28 Februari 2007

Mari Mengaji

Dari pagi ke petang, ke Kuantan. jumpa saudara, ziarah orang sakit, kendurim shopping. sibuk mengalahkan menteri. penat usah di kira. ukirkan sahaja senyuman. tak perlu di gusarkan. mata bertentang mata. sanak saudara kita berjumpa. tali di ikat serumpun.

maghrib menampakkan kelibat. keletihan tegar. badan hyper-utilized.
Bede hon kan motor kapcai di depan rumah. mengajak ke masjid. nekad nampaknya mengajak. aku tak berdaya menolak tatkala baru hendak menolak daun pintu. ku turutkan sahaja.

melangkah ke masjid penuh nostalgia. masjid yang ketika dulu bapa dan aku berbasikal berdua ke sana. bapa di depan, aku di belakang. pinta kepadaku membaca surah. bapa menamakan surah, aku membacanya. seronok. tajwid di langgar semata. bapa membetulkan. kini, bapa tiada lagi. hanya ibu tempat mengadu kasih.

ketika aku di utara tanah air, masjid sudah 'mati'. yang setia hanya yang menunggu pencen memenuhkan sof. anak2 muda galak di bandar. tuntuan material. di kampung tiada lagi cahaya kekayaan.

Bede, antara insan yang masih setia. melawan arus. masjid yg dulu sunyi kini kembali ceria. ceria dengan suara muda. anak2 muda sudah ingin mengenal huruf2 jawi. lambaian sunnah di sahut. aku ceria.

Tahniah Bede !! Lu memang World !!

Tiada ulasan: