Rahman Sidek, Yang Yang dan sebagainya kerap kali ku hafal untuk menambahkan lagi knowledge ku sebagai pemain badminton amatur.

Langkah ku susun rapi menghala ke court di dalam menara TM. Gigi ku ketap kemas menandakan gua tidak mahu lagi bermain2 semasa bermain. Gua mau serius. Prestasi harus ditingkatkan.

Daun pintu wa selak. Jelas kelihatan ramai pemain di dalam tetapi ...

apa kejaddah ??? wth ???

hati gua baran. janji nak main badminton ttp ini hari kenapa semua orang menyepak bola futsal ??? persoalan asas sebegini membuatkan gua makin hilang akal. Gua tidak berfikir panjang....

Satu per satu , manusia di dalam gua hayun dengan penumbuk sulung. Satu persatu tubuh jatuh ke bumi. Bola futsal gua gigit lantas gua telan dengan lahapnya. Wa tidak berlengah lagi, lantas berlari ke arah tiang gol lalu gua mengumpul tenaga dalaman dan terus mengkarate hingga putus 2. Praappp !!

Wanita dan anak2 lari bertempiaran melihat tindakan ganas gua melakukan amukan ekstrim.

Setelah berpuas hati, gua capai raket lalu pergi minum nescafe panas di restoran Amjal bagi menenangkan emosi.


Fakta Menarik:
Err....aksi ganas di reka demi menambahkan kick kepada jalan cerita.

06 September 2007

Assunta Yg Horror !

Jam menunjukkan kul 5 pagi, Asma' batuk tidak berhenti menandakan tidur pada malam itu tidak sempurna seperti biasa. Kami tidak berlengah lagi.
Tepukan di bahagian belakang tidak memberikan sebarang kesan. Batuk makin mengganas. Tidak sempat langsung Asma' utk menangis. Ini mengundang kekagetan agung kepada kami.

Klinik disinggah. Consultation fees pada waktu dinihari agak tinggi berbanding dengan siang hari. Pedulikan. Doktor menilik, kami masih kekagetan. AY di sisi masih mamai kerana dikejut waktu yg bukan sepatutnya. Huyung hayang sahaja gerak langkahnya pada pagi itu.

"Ini sudah serius"
Kami terpaku.

"Kena di bawa ke hospital, sudah agak teruk, nanti saya tulis surat", ujar sang doktor yang menambahkan lagi keresahan kami.

Asma' terus batuk. Hanya sesekali berhenti dan seketika nanti , kedengaran lagi batuknya. Kelihatan buih keluar dari mulut.

Mata sudah berair kerana tidak tertahan dengan kadar batuk yang tidak sepadan dengan usianya.
Bergegas pula ke KJMC. Hanya disitu hospital yang agak familiar bagi kami di kawasan Petaling Jaya ini.

Doktor menilik. Keputusannya sama. Ternyata telahan doktor klinik itu benar. Asma' disaran agar di wadkan beberapa hari utk rawatan lanjut. Segera menelefon insuran memeriksa adakah kami KJMC di cover kos rawatan.

Sekali lagi, kami mendapat jawapan yang tidak senang. No more KJMC for inpatient case, outpatient only.

"So, Where else then ?",
wa soal.

"Assunta !!" ,
ujar operator.

Kereta di gerakkan selaju mungkin. Jam menunjukkkan 8 pagi. Ini bermakna kami terpaksa bertarung dengan ribuan manusia yang ingin mengejar mesin masa di pejabat. Sesekali gua merengus tanda geram dengan perangai driver Malaysia. Assunta terasa bagitu jauh.

Yeah!!, lokasi di temui.

Register dan tunggu tempahan bilik .


Sedutan episod akan datang ...
Apakah akan terjadi pada Asma' ?
Buku apakah yang telah di baca oleh gua sepanjang 3 hari bercuti ?
Apakah yg telah terjadi pada kereta comel kancil gua ?
Jawapan2 menggusarkan oleh nurse di Assunta.
Godaan Starbuck di Assunta.

03 September 2007



Next Entry : Assunta Yang Horror ! Stay Tuned !

antara yang menarik ....

Kenapa nama Assunta tiba2 naik ?
Bagaimanakah nasib Asma' ?
Kenapa pagi yang hening di Assunta tiba2 menjadi horror ?
Saat2 mendebarkan di malam kegemilangan bolasepak Malaysia ?
Rabak seratus akibat mat rempit.

....banyak lagi ... nantikan kemunculan entry terhebat ini ...