26 Januari 2007

Urban Joke vs Kampung Joke ?

kalau aku letak Aflin Shauki (AS) di kanan , Prof Madya Razak (PR) di kiri. korang akan duduk di mana ?

aku tak nak bias kat mana2. cuma kat mana akhirnya filem kita ?
dalam hal ini, aku tabik gak ngan AS. kreatif dalam membikin filem. idea2 baru dan segar. PR pun harus di beri kredit. Alasan dia nak meriahkan filem tempatan. Mungkin ada logik di situ. Filem tempatan makin di anaktirikan di pawagam. Sudah hilang bisa.

Tidak seperti filem P Ramlee. Makin di layan, makin bersemi. Argh...itu sejarah. Sampai bila kita hendak berbangga dengan sejarah. Dunia makin ligat berputar. Teknologi makin berlari ke depan.

Pemikiran makin bercambah. Persoalan makin berselirat. Jawapan makin ditagih. Filem terus di bikin. Antara keuntungan dan tuntutan masyarakat. Jiwa mesti di didik. Filem antara alat. Mungkin selepas ini, keluar pawagam, jiwa terasa di isi untuk mengingat Ilahi. Bukan lagi stim kerana aksi berahi.

Mana filem Islam ?

25 Januari 2007

Oshin

pertamanya, aku nak terima kasih kat TV9 kerna memahami hasrat hatiku. sudah lama mengidam, sudah lama memendam rasa. tiba2 ....

nah! sudah di depan mata. kali terakhir aku menatap wajah comel Oshin ketika aku berada di darjah 3. kelas petang amat liat ku pergi. mana tidaknya, masa bertindih. mana mungkin ke lepaskan siri Jepun ini. hehhee...

kegigihan dan air mata. itu sahaja kunci cerita ini. jika aku di letakkan di dalam kasut Oshin, ntah dapat , ntah tidak aku melayari hidup. zaman serba kepayahan. serba daif dan naif. wanita dipinggirkan. antara pelajaran dan sara hidup. 2 simpang yang tidak dapat di bawa bersama.

Oshin mengajar penonton menilai erti hidup. kita dilahirkan, nasi di tangan. tinggal mulut saja untuk menganga. tidak dapat menyelami erti kesusahan dan penderitaan. Oshin mengajar ku.

22 Januari 2007


Isteri bukan hakmilik, tapi ......

mengadap laptop di petang Ahad bukan la rutin, ttp terpaksa. filem dikatakan hebat. menutup 2006 dengan begitu gemilang. teruja benar rasanya ingin menatap filem ini.

kain pelekat sudah di pakai. tekan punat enter di papan kekunci. tanda filem berputar. wajah KL nampak molek sekali. lorong2 usang di garap cantik. suara kanak2 riang menyapa Cikgu Elyas. aku suka. daripada 5 kisah cinta ini, hanya kisah Cikgu Elyas melekat di hati. yang lain tak mahu komen. pasal rasa nya, biasa2 aje.

ada kalanya mataku berkaca. tidak tertahan melihat lakonan mantap . tampak bersahaja dan menjadi. Cikgu Elyas mirip wajah arwah bapaku. itu sahaja faktornya. mataku berkaca lagi.

penyakit lupanya sudah kritikal. cucu hadir setia menjaga. letih penat dilupakan sahaja. tanda cinta pada datuk pelupa.

Rubiah di tinggal suami. Cikgu Elyas galang gantinya. hati gundah bertukar ceria.

16 Januari 2007

Bukti Kehadiran.


menu yang telah diorder
Kopi Kemaman @ Lotong

masa mengeteh
6 petang

kos
rm2 (Kopi Kemaman)
rm2.50 (Lotong)

rate
3 setengah bintang

pro
corner lot, luas, view cantik

kons
tmpat duduk terhad, ada tv jadi bising
Barua

Senang saje. ko tak sama ngan aku. ko barua. kalau sama. kita kawan.
Islam kene sama. aku fikir A, ko kene dan wajib fikir A. erh...betul ke ?

mende yang paling senang dibuat adalah melabel. lepaskan dan terus jadi glemer dan juara. bagus! biar padan muka dia. barua kerajaan. hidung kene cucuk. tak de pendirian. erh....betul ke ?

mende yang paling payah dibuat adalah dakwah. atas dasar semangat...erhmmm.. gua tak leh jamin. hari ini berapi, esok dah masam hangit. jiwa yang gelojoh hendakkan output segera pasti akan menapous awal. tidak tertahan lagi. pesimis.

so, jalan senang adalah tarik nafas, tudingkan jari, dan lafazkan "Engkau Barua !!", Case Closed.

erhmm....betul ke ?

12 Januari 2007

TM dan satu juta

aku tak masuk tapi berangan nak menang. secara akliah memang confirm aku tak menang. ramai di luar sana mengharapkan 1 juta. termasuk pak2 menteri, YB, ADUN, along, ketua pemuda, puteri dan tidak lupa aku.

ttp si tukang kayu mendapat habuan. adil sekali. dunia betul2 berputar. sekejap kita2 di bawah dan kini abng razak mendapat habuan. betul2 macam cerita dongeng. segala2 berubah.

kini, wang satu juta di tangan. terpulang pada empunya tubuh melaksanakannya. mana nak simpan , mana nak derma, mana nak baiki rumah, mana nak bayar yuran anak sekolah yang hek elehh ! celah gigi je nak bayar, bayar bulanan kereta, hek eleh ... apa barang monthly.... zrasss jek , Camry kuwo ....

argh ... tidak, memang patut aku tak menang. angan2 cukup tinggi. itulah manusia. nafsu yang tidak bersempadan. hanya akal yang menentukan sama ada menguda atau diperkudakan.

bang ! loan sikit leh ... kawe ni oghe kelate gok ...hahhah

11 Januari 2007

Kopitiam Craze

petang tu sepatutnya 6 stengah , motorku patut berada di KD. ntah kenapa terpacak di KJ pulak. tempat baru melabuhkan punggung. order menu baru. perut pasti terkejut dengan santapan baru ini. aku suka. harga pun mesra. sebut pun canggung. kopi kemaman. ntah macam mana rupanya nanti.

aku tunggu dengan sabar. mata ligat memandang sekitar. keluarkan kamera. rakam sedas dua. tanda aku ke mari. nanti sen dan bayam tak percaya. see my leg first aa...

kopi sudah di depan. aku tergamam. nampak erotik. tidak kopi buatan mamak. penuh dengan buih2. nampak hebat tapi bila di jamah, erhmmm...biasa2 ajek.

tapi kali ini. tekak ku gembira sekali. perut senang menerima. terasa sayang hendak habiskan. tapi adat minum perlu habiskan. membazir itu kawan syaitan. aku tak mahu menjadi seperti itu.

jam sudah menjelang petang. aku harus pergi. meninggalkan cawan kosong. kopi sudah di perut. wang bertukar tangan tanda akad aku menjamah kopi.

ada umur aku ke sana lagi. nikmat ciptaan tuhan. alhamdulillah, ada rezeki hari ini. kopi.

10 Januari 2007

gunx status


-sangap sekali terasa
-aku ingin pulang
-maxis , celcom dan diriku
-kawan2 , tolong lah aku yang kelemasan di lautan dalam ini
-kadar makan tengah hari yg ketara tingginya.
-Alamanda , rumah kedua ku.
-man, ada sales kasut kat sini, jom ushar. rugi tak beli.
-poket nipis
-rasa nak beli jersi Chelsea ori

END

04 Januari 2007

Keretapi Aman




antara artis yg aku follow gak perkembangan dia, album dia dulu , I Look I See, agak bergendang dan acapella , tapi kini bernafas kontemporari, segar dan terkini. lirik yg sure tak suh kita hisap2 dadah, minum darah kambing hitam dan juga merogol anak dara orang. lirik yg mengetuk hati.

artis Malaysia yang ingin berdakwah perlu rasanya memikirkan taktik baru. mungkin perlu dilucutkan kopiah, serban dan jubah. golongan sasaran perlu di utamakan. mereka dahagakan hidayah. Syurga bukan utk kita seorang.
Malu

A : "Ko tahu Mas, X ni dulu takut nak pi sekolah"

B : *gelak*

A: "Puas mak suh dia pi sekolah, last2 dia lari masuk dalam semak ntah kat mana, puas mak cari, "
"Kalau kat kat pekan, kalau tak dapat mainan, X akan keraskan badan, pastu mula aa nak koyakkan baju, pastu satu Maran, dengar suara dia, puas mak pujuk, anak punya pasal, mak beli juga aa walaupun duit ciput"

B: "Hish, Hish",

X : "dah aa tu mak, malu aa saya"

A : "Hehee...dulu masa darjah 1 , X ni takut nak cakap nak gi tandas, satu hari dia tahan berak"

X : "Makkkk.....dah la tuh ....."

A : "Lepas tu , masa balik dari sekolah, dia terkincit, sampai rumah, mak heran , apa busuk sangat nih ??"

B: "Hehhehe....Hahhahahha......"

X : "Eerrr, mak .... Bawang Merah Bawang Putih dah nak start dah ..."

END

03 Januari 2007

BZ giler beb!
wa tak dapat hapdet sangat ....
dah sangap dan ni ngadap binari2 jahat nih .... hehhe....