02 Mac 2007


Tudung Di Alam Perdana

oleh Gunx

Semenjak kecil penulis disogokkan dengan ayu wajah pembaca pemberita. Penerbit2 TV tempatan dan luar negeri seboleh2nya mahukan pembaca berita yang direkrut mampu melekatkan punggung penonton. Sememangnya itulah adatnya. Di samping wajah yang ayu, kepetahan bercakap serta intonasi juga amat dititik beratkan.

Pakej ini bukan sahaja diimpikan oleh penerbit, malah para 'protege' atau bakal2 pembaca berita turut mengimpikan pakej tersebut. Malah tidak hairanlah, dengan kebanjiran stesen tv swasta mutakhir ini, berita2 perdana melambakkan 'produk' ini. Maka, terpacaklah pakcik2, abang2, tok wan2 'berjemaah' di depan tv.

Tetapi dengan kehadiran stesen tv9 baru2 ini, penulis kini mampu terukir senyum sedikit. Mengapa ? Adakah penerbit masih menggunakan pakej yang sama ? Dalam hal ini , pujian dan kredit seharusnya diberikan kepada TV9 khasnya kerana berani menongkah arus. Pembaca berita kali ini mendapat satu lagi pelengkap kepada pakej tersebut. Cantik , petah dan BERTUDUNG. Ya! TUDUNG. Di samping berita2 sensasi di udarakan, bit2 dakwah dapat diterapkan ke dalam kepala otak separa sedar penonton bahawa TUDUNG tidak menghalang wanita terjun ke alam perdana.

Di harapkan dengan langkah berani ini, penulis tersenyum simpul agar penerbit stesen tv lain berdikit2 membawa arus ini agar ia menjadi contoh kepada negara lain atau sekurangnya menjadi tauladan kepada makcik2 kampung yang masih istiqomah berkemban pabila menyidai kain di laman.

I rest my case

Tiada ulasan: