25 Januari 2007

Oshin

pertamanya, aku nak terima kasih kat TV9 kerna memahami hasrat hatiku. sudah lama mengidam, sudah lama memendam rasa. tiba2 ....

nah! sudah di depan mata. kali terakhir aku menatap wajah comel Oshin ketika aku berada di darjah 3. kelas petang amat liat ku pergi. mana tidaknya, masa bertindih. mana mungkin ke lepaskan siri Jepun ini. hehhee...

kegigihan dan air mata. itu sahaja kunci cerita ini. jika aku di letakkan di dalam kasut Oshin, ntah dapat , ntah tidak aku melayari hidup. zaman serba kepayahan. serba daif dan naif. wanita dipinggirkan. antara pelajaran dan sara hidup. 2 simpang yang tidak dapat di bawa bersama.

Oshin mengajar penonton menilai erti hidup. kita dilahirkan, nasi di tangan. tinggal mulut saja untuk menganga. tidak dapat menyelami erti kesusahan dan penderitaan. Oshin mengajar ku.

2 ulasan:

salman ® berkata...

baikkkkkkk !!!!

elly & co berkata...

oshin ni kisah benar kan ?
lebih baik tgk cerita oshin ni daripada dok tengok slot samarinda...asyik2 cinta, korporat..tah apa2 tah....