27 Mac 2007


Buku dan Baca. Satu Krisis.

Sebagai peminat buku, err.. so called aa.., sering aku menghenjut dalam serat sebulan utk membeli buku. Kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan naif dalam ilmu parenting , sering sahaja topik seperti itu menjadi buruan. al kununnya, hingin menjadi bapa yang paling champion di alam maya.

Tetapi aku menghidap penyakit atau boleh di katakan satu krisis. Beli dan simpan. Baca tidak menjadi amalan. Semangat pada starting grid sahaja. Bila flag-off , enjin dan suam-suam kuku. Hanya bertahan 2 helai, dan setelah itu menjadi penunggu setia di rak atau di bawah kusyen. Aku patut mengubah tabiat buruk ini. Jika buku itu bernyawa, pasti di lempangkan muka aku berulang2 kali agar aku menatapnya saban hari.

1 ulasan:

Aminur berkata...

Aku pun punya dilemma yang sama selalu baca buku sekerat. Kalau sume buku yang ada kasi penampar kat aku ni maybe aku kena masuk ICU :)