09 Mac 2007

Seks

Topik ini jika diutarakan, mata layu jadi merah menyala. Relevannya naluri manusia akan tuntutan ini. Secara default, 'plug-in' sudah dipasang pada setiap manusia. Bercambahnya manusia di atas planet bumi kerana plug in ini. Lelaki dipadankan dengan perempuan. Persis beruk kat hutan. Secara default, mereka akan mengejar sang betina setelah 'menumbangkan' jantan2 periya lain.

Orang kata , dari mata turun ke hati. Hati bergelojak ingin merapati. Sang Dara ingin dibelai. Itulah lumrah. Sama saje seperti contoh beruk di atas. Beruk tidak perlu fikirkan sama ada sang betina itu tunangan atau isteri beruk yang lain. Apa yg perlu di buat adalah 'mengerjakan' sahaja. Berpegangan tangan , melentokkan kepala di bahu beruk jantan. Ceritakan masalah hati, keluarga yang porak peranda, kredit pre paid yang nak habis, jenama handphone terbaru di pasaran dan pasar malam terhebat di kota. Itulah beruk. Tak perlu fikirkan masalah ummah. Hanya kita berdua sahaja beterbangan girang.

Tidak ada satu pun agama dalam alam maya ini bisa membicarakan sedalam mungkin tentang seks. Semua telah digariskan dan kita hanya perlu patuh sahaja. Pasti jalan itu selamat. Jalan yang telah direntas seluas2nya oleh Rasulullah S.A.W ,para sahabat dan generasi awal yang gemilang.

Kenapa ? Kerana Islam adalah satu agama yang tersangatlah lengkapnya. Hanya kita saje membebalkan telinga menjauhkan diri .. hehhehe..... tazkirah lah pulak .. hehhee...utk aku la tuh , korang dah hebat dah ....

Tiada ulasan: