01 Jun 2007

Chelsea-Wannabe

Aku bukan minat sangat EPL nih. tapi jiwa seni (maaf kerana meloyakan tekak anda :)) ini seakan2 tertarik dengan corak jersi Chelsea yang kebiru-biruan. Gelombang biru gitu. huhuu....

Justeru, aku mencari rakan2 yang IC mereka di Kelantan supaya membelikan daku sehelai jersi pabila cuti menjelang. Kualiti sudah dijangka. Apa nak takut. Thailand. sendiri mahu hingat. Kalau nak kira lagak, pi la henjut selai kat al-ikhsan.

Setelah berjaya memiliki, akan ku sorong ke hulur hilir. kunun Chelsea-Kipas-Susah-Mati.(baca: die-hard-fan). Minum2 orang sembang bola, aku buat sibuk main sms. Orang tanya saper keeper Chelsea? aku nganga kejahilan .

Itu perkara enteng. Bukan isu besar sangat jahil tentang EPL. tak de effect pun. Isu besar sekarang, nombor sebelah aku tu...masa gambar ini di ambil , kaler dia hitam, sekarang makin menyeramkan. dan merah menyala. bersiap sedia utk mengigit tengkuk dan menghisap darah....errr....seram ......

dah! dah! .......... pi kerja ...

mode: sangap

Tiada ulasan: