20 Mac 2007


Pengawas

Masing2 macam tak percaya. Namaku diumum di khalayak ramai pada perhimpunan rutin Isnin nan cerah. Aku hairan. Bagaimana aku bisa dipilih ? Padahal mengikut rukun2 untuk menjadi pengawas sama sekali tidak ada pada diriku. Tetapi aku di pilih.

Setahuku , tidak ada apa2 suapan ku berikan pada ustaz2 yang rata2 berkelulusan Al-Azhar dan Jordan itu.

Sekolah menjadi hening. Semacam hendak kiamat. Masing memuncungkan mulut tanda protes betapa kontranya jawatan tersebut dengan jasadku.

Aku ke depan. Sengih2 kelat. Berdiri sebaris dengan rakan2 sejawat di depan khalayak. Aku bakal menjadi pengawas utk sessi tahun tersebut. Pasti bangga orang kampungku.

Namun, ku sangkan langit cerah hingga ke petang..... Cikgu Salleh yang ternyata amat tidak menyukaiku menyingaikan misai. "Opss....ada ralat, bukan Ahmad Rizal Mohd Ghazali tetapi Ahmad Rizal Abd Aziz". Kalau Ahmad Rizal Aziz semua orang kenal. Hensem dan Pandai dan Bagus.

Jemaah senyum tanda setuju. Aku tunduk tanda kemaluan. Perlahan2 ku susun gerak balik ke sof. Cikgu Salleh senyum tanda puas. Hari itu, aku menjadi tajuk utama perbualan.

Tiada ulasan: