08 Mac 2007

Ambisi.

s
atu tengah hari yang hening. pagi hari kami diberitahu ada cikgu baru bakal mengajar. harap2 perempuan. sekolah kami ketandusan cikgu perempuan yang cantik berdedikasi.

maka, sebelum makan tengah hari, kami memulakan episod rumours. cantik ke dia ? baik ke dia ? model ke dia ? apa saje cetusan di kepala budak belasan tahun ketika itu. aku memasuki sekali sidang tergempar tersebut.

menjelang petang, sekonyong2 arakian tibalah kelibat cikgu 'buruan' itu. alamak! segala fantasi kami tersilap. turning 360 degree !! muka garang teramat. melangkah 'gagah' ke meja.

memperkenalkan nama. lepasan UPM rupanya. ada degree youu!! ketika itu, orang berijazah seolah2 perlu dibentangkan red carpet. rare sekali manusia berijazah ketika itu. memang pun, menteri pelajaran zaman tu tak terfikir lagi nak 'memperdagangkan' sektor pelajaran ... huhuh.....

"Sila sebut nama dan cita2 korang", perintah guru baru. maka, sorang2 la bangun dan bangga dengan cita2 masing. aku sudah mula melajukan daya pemikiran. cita2 yang rare. rakan lain bangga dengan cita2 cikgu, bomba, ahli pernigaan, peguam. cita2 yang outdated. aku perlukan modal cita2 baru.

tiba giliranku.
"Nama saya Ahmad Rizal, cita2 saya nak jadi Pakar Sakit Puan", sekali nafas aku melafaz. lantas tersengih macam kerang busuk. kelas menjadi' panas'.

Cikgu pergi ke arahku. aku rasa dia pasti berbangga dengan modal baru ku ini.
Kelas diam.

Aku balik dengan telinga berbekas merah tanda di pial.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ekekekekekeek

lawak la ko gunx ahahahha

-DeLinn-