23 April 2007


Qunut ?

"Hish, ko tahu surau X tu tak wat Qunut , hishhh"
"Tu puak2 Wahabi aa tu...pelik depa ni"

Telingaku pasang dengar. Perbualan 2 orang 'mufti'.
Macam ilmiah je, tapi hampas je sebenarnya.
Masing2 mengeluarkan hujah mengikut selera dan perisa masing2.

Ikut sedap nak taruk banyak maka 'ajinomoto'. Nampak macam sudah pertengahan 40-an jika di ukur dari sudut kedutan dan kuantiti uban di kepala. Tapi , sayang, garam2 yang terkumpul masih lagi tidak dapat membezakan antara intan dan batu. Sekeh baru tahu !!

Isu ranting Qunut dan Tahlil , kita masih lagi tidak dapat bersepakat dan berlapang dada.
Penyelesaiannya memang mudah tapi payah.
Mudah jika kaki kita diringankan sedikit mencari muatiara2 ilmu di surau2 dan masjid2 berdekataan atau berjauhan.

Payah jika kita masih ingat dengan saki baki umur sekarang memberi mandat kepada kita menghukum itu dan ini tanpa menyelak dalil2 dan hujah2 ilmiah dari kitab2 sahih. Hanya berpandukan dari wahyu2 otak Melayu. Alahai .. hehhehe...

Hermm....
Qunut pun sah , Tak Qunut pun sah!
Yang TAK solat subuh tu yang TAK SAH !! Hehhehe...

1 ulasan:

Aminur berkata...

Hehe aku sejak dok mai Arab ni dah tak qunut dah. Subuh kat Masjidil Haram pun takde qunut.. tapi kalau terawih siap laa kalau jumpa qunut 30minit.. Dapat sekali terawih+berbuka kat Masjidil Haram.. experience in lifetime first time sampai Makkah :)