22 Januari 2007


Isteri bukan hakmilik, tapi ......

mengadap laptop di petang Ahad bukan la rutin, ttp terpaksa. filem dikatakan hebat. menutup 2006 dengan begitu gemilang. teruja benar rasanya ingin menatap filem ini.

kain pelekat sudah di pakai. tekan punat enter di papan kekunci. tanda filem berputar. wajah KL nampak molek sekali. lorong2 usang di garap cantik. suara kanak2 riang menyapa Cikgu Elyas. aku suka. daripada 5 kisah cinta ini, hanya kisah Cikgu Elyas melekat di hati. yang lain tak mahu komen. pasal rasa nya, biasa2 aje.

ada kalanya mataku berkaca. tidak tertahan melihat lakonan mantap . tampak bersahaja dan menjadi. Cikgu Elyas mirip wajah arwah bapaku. itu sahaja faktornya. mataku berkaca lagi.

penyakit lupanya sudah kritikal. cucu hadir setia menjaga. letih penat dilupakan sahaja. tanda cinta pada datuk pelupa.

Rubiah di tinggal suami. Cikgu Elyas galang gantinya. hati gundah bertukar ceria.

Tiada ulasan: