27 Disember 2006

Cetak Rompak


Artis cukup sensitif dengan isu ini. Mana tidaknya hasil seni agung mereka di cilok oleh manusia yang laparkan laba segera. Tidak perlu pening2. Tunggu sahaja launching album. Esok dah ada kat pasar mlm. murah dan mudah. Keuntungan melangit tinggi. Lanun cetak rompak hidup atas air mata artis. Geram.

al-Arqam yg dulu boleh dibanggakan kerana berjaya menongkah arus . Orang asyik berskrit pendek , dia sudah ke depan membawa bendera Islam. Tetapi sayang, Islam sekali lagi terkena bahana cetak rompak. Keaslian Islam sudah dilacuri. Tidak lagi asli.

Islam tulin bawaan Rasullulah tidak menyuruh kita taksub membabi buta. Pemimpin tidak maksum. Ada sahaja dosa kiri kanan , atas dan bawah. Itu adat manusia biasa. Itulah cun nyer Islam. Agama yang normal dan tidak ajaib. Bawa sahaja bawaan Rasulullah dan Sahabat. mudah dan praktikal.

Orang kata , camner nak detect Islam itu tulin atau palsu ? Erhmmm...rasanya mudah sahaja. Jika ketua kumpulan hendakkan nama dan pangkat atau apa sahaja, pastinya pengikut akan taksub membela si ketua itu. Si ketua hanya duduk dibangku, nama akan di canang ke hulur ke hilir. Pengikutnya sudah buta. Akal sudah di kaki. Kaki sudah di kepala.

Islam agama yang mudah. Nah! sekarang ...sapukan debu2 pada al-quran di atas para. Selak selai demi selai. pasti rasa nyaman. huuhuhuh....

26 Disember 2006

Neo

Yerp! dah terkumpul 6 kepilan, beli lagi hari Ahad utk borang penyertaan. sungguh pandai kepala2 marketing ni melariskan jualan. mangsa2 kepingin berkereta besar seperti aku , seperti biasa memecahkan tradisi membeli surat kabar saban hari dengan harapan menggunung tinggi. NEO!

erhmm...sudah ku fikirkan di mana hendak ku letakkan kereta itu nanti. penuh di laman. mungkin ku apitkan sahaja Kancil dan NEO di depan. di bawah awning retro itu nanti. tersenyum puas aku bersama bini. AY berlari2.

Eh! berangan lagi !! menang pun tak lagi.

22 Disember 2006

Mufti dan Parti

si mufti kata gini. si parti kata ginu. surat kabar di tengah. gembira. hantuk2 kan kepala. laku jualan. orang ramai baca dan telan. otak tak jalan. mata tak mencari. tangan tak meraba fakta. asyik tuduh si mufti itu , tuduh si parti ini. seme orang salah. boleh blah.

sudah sampai masa. kita kene terima khilaf. ia memang wujud. jauhi perbezaan. cari persamaan. biar kita bersatu bertambah mutu. itu pun slogan pak2 menteri kita dulu. mungkin kita sudah lupa. nama pun melayu. aku la tuh ... !!

20 Disember 2006

Putrajaya

berbanding dengan tugasan dulu. agak berlainan. kota alamanda putrajaya bagi aku agak asing. dulu sewaktu di sepang, aku agak girang. mana tidaknya. suasana kampung. bersarapan dengan ungas2 desa. harga yang ramah pengguna. perjalanana jauh tidak terasa.

kini. aku sepi dan tidak hepi. tiada lagi ungas2 ttp kota batu. suasana yang tiada tempat dalam diriku , insan desa. tiada rakan2 yang sekepala. kini ku di kelilingi lagi mesin2 jahat.

Kancil ke MyV ke Kancil

khabar2 angin bertiup kencang. di katakan aku naik pangkat. aku tidak heran sangat dengan pangkat. phadulik apa aku ??!! pangkat tidak menjanjikan apa2. biarlah dalam surat offer aku di lantik kerani am rendah ttp tangga gajiku berada di paras GM, CTO, atau CEO.

khabaran itu membuatkan aku terbuai mimpi indah. kancil yang baru ku tinted kini aku pandang tidak bernafsu. myV . erhm.....impian terbaru. AY makin girang bermain bola di belakang. aku pula bergelak ketawa dengan minik. wah ...indah nya dunia.

rupa2nya mimpi indah hanya sementara. khabaran itu hanya omong2 kosong. aku pasrah. myV menjadi kancil kembali. yang penting aku berkereta. tidak berhujan dan berpanas.

err...ada ke orang macam kerani am rendah ttp gaji tinggi melangit. tak de kot...kalau ada pun , rare aa... !! eh ! ada ke ? erhnn... ntah aa...

19 Disember 2006

Minyak Burung Unta (MBU)

"mei sini" jerit mak aku.
"sakit pinggang la mak", ujarku selepas pulang dari kerja. menunggang motor 2 jam pergi dan balik membuatkan pinggangku mogok.

aku baring, longgarkan kain pelekat. mata melekat di TV mendengar siaran. AY sudah menunggang leherku. zrass.....!! minyak MBU di sapukan. argh.....lazat sekali , pinggang terasa ringan sekali. mata terpejam tanda kenikmatan.

skill mengurut mak aku masih utuh. sesekali aku mengerang kesakitan . pembuluh darah di picit. kentut. nikmat sekali lagi. angin jahat sudah keluar. mujarab bangat MBU ini. tidak sia2 aku membelinya.

pinggang sudah ringan. akal aku sudah menjalar berangan. peraduan berita harian menjanjikan NEO. mungkinkah selepas ini kami akan menaikinya ? siapa tahu. amennnnn!!!

15 Disember 2006

Sony

siang hari, browse sana dan sini. cari info. henpon sasaran kali ini semestinya high-end. bluetooh, mp3, loud speaker, menu kaler, video , camera, macam2 nak. pow sana sini, dapat kumpul 5 rat. erhmm....motorola L7 pastinya milikku. pasti bergaya nanti apabila mengangkat incoming call. pasti ramai menjeling ke arah ku. tanda kejayaan seseorang bergantung pada model henpon. hehhehe.....antara slogan2 jahat rakan sepejabat tanda meracun insan yang mudah terpedaya dengan habuan dunia ini.

"Erhmmm...tokey, kasi hangat ini L7, wa mau tengok"
"alo kawan, lu mau angkat henpon, kasi angkat ini model laa ..."
"L7 ok wat !! , habis apa model kastemer selalu angkat???"
"itu nokia sama sony saja....ini motorola lu jual seken hen talak value maaa...."
*status = 60% terpedaya*
"kasi angkat itu model , wa mau tengok"
"haa...ini model k510i manyak cun maa....liya punya mp3 sound manyak sedap maa... lu tengok liya punya grapik manyak cantik, lagi satu housing liya leh tukat , itu motorola tak boleh maaa...."
*status = 99% terpedaya*

"Erhmmm, kasi hangkat itu sony aa tokey"

**ntah kali ke berapa, lain yang di rancang , lain yang di beli. sungguh tidak berpendirian !!

14 Disember 2006

Aurat ?

"Bang! Leh tak saya buka tudung depan Ipar saya ?"
"Hek Eleh , mana leh daaa!!"
"Tapi kawan saya ngaji pondok kat Indon, cakap leh ?"
"Hek leh...bak mai dalil !!"


payah tul nak deal ngan adik aku ni. mudah saja nak putuskan hukum. jenuh aku bawakan dalil itu dan ini. hujah aku di patahkan dengan alasan kawan dia ngaji agama lagi tinggi dari aku. ye lah! aku ni rockers, mat rempit , sapa nak pandang hujah aku. buang karan jek.

padahal mende tu mudah jek. dah ada dalam al-quran dan hadis sohih. aurat tak boleh di tayang depan ipar dan sepupu dan bukan mahram* yang lain. mende lagi nak argue ? mende dah clear ... !! lesing baru tahu.

*mahram = orang yang haram di kahwini.

13 Disember 2006

Cuti

"ko cuti kan selasa nih ?"
"a'huh, "
"habis camne nih, ko nyer kod tak laju lagi ?? "
*ketap gigi kegeraman*

bulan december selain musim orang "connecting people" bagi orang bujang, juga merupakan musim melakarkan perancangan jitu demi tumbesaran anak2 bagi golongan yang sudah berkahwin. sejak hormon aku akhir2 ini , menjadi tidak menentu, aku putuskan utk bercuti bersama keluarga ke destinasi yang menawarkan pakej pelancongan percuma. mana lagi kalau balik kg sendiri melantak beras mak aku.

oleh kerana henpon baru di beli, bermakna wang saku pastinya sikit bangat. lalu pakej percutian aku kali ini memang membosankan tetapi tetap meriah. bermula dengan siri escapism ganas daripada opis kerana demam yang tidak disangka2, aku pulang ke rumah dengan jasad yang longlai.

AY semenjak sudah 2 tahun ini , nakalnya sudah boleh menumbuhkan tandukku. istighfar berbondong2 namun iman yang lemah ini tetap dikalahkan oleh amarah.

Pulang ke kampung kali ini, menemukan aku dengan demam "Bawang Putih Bawang Merah". Jam 2 petang, aku heran, kenapa semua isi rumah sudah siap bersolat dan makan tengah hari. displin sekali dong. Rupa2nya, kerna siri lakonan Siska. watak jahat Bawang Putih menjadi dambaan penduduk kampung, habis senyap sepi kampungku kerana demam siri ini. waduh ! waduh !!

hebat sekali ya penangan Indon !

07 Disember 2006

Klinik

"Bang! bawa AY ke klinik, saya tak daya ni", kata si isteri.
lembik sahaja isteri ku. selsema campur demam campur pening kepala. demam adik baru kot ?

AY semacam tidak sabar ketemu adiknya. Tidak sabar menerima gelaran Abang Long agaknya. erhmm....Abng Long maknanya kesabaran dan tanggungjawab. buli pun ada sikit2. Lumrah senior.

Hingus hijau makin galak menerjah keluar dari hidung AY. Tisu ku bawa utk kerja2 pembersihan. ondewe ke klinik, singgah di gerai biasa.

Nasi ayam, betik, jambu batu, honeydew, Motorola L7, opsss...undo , undo !!

sampai klinik, daftar, erhmmmm....mujur panel , selamat kangtungku.
ramai juga barisan. tua muda beratur menunggu giliran. demam pun ada, jalan terhinggut2 pun ada. masing2 tidak ceria. sepatutnya pun. ini klinik , bukan funfair. tempat utk menginsafkan diri, bukan tempat tidak sedarkan diri. kesihatan sudah di uji.

AY tidak berkasut. berlari ke sana sini. aku malas nak larang. makin di larang, makin galak dia meronta. hanya isyarat mata sahaja. letih dan penat. bahasa ini tidak dapat di fahami oleh AY. sabar. satu bahasa yg orang dewasa pun kekadang tak faham.

"Ahmad Yassin! " . nama di panggil.
AY masih galak memukul akuarium di luar. rangkul dan bawa ke dalam.
Doktor senyum dengan fesyen rambut afro. sekali pandang macam Hail Amir. senyum. adat seorang doktor.
"Selsema dah seminggu tak hilang ", pembuka bicara.
"Ada keturunan lelah tak ?" , tanya doktor afro.
"Keturunan saya seme ok", balas aku.
"Ni dah lelah ni?", afro tak puas hati.
"hek eleh ... mana ade .... doktor apa ko nih , harap rambut je tinggi", jawab aku dalam hati.
"Nanti saya kasi ubat lelah".
"Terima kasih doktor", aku senyum.

Harap malam ni , AY tak meragam lagi.


06 Disember 2006

Hilang

"Henpon aku hilang aaa.."
"Hilang kat mana ?"
"Errkkk"

pada sesaper yg tgh marah, kerana aku tak jawab panggilan, di sini aku hingin mengumumkan no 019 349 2991, itu aku sedang berusaha utk memblok, utk aku re-use , jika boleh , atau besar kemungkinan aku akan memakai no yang baru. kerana henpon tu dengan takdir yang telah tertulis telang hilang ntah di mana.

so, kepada bank2, lawyer2, press, tuan rumah, ustaz2, futsal player, musicians, pengeteh tegar, ketua kampung, tok empat, project manager, CEO, mak cik kantin, di umumkan ...
dalam masa terdekat ni , aku tak dapat menjawab panggilan kalian.

orang yang paling resah jika aku tidak berhenpon , tentunya isteri tercinta. yang ! pinjam 3 ratus leh ?
nokia 2610 jek, N siri cam tak lepas jek .. hehheh

04 Disember 2006

Anak

utk tambah feel membaca entry,klik soundtrack ini.



2 pagi. rumah bergema lagi. mata tersentak dari hendak berlabuh. ibu sudah celik seperti biasa. aku masih malas2. itu lah selalu pun. buat2 malas. ay menangis kencang. ibu mendodoi manja. aku hanya memerhati. marah pun ada. mengacau lena tidurku.

ibu sudah tidak bermaya. matanya tepat padaku. itu tanda passing the batton. cara manja ibu semacam tidak berjaya seperti biasa. selalunya ay akan lena di pangkuan ibu tatkala aku tidak sedar apa dek kerana kononnya, penat seharian bekerja. macam lah ibu tidak penat bekerja.

aku pangku ay. raungan ay makin tinggi indeks decibelnya. aku sudah hilang sabar. ibu memerhati cara lelaki. mesti lepas ni ibu hingat cara lelaki pasti tidak berjaya. aku laungkan kata2 syahadah. "tiada tuhan melainkan Allah". bahasa arab. ay masih meraung. aku pesimis.

aku ke luar. tawaf satu rumah. raungan ay sudah menghiasi kota damansara. drama ini sudah menjejaki jam 3 pagi. ku raba belakang Ay. berpeluh. panas agaknya. on kipas ke 3 , di ruang tamu agak sejuk iklimnya. tidak seperti di bilik . oven persisnya.

raungan ay sudah menurun. aku tersenyum. ay sudah nyenyak. aku taburkan sikit talkum. harum. ay sudah berlabuh. aku pula terkelip2. esok mahu bekerja. EL pun ok kot ? ehhehe...

erhmm...capai remote. chnl 17 . CSI . selamat malam AY !! eh! pagi.



01 Disember 2006

Bantuan Allah

Zaman Rasullah S.a.w dulu , macam kita dengar format bantuan Allah, Badar dengan turunnya para malaikat, Khandak dengan ribut pasir, bertukarnya profession Suraqah daripada pembunuh Rasul kepada bodigad Rasul, turning over Khalid al-Walid daripada kepala tentera musuh kepada kepala tentera Islam, tumpasnya tentera salib di tangan tentera ahli tahajud pimpinan Salahuddin Ayyubi. ajaib sekali.

itu dahulu punya kes. 1400 tahun lebey punya kes. rasa macam jauh sahaja. lebih teruk lagi rasa cam tak relevan. rasa cam kes ajaib. tak perlu di renung2 lagi, itu hanya sejarah yg tidak akan berulang. betul ke ?

yg korang merempit ke hulur ke hilir tu , apa kes ? wili sana, wili sini, dah la pakai seluwo pendek, bawa betina kat belakang, rokok kretek tersepit kemas rukun macho ahli jemaah rempit Malaya. sedap berpelukan. enak rasa berdua2-an tanpa batasan. dunia ini ana yg punya. errhmm....

mungkin sedap merempit, lori mabuk kat depan sretttttttttttt!!!! kita tgh syok kat belakang tersentak. tarik brek depan, tayar tetap meluncur lagu, tekan brek belakang, tayar membuang. mata pejam rapat tidak mahu melihat kesudahan. lutut sudah menggeletar, tangan sudah longlai, pasangan sudah sepi dari hilai ketawa. ingatan tenggelam timbul.

di kala itu , mulut yang sering lupa hendak menyebut kalimah Allah , secara default akan menyebut. merayu Allah sambung kan nyawa. jangan berhenti setakat ini. aku masih muda. aku ingin bertaubat.

tidak kah kita hidup ini atas bantuan Allah ? huhhhu...sendiri mau hingat ....