20 Jun 2007


Asma',Behind The Scene (Part #1)

12nd June 2007, 9pm

Doktor memeriksa, aku di suruh keluar. Hajat di hati mlm itu juga ingin dikeluarkan bakal puteri.
Namun, doktor kelihatan tidak bersetuju. Esok pagi sajer katenya. Diam persis batu kami berdua.
AY bising. Mana puteri seperti yang dijanjikan ? Mungkin itu persoalan berlegar di benak fikirannya.
Sabar sahaja. Tidak lari gunung dikejar. Pepatah orang tua. Pulang.

13nd June 2007, 8:30 am

AY menangis bertabrakan. Kami tinggalkan sebentar. Terpaksa. Isteri sebak membisu. Aku sabarinya.
Namun teriakan AY semakin meninggi decibelnya. Hatiku luluh. Hati parent mana yang tidak cair mendengar
teriakan si anak kecil. Teriakan yang luhur dari hati. Menembak terus ke hati. Cairi hati yang sekuat mana sekalipun.
Kereta beredar. Tangisan AY sayup dibelakang. Ibuku cum nenek AY terpaksa menyabari AY. Maafkan aku ibu !!
Menyusahkanmu.

::
:::
::::

"Marsitah ye ?" , sapa nurse cun di KJMC.
Kami akuri. Disuruh ke tingkat 3.

"Sila ke tingkat 3, Labour room". Errkk. Kaget.
Kekagetan isteri seolah2 ini adalah pengalaman pertama. Walhal, ini adalah kali ke dua. Secara ghalib-nya (baca: normally),
peristiwa kedua kurang memberikan tekanan kerana sudah tahu akan 'skrip'nya. Namun ini bukan perkara biasa, ini jihad. Ada hikmahnya,
lelaki tidak diberikan slot di abdomen utk mengisi sang anak. Jika ya, makin ramai nurses, sisters, tobib2 terkena makian agung suami2 yang
sarat. Itulah kelebihan sang hawa.

"Kami induce , sejam dua lagi may be you akan terasa sakit." ujar Doktor Fatimah Najla (DFN). Doktor regular kami. DFN
juga membantu AY melihat dunia. Normal. Kami berdoa agar kali ini turut normal. Amin !


11 am.
"Aik !! Masih boleh tersenyum?" , DFN kehairanan.
"Patut by this time, you akan terasa contraction. ", terang DFN.
Bacaan dari mesin mengatakan contraction level agak rendah. Namun, heartbeat puteri kami masih di paras normal. Agak melegakan.
Bukaan masih lagi kecil. Sesekali sang puteri memberikan indikasi bahawa tarikh lahirnya akan tercatat bila2 masa sahaja lagi. Kami penasaran.
Peluh jantanku galak merembes.

Truttttt! Truttttt! Truttttt!, Cehhh!! Sapa lak call aku nih ?
"Hello Rizal, Ni kak **** , Camner test sms dengan maxis tuh ?"
"Err....kak , saya kat labour room ni...hehehe"
"Nak bersalin la pulak !! Ok laa..."

Staf telekom sorang ni memang sempoi. Thnx sis!!

"Aduhhh! Bang sakitnya..." jerit isteri.
Aku lihat bacaan meter. Makin tinggi. Dadaku berdebar. Sang puteri galak bergerak ke bawah.

Is this the time we're waiting for ?
Adakah kali ini normal ?

Hujan galak turun di luar. Air ketuban galak mengalir. Heartbeat sang puteri tinggi menggunung.
Kaget. DFN dan tentera2 beliau kelihatan sibuk. Tangan isteri erat memegangku. Sokongan suami amat didambakan.
Hujan makin lebat. Selebat hemoglobinku merembes ke sana sini.

bersambung .......

Fakta Menarik
Aku mendapat 3 hari cuti tanpa rekod dengan kelahiran Asma'.
Amaun Tabung Hajiku menyusut sedikit.
Aku habiskan 7 ringgit utk sms/call berita kelahiran Asma'.
Mertua dari Lipis datang memberi sokongan sejak dari pagi hingga ke masa kelahiran.
Aku bebas dari kod jahat selama 5 hari. Yay!!

1 ulasan:

salman ® berkata...

siut la gunx..bersambung la plak. kasi abis cerita one shot la..eheheheh