08 Februari 2007


Lidah

antara item2 kat badan kita yg amat payah di jaga adalah Lidah. lembut lidah orang cakap. cakap tak bertapis. lidah tak de insuran.

walaupun lembut dah tidak bertulang, ia amat tajam. sehingga boleh perbunuhan, tidak aman satu negeri,bermasam muka, putus saudara dan macam2 lagi. bahaya kan ? item bernama lidah. tak de lidah pun payah. payah nak bertegur sapa , nak tanya jalan, nak makan mee hoon sup, hirup kopi kemaman. Hmmm...cukup payah.

syukur lah kita yang berlidah. jadilah lidah kita, lidah yang berkualiti. lidah yang menjunjung sunnah Rasulullah , isteri Nabi , para sahabat dan tabi' tabi'in. tanpa titik peluh dan darah mereka mempertahankan Islam, kita mungkin sedang memegang colok atau menyembah patung di Batu Caves. sama2 lah kita pertahankan akidah agung ini. biarlah kita menjadi aset bukan liabiliti. kita sedang di 'kepung' sekarang. kepungan kejahilan, kepungan jumud akal, kepungan hedonisme, kepungan Zionisme.

Majulah Lidah untuk Islam.

1 ulasan:

Ezza berkata...

mat gunx.. rasa cam tak layak nak post comment sini.. tapi setuju dengan post ni.. lidah.. bahagia atau binasa.. masih akal yang menentukannya..