29 Mac 2007

Grunge With Pak Cik Masjid

2004
Selesai solat Isyak. Sorang pakcik yang merupakan muka regular kat masjid mengajak aku menge'teh. Sebagai salah seorang penge'teh tegar terulug di Asia, aku menerima ajakkannya.

Nescafe Tarik Kow satu. Menu biasa bagi tekakku.
Kami berkampung di satu meja. Aku termuda. rata2 sudah bertaraf warga emas. Aku berasa agak janggal kerana terpaksa menapis sebarang topik agar tidak sensitif. Tidak enak mengeluarkan topik2 yang kadang2 tidak sesuai diutarakan kepada mereka.

Motor ku parking berdekatan dengan meja penge'tehan. Helmet old-skol, aku sidaikan saja di rear-view mirror. Selamat ku fikirkan kerana jarak kami berdekatan.

"Eh! ko lekat stiker tu?"
"Ya! Hehehhe"
"Penyanyi tu mati bunuh diri kan ?"
"Ah huh", aku sengih tanda malu campur respek. Bukan respek pasal stiker Kurt Cobain yang aku lupa nak buang tuh! (baca : penampalan di buat ketika zaman kemaruk Grunge sekitar akhir 90-an), hehe..tapi aku respek dengan knowledge pak cik tuh. hehhe.....

Semenjak itu, aku tidak pakai helmet itu lagi.

Caya aa pak cik !

Tiada ulasan: