06 Jun 2007

Kenapa nick aku uumlinux ? (satu pengakuan eksklusif).

tahun akhir, aku jadi gila kompiter. konon2 nerd aa. pantang ada software2 terbaru, pasti ku bilang syiling2 yg ada di dalam jeans lusuh supaya dapat merembat di pasaran cetak rompak.

Alor Setar tak de stok ? Kita ke Bukit Jambul sana... sana syurga perisian cetak rompak. macam di lowyat. terima kasih kepada penjual2 cd haram di bukit jambul kerana dapat memperkenalkan aku dengan window98. wow ! zaman tu dapat install window98, kira tahap dewa aa kompiter korang. menjadi tumpuan rakan dan lawan. pasti bibir tersenyum puas.

tidak cukup dengan itu, kami turut menubuhkan pertubuhan haram demi memuaskan nafsu serakah terhadap dunia IT (hek elehh !). kami bergerak secara senyap2. tumpuan diberikan kepada lab2 yang jarang dikunjungi. lab2 di fakulti IT , jangan harap mendapat tempat. justeru, kami sasarkan di lab2 fakulti perakaunan dan pengurusan.

tweaking, tukar IP,tukar DNS, tukar gateway, tukar segala2nya setelah guna. pastikan pc itu seolah2 tidak berguna. orang di fakulti akaun, bukan tahu sangat mende2 techie2 cam ini. inilah peluang kita menunjukkan belang .. hek elehhh.....!!

setelah bbrp semester, kumpulan kami agak hambar. masing2 sibuk dengan awek dan exam. aku macam biasa solo rider di samping kompiter agungku. lama ku tenung. window98 sudah nampak dull macam kacang dal. muak pulak.

kat internet sana, aku dengar budak Finland, Linus Torvalds ada buat kernel. hebat gak. last2 kernel dia di tambah sana sini. aleh2 jadi OS lak. daripada cerita2 orang, aku dengar OS dia hebat. ada lambang Penguin. Linaks. omputih dia Linux. ntah .. aku bantai je sebut.

aku war2kan kepada kengkawan agar menginstall OS nih. sambutan agak hambar. mungkin kerana ia masih baru dan agak kurang menyokong hardware. memang pun.

aku tekadkan semangat. aku mesti install. seperti biasa, aku ke Bukit Jambul.
Red Hat ? apa kejadahnyer nih ? lantak la, belasah. balik ke bilik. install. haram tak jadik. minta tolong senior. mujur jadik. erhmmm...biasak jek ... apa yang menarik tentang linaks ?

aku cuba2 kunun2 minat dengan Linaks. sampaikan projek tahun akhir, aku belasah buat dalam Linaks.
mujur jadi.

dah ... lepas tu cam dah malas nak layan Linak.
sebagai mengingati aku pernah install linux , aku register di Yahoo! Mail sebagai uumlinux.
opss...sekarang uumlinux2. akaun lama kene hack la pulak..

2007

projek in Linak ? argh.....not again ?
tolonggg......................

Tiada ulasan: