26 Januari 2007

Urban Joke vs Kampung Joke ?

kalau aku letak Aflin Shauki (AS) di kanan , Prof Madya Razak (PR) di kiri. korang akan duduk di mana ?

aku tak nak bias kat mana2. cuma kat mana akhirnya filem kita ?
dalam hal ini, aku tabik gak ngan AS. kreatif dalam membikin filem. idea2 baru dan segar. PR pun harus di beri kredit. Alasan dia nak meriahkan filem tempatan. Mungkin ada logik di situ. Filem tempatan makin di anaktirikan di pawagam. Sudah hilang bisa.

Tidak seperti filem P Ramlee. Makin di layan, makin bersemi. Argh...itu sejarah. Sampai bila kita hendak berbangga dengan sejarah. Dunia makin ligat berputar. Teknologi makin berlari ke depan.

Pemikiran makin bercambah. Persoalan makin berselirat. Jawapan makin ditagih. Filem terus di bikin. Antara keuntungan dan tuntutan masyarakat. Jiwa mesti di didik. Filem antara alat. Mungkin selepas ini, keluar pawagam, jiwa terasa di isi untuk mengingat Ilahi. Bukan lagi stim kerana aksi berahi.

Mana filem Islam ?

Tiada ulasan: