21 Jun 2007

Asma', Behind The Scene (Part #2)

DFN sudah berkerut. Gigiku ketap tanda kaget. Nurse di sisi mundar mandir melihat data dari mesin. Sungguh tidak logik. Sepatut dalam jangka waktu ini, puteriku sudah mendapat tarikh lahirnya. Namun ....

"Rizal", aku terjaga dari lamunan. Rupanya sapaan dari DFN. Indeks kekagetanku makin melangit.

"I think we better go for option 2", ujar DFN.
"Air ketuban dah kering, buka baru 4 cm".
"Heartbeat baby sudah tinggi, 170++ dah.."


Mataku toleh ke arah mesin mencari kepastian.
DFN tidak menipu. Heartbeat puteri melangit.

"Jika tidak, baby akan lemas di dalam", DFN makin mendesak.

"OK", tanda setuju.
Borang diberi. Tandatangan diserah. Mata isteri tepat ke arah ku.
Aku tahu. Ini pengalaman pertama dalam pengalaman kedua.
AY merasai pintu 1. Asma' dipiih utk pintu 2.
"Kita ke operation theather", arah DFN.
Guruh sabung menyabung. Dentum Dentam.



Mertua dipanggil sebelum 'tingkap' dibuka.
Senyuman mertuaku memang menenangkan. Everything will be fine.
"Encik pakai pakaian ini", arah diberi.
Pakaian ala2 sitcom ER diserah. Harum bersih. Sarung kepala, mask, baju dan seluar.
Aku persis doktor. DFN pun begitu. Kami sudah seperti satu pasukan. Berpakaian sama.

DFN sebagai lead surgeon. Aku , spiritual leadar. Hehe...
Posisi diberi. Bahagian kepala isteri. Satu2 kata semangat aku pindah turun.
Nampak senyuman menguntum. Gembira. DFN dan staf nampak ceria.
Laju sahaja gerak kerjanya. Mungkin sudah rutin.

Selang beberapa minit, kami terdengar suara emas. Suara yang amat didambakan oleh
semua para ibubapa seluruh dunia. Tangisan agung.

Asma' dijulang. Ohhhhhh!.......puteriku.
Lupa sebentar akan isteri disisi. Aku sudah mabuk.
Aku ingin memangku puteri. Cium dan peluk. Sesungguhnya bau bayi sangat mengasyikkan.
Tiada kata dapat menafsirkan definisinya. Sesuatu yang misteri dan abstrak.

Kameraku setting video. Ku dekat Asma'. Mulut dicuci. Mata dibuka. Tepat memandangku.
On Video !!

"Asma' bt Ahmad Rizal, Apa kabar ?", kata2 pertamaku.
Bulat mata melihat sekeliling.


"Mata dia manyak cantik aaa", sapa nurse berbangsa cina. Ramah menegur.
"Doktor! Sekejap ye , saya nak azan dan iqomatkan anak saya ni", izin diminta.

Bit2 azan dan iqomat satu2 masuk ke telinga Asma'. Syaitan yang berkeliaran dengan
segalanya hormatnya dipersilakan berambus sekarang. Kalimah agung diharap menjadi pendinding.
Itu baru permulaan.

Keluarkan K150i. Setkan template. Satu2 ku lepaskan sms berita gembira ke seluruh alam.
Segalanya sudah berakhir. Pertarungan sengit membawa Asma' ke dunia.
Syukur kepada Ilahi mengurniakan kami, Asma'.

THE END.

2 ulasan:

salman ® berkata...

ada jugak kawan najwa main masak² nanti..eheheheheh

Tanpa Nama berkata...

Great series of post. Dapat award ni nanti. hehe..