23 Mac 2007


Omputih

"Farid ada, pakcik ?", tanyaku setelah menongkat kapcai buruk ku.
"Ada kat atas nuh, pi aa naik", jawab pak cik mat arif yang tahu sangat akan tujuan kedatanganku ke rumahnya jika dapat tahu anaknya balik bercuti dari ITM, Shah Alam.

Farid (nama sebenar, apa barang bukan nama sebenar!!) menjengulkan kepala , berpeluh. Aku senyum2 simpul. Kemaluan2 gittew. Ada hajat ttp malu hendak diluahkan.

"Farid! Ko hajar aku bahasa omputih leh tak ?", pintaku.
"Boleh", selamba jawapan. Kebetulan pulak dia sedang mengambil jurusan TESL. Jadi, aku rasa dia bisa menjadi sifu untuk pelajar dungu sepertiku.


"Esok aa mula eekkkk, hari ni aku penat aaa", tegas Farid.
"Baik sifu", aku mengiyakan tanda puas.

Harap keputusan SPMku dalam paper English bisa melonjak. Guru di sekolah mengajar seperti pergi melancong. Datang dan pergi. Munkin menyesal kerana mendapat tempat di sekolah underdog. Cis ! Dun Play Play huhhhh !!.


Keesokan hari, aku memulakan kelas bersama Sifu Farid. Thx Bro !!

Tiada ulasan: