30 November 2006
Persidangan Meja Bulataku makin mengantuk. kelas ust fairuz ku tuang lagi. alasan seperti biasa. masalah dalaman keluarga. minik dah tak larat. daun pintu di selak. minik dah layu. kekadang terdengar riak2 hendak muntah dan loya.
ruang tamu bersepah. barang mainan berposisi liar. ada di dapur, bawah kerusi, bawah meja, bawah sinki.
kertas bersepah. sekali kaki melangkah, pasti terpijak lori mainan AY. dah usang lori itu. sudah bertayar 3. tayar ke empat ntah di mana. tapi itulah teman setia AY ketika tidur. kruk ! krek! bunyi tayar bergerak sambil terkebil2 matanya mengikut hayunan tangannya.
itulah lumrah jika sang isteri pada 3 bulan pertama. tanda dambakan kasih suami. letih jerih merempit sejam lebih perlu dilupakan sejenak. senyuman isteri azimat agung. jasad lemah Hawa ini ajaib sekali. bisa menguatkan letih kaum Adam.
"aku ke hap selepas Isyak", sms keramat orang sentul.
keluarga sudah layu di sampuk malam. aku perlu keluar sejenak. ada pekerjaaan hendak di bicarakan. korbankan sejenak menikmati hilai ketawa AY dan isteri.
berembun kami mengeteh tongkat ali . ku hulurkan tugas. sen ralit analisa persis SB. aku menunggu reaksi. setuju katanya. tugas besar jika di bahagi, molek sekali. minggu depan berjumpa lagi. moga di kurnia Ilahi.
29 November 2006
Kemenangan tertundadah lama sebenarnya, entry ni aku nak post-kan, ttp semenjak acting bz nih , dah terlupa nak masukkan. nah ! sekarang, otak tengah ngetop. neuron2 galak mengecas. membuatkan idea2 agung kembali mengalir.
2005.
"gunx, meh sini",
"apa ?"
"meh aaa..ni tgk ni ada peradun logo Affin Bank, 50k beb first prize."
"whatt !! ??"
Idea Agung
"Bang! jom la tidur , dah lewat ni"
"ehh . tak leh tak leh. nak kene ngadap komputer mlm ni, nak wat logo ... 50k yang oiii...."
"hishhh, tak habis2 ngan komputer dia tuh ...kawin je la ngan komputer tuh ..."
Saat Cemas lagi Kaget
"Woiii....awok masuk peraduan logo Affin Bank ke ?"
"a'huh , ngape ?"
"ni kawan tengok awok nyer design shortlisted, top 5 "
*speechless plus adrenaline-rush*
"nanti kawan suh budak kawan vote design awok"
*still speechless*
"good luck aaa, dapat duit esok , belanja aa kawan makan ekk !!"
Yebedabedduuuuuuuuuu...pakcik kayo !!! no more this nerdy task, i;m financial freedom. i;m a next Hazizi Hali, i;m a next Khairy Jamaludin, pak cik kayo .....no more 9-5 !!
Daydreamer , Again ?
errkk...

i;m still 9-5 guys, bila weeiii nak tukar logo tuh ??.... boring je aku tengok .... hehehhe
aku tgh ralit depan tv. kalau aku dah khusyuk, jgn cuba nak kacau. AY bengang. dah la balik maghrib, tak nak lak cuba bermain2 dengan dia. dia dah jiwa kacau. sang ayah sudah terpacak dengan tv. lupa akan tanggungjawab. erti hidup pada memberi . rancangan CSI begitu taksub sekali di tonton. melupakan sang anak yang terkebil2 inginkan kasih sayang. sekali sekala mata ku alihkan kepada AY. bola getah di lambung, tanda permainan bermula. aku layan sahaja sementara iklan berlangsung.
pap! bola terkena kepala lutut, aku tersenyum lalu ku baling bola jauh2 dengan harapan ada buffer sikit utk ku lihat CSI itu. nampaknya taktik itu berkesan. AY jauh menerusuk ke dapur mencari bola. aku senyum. tak sia2 aku lambungkan bola itu jauh ke dapur.
mata ku makin ralit ke TV. aku sudah tidak pedulikan AY lagi. ibu sibuk di dapur menyediakan juadah malam. penyiasat CSI semakin pening menyelesaikan masalah kes. bukti DNA perlu di cari. aku berkerut dahi memikirkan penyelesaian. sama kerut membaca sari kata dek kerana lemahnya penguasaan bahasa Inggeris ku.
Tap! bunyi itu agak berlainan. tepat kepala lututku berbunyi. aku tidak berkata apa. mengancing gigi. sakit. sakit sangat. tidak berkata. argh.... apa kah ini ??????
ya Allah! buah kelapa ! ya . AY menghentakkan buah kelapa yg di sangkakan bola itu. sambil menepuk2 tangan tanda bermulanya separuh masa kedua. senyum nya melebar.
aku meraung dalam hati. ibu tersenyum puas melihat balasan Tuhan.
ya ampun !!!!!!!!!!!!!!!
28 November 2006
sebut Kuala Lipis, orang akan teringat kumis maut yang menawan perawan anak kampung yang sudah terkenal seantero dunia. sebut Lipis, orang akan teringat Kumprinx, bloggger handalan yang berjaya membawa bakat2 kugiran seantero Lipis dan juga tajam tulisannya melaung erti kebebasan media. sebut Lipis , orang akan terkenang akan lazatnya keropok Wan Nyah (mertua aku aa tuh , tak reti2 ke ?).
Berbual2 dengan Cik gu Baharom, membuatkan aku terkasima dengan wawasannya. begitu luas dan merangkumi akan masa depan anak2 aku dan anak2 korang. kurangnya ma'had tahfiz dan pusat pengajian al-Quran di Pahang menggerakan cikgu sekolah ini membina pusat2 pengajian ini di Kuala Lipis. Perbualan kami banyak berkisar akan sejarah penubuhan sekolah itu. aku kenal cikguk Baharom masa aku tengah nak ngejas bini aku skang. selang beberapa bulan lepas tu, aku bertunang.
di kala itu, cikgi Baharom (CB) giat turun naik pejabat kerajaan meraih simpati memohon bantuan bagi membina pusat tahfiz dan pengajian al-quran peringkat rendah. Bantuan sebanyak ratusan ribu ringgit di perlukan bagi memuatkan ratusan pelajar sekitar Lipis.
dan kini, tahun 2006 , bulan november , tersergam indah pusat pengajian itu. galak CB berbual dengan hasil projeknya. 2 kali juga aku menopap teh O buatan isternya, Ustazah Fatimah. selang seli perbualan kami diserikan dengan tangisan cucu baru CB. senyum melebar CB dan isterinya.
erhmmm...moga selepas ini Kuala Lipis gah dengan lahirnya jaguh2 huffaz selepas di gegarkan dengan lunak suara Datuk Siti Nurhaliza.
Is it Coffee Good For You ?(disclaimer : satu entry dummy utk google adsense, naughty aa you !!)
Coffee has been a popular start to many people's day for many years. Though coffee is often looked on negatively due to the caffeine in it there are actually many health benefits to coffee.
Antioxidants are contained in coffee and many people are unaware. Coffee contains these health boosting antioxidants no matter if you are drinking straight coffee or a varied drink such as a cappuccino. Coffee is actually good for you like many things as long as you drink it in moderation.
Often people may avoid drinking coffee due to its effects on the body from the amount of caffeine contained. Caffeine however is not the only ingredient and unfortunately many overshadow the other ingredients in coffee, which are beneficial. The antioxidants in coffee have been proven to boost your immune system and help to ward off illness. Antioxidants are also proven to decrease the likelihood of developing heart disease.
Antioxidants also reduce the risks of developing liver cirrhosis leading to liver cancer. This is good news to many especially when so many medicines increase the risk of liver problems. Drinking coffee is not a replacement for regular checkups and screening from your family doctor. Drinking coffee is however a helpful tool to reduce the likelihood of developing these issues.
Coffee has also been proven to increase alertness and concentration in adults. This is especially good news since many people drink coffee specifically for the reason of staying alert or concentration. It is a common sight to see many people starting their day with a hot cup of coffee.
Although there is many benefits to drinking coffee drinking too much coffee has been related to insomnia, and ulcers. This is mainly due to large excess amounts of coffee. It is recommended that you consume between two and three cups of coffee per day in order to reap the benefits of coffee without causing adverse side effects.
A few other diseases that coffee has been shown to reduce are colon cancer, Alzheimer's, Type II diabetes and Parkinson's disease. This is been scientifically proven in various government based studies along with many private health studies.
Due to all the benefits of drinking coffee it is no wonder that coffee has increased greatly in sales in recent years. People are drinking coffee more and more due to the availability and the benefits. As more people realize some of the natural health benefits of coffee it will surely increase in sales once again.
The additional medicinal benefits of coffee are yet to be found. Other countries have recognized the use of coffee as a medicine in the past; with sufficient research it is possible that coffee may prove to be beneficial as an additional source of help for some diseases.
Gregg Hall is an author living in Navarre Beach, Florida. Find more about this as well as gourmet flavored coffee at http://www.coffeeandjavashop.com
Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Gregg_Hall
Jiwa Kacau : Seminggu Tanpamu.ya! dah seminggu, aku dah pasrah,blur dan tidak ketaruan. sepatutnya sebarang objek perlu ku rakamkan. ttp kali ini tidak dapat. aku jadi tidak ketaruan. sebarang bende perlu ku rakamkan dan abadikan. jika di simpan di dalam otak, nescaya lambat laun ia akan sirna. blog juga tidak sempurna tanpanya. tulisan2 rapu ku tidak perlu di sempurnakan dengan kepilan2 gambar2 dari angle2 menarik.
kini, aku hanya menunggu kepulanganmu. adakah kita dapat bertemu lagi ?
ohh .. samsung ku ....
23 November 2006
Azhar Mansur + Siti + Mawi + Ina ye bang ! + Khalid Jiwa + ..... ?Nama2 di atas pasti meniti di bibir makhluk2 di Malaysia. mereka pun tak perlu canang ke sana sini utk jadi popular. dengan bantuan tabloid2 , sms, iklan minuman kesihatan, pakaian dalam, pewangi ketiak dan juga teh , mereka sudah tersohor.
jika sudah tersohor, bende sekecil love-bite ingin di telek, bende2 tersembunyi ingin di intai, syahadah mereka ingin di laungkan serata alam, bilik chalet di Hawai ingin di close up, pendirian mereka mesti sama dengan pendirian kita. segala2 nya mesti berada dalam kotak pengetahuan aqliah kita. terlalu dependent kita dengan aksesori2 rumours2 sampah yg tidak perlu langsung sebenarnya di selidiki.
tanggungjawab kita di mana sebenarnya ?
di mana jemaah surau flat kita ? di mana mereka ketika azan laung bergema ? di mana anak2 kita ? bagaimana akhlak mereka agaknya ? pandai kah mereka hormat orang tua dan hormat agama ? cinta kah kita dan mereka kepada Nabi Muhammad (pbuh) ? al-Quran di atas para sudah sejuk menggeletar tunggu di panaskan dengan bacaan lunak menghalau syaitan durjana.
err....aku pun dah jarang2 baca al-Quran, asyik layan paper Met*o jek .... apa nak jadik ?
22 November 2006
Kemaruk Asapbalik ke kg , pasti aku ketemu kepulan2 asap ini. sessi mengeteh pasti dipenuhi dengan asapan2 rindu . posisi aku selalunya menjadi mangsa kepada makhluk2 naga tasik chini ini. tekak aku selalunya di samping menelan molukel2 kaffein , terpaksa di supplimentkan dengan asap2 ini.
"adehh..korang hembus kat tempat lain laa weiii", marah aku dalam hati.
aku sayang ayah aku. dia seorang yg baik dan tegas orangnya. dia sering menasihati aku supaya tidak menjadi sepertinya. perokok tegar. tidak dapat tidak, satu hari , pasti di khatamkan separuh juzuk kotak rokok itu. aku dengar nasihatnya sampai sekarang. walaupun bibir aku hitam persis perokok tegar, ttp aku tidak merokok dan membenci rokok. walau pun adakalanya orang tidak percaya aku anti-rokok, ttp bad boy ini sering di salah ertikan. hehhee....
Hasil keputusan scan paru2 ayah aku ketika tenat , masih lekat lagi di kotak fikiran. natijah amalan asapan rindu ini membawa kepada sukarnya menggamit oksigen dan menghalau karbon dioksida di dalam jasad. ayah aku tidak berkata apa. aku hanya menghela nafas. doktor hanya memberi nasihat terakhir. Peparunya ayah aku sudah kronik. agak sukar sekali dia tersenyum. sakitnya hendak bernafas. aku tunduk sahaja.
mlm itu selepas maghrib, aku berpisah selama2nya dengan ayahku. aku sedih. adik aku pun sedih. hiba.
"Awok dah besar esok, jangan jadi macam ayah, rokok ni tidak ada gunanya". kata2 keramat itu pasti aku gigit kemas sampai mati, Insyallah.
al-Fatihah.
21 November 2006
Toyota AE86 Trueno, one of my favourite car.one of my dreams is to grab this kinda of car. soon after japanese most popular anime named , Initial D. i heard its price is skyrocketing. no wonder so many poser like me in Malaysia dream day and nights driving the old skol car.
No more production from Toyota. this hatchback model with 2 doors rarely seen nowadays. it;s usually been seen at northen side and also Sarawak and Sabah as well.
i still keep dreaming to get this car soon after i become a next apprentice of Mr Donald Trumph. Please Mr Trumph, gimme a job !
Perempuan oh! Perempuankat rumah, aku ada adik perempuan, di kelas pun ada orang perempuan. di tempat kerja pun ada perempuan. nah ! sekarang pun aku kawin ngan perempuan. orang gila sahaja kawin laki ngan laki.
masa bujang, aku heran kenapa perempuan suka membebel. orang laki lebih suka berdiam diri dan sesekali berkeras memperjuangkan pendapat. perempuan lebih suka mememdam rasa. laki pula maki depan2. erhmm...unik sekali.
balik kerja. sang isteri mengadu. di katakan tidak menolong sangat satu event di tempat kerja. datang lambat bila di suruh. dah tawar nak pi kerja. kerna tidak mahu bersemuka. hati dah terguris oleh kerna kata2 tanpa usul periksa. tidak di ambil tahu kenapa datang lambat. tidak di ambil tahu kenapa lembab macam kekura pabila di arahkan sesuatu. tidak tertahan lagi.
"Saya pregnant aa...kalau saya sihat , tak de aa nak lembik2 cam ni, laki saya keje jauh, balik2 dah maghrib, nak mandikan anak lagi, nak sapedek dulu, kang pitam tengah jalan, kalau saya pandai drive tak de terhegeh2 nak suh laki saya nih usung saya ke hulur ke hilir ", tegas sang isteri pada yg pandai menuduh itu. terdiam sang penuduh itu.
aku mendengar sahaja keluhan itu. aku tak salahkan sesaper. dua2 yg salah. tapi elok aa sebelum lembik mulut berkata2 , apa salahnya bertanya dahulu, kenapa datang lambat macam kura2 ? mungkin si pelaku ada hal. ada komitment lain yg perlu dahulu di utamakan. tapi ..
ntah aa...aku layan jek ... dari sekolah lagi aku sering di analogikan sebagai bad boy. hehee....sampai isteri pun kene cop sekali .. heheh....
small case maaa......kaung tim aa elok2 ...
20 November 2006
Tidak dapat dibendung lagi "aku pasti kan memilikinya ", getus hatiku.
berkilo2 air liur tokey cina tu promote mp3 player ut kat aku pada satu petang yg hening. aku dah kaget nak beli mana satu. antara tinted atau mp3 player. berdasarkan statistik pembelian aku , 60% mengalami kegagalan jitu. banyak kegagalan ekoran dari sifat gelojoh dan mudah diperdaya oleh jurujual yang pandai berkata2. cis!
jadi, kali ini, aku menjadi lebih berhati2 dah berwaspada dengan anasir2 tadi. dengan menghela nafas panjang, aku mengambil keputusan utk tidak membeli mp3 itu ttp ku tintedkan ajer tingkap kancil ku. AY tidak kepanasan lagi. minik tidak marah2 lagi. ekon tidak perlu di pulas maksimum utk mengalami suasana kutub utara.
Erhmmm...ttp aku tidak boleh menipu diri sendiri. mp3 player seolah2 menjadi maya karin yg menghilai ketawa menyuruh aku ke kedai itu lantas membeli. Arghhh.....kenapakah bisa terjadi begitu ? aku tidak punya wang berjuta. hanya manis senyuman sahaja.
di mana kah patut ku cari wang itu ? Ohhh.... er.. oh ya !!
AdSense !! yer Adsense !! ia pasti boleh membantu, dan korang pun perlu membantu aku. ya ! pasti boleh.
mohon korang klik adsense ku ini tiap kali lepas membaca entry ku saban hari demi mencapai impian gunx membeli mp3 player utk kancil ku. yehh !! pasti boleh ... tidak keluarkan peluh serta tidak melukakan jari.
klik dan mp3 player pasti di beli !!
Klik Sekarang.
17 November 2006
Buatan Orang ?mende2 camni aa aku paling pobia sekali. kat belah kg2 sana, mende2 angker dan ala2 supernatural ini dah macam berakar umbi dan masyarakat. masing2 kalau tak puas hati, hantar santau secara wireless. aku tak tahu lak pulak dia pakai protokol type apa ? tcp/ip ke ? http ke ? sccp ke ? mtp layer 1 ke ?
apa yg aku tahu, orang yg kene buatan orang nih, muntah darah pasal ada di katakan ada paku kat dalam perut. badan kurus kering, selera makan dah kurang, asyik meraung tak tentu hala, badan jadi kuat tak semena2 , suara dah jadi macam vocalist Amuk "Yeay!Yeay!!"!! horrer giler wa cakap lu.
takut gak kalau fikir kot satu hati kita kene buatan orang. tapi mende tu dah jatuh syirik dah kan ? pasal dia dah macam menduakan kekuasaan Allah. kuasa Allah mengatasi segala2nya. sebab tu kene baca doa sebelum tidur dan lepas tidur. kalau rajin lagi , wuduk sebelum tidur. huhhu ... aku pun termiss gak mende2 nih ... tlg aa peringat , kalau aku lupa yek ...
err....tapi kalau pagi tiba2 rasa loya nak muntah2, moody tak tentu hala, boleh di klasifikasikan sebagai kene buatan orang ke ? sendiri mau hingat .... tahniah AY!! doakan adikmu selamat melihat hijau bumi tuhan !!
16 November 2006
Jangan Raya Tanpa OPRG* - Featuring AY's Bzday Celebration Extravaganza!! - Bahagian Akhir.Acara kemuncak sebenarnya bermula pada pukul 3 ptg, rugi korang yg datang awal. Acara sambutan sederhana ttp meriah (tiru ayat RTM apabila tiba sambutam hari raya). Kek di tempah oleh brader Fong. kat area KD aku tak berapa reti nak order kat mana. juga tak berapa yakin akan status chef yang membuatnya.
jadi aku sub-kan kepada Fong utk membelinya. tema dia macam kek Siti Nurhaliza. stroberi bersalut coklat gittew. honestly, aku tak baper minat sangat kek2 ni. sebgai penggemar kopi dah teh, sebrang elemen kek2 dan krim2 ni kurang mendapat perhatian tekak aku. ttp demi meraikan rakan2 , aku paksa diri aku makan juga. nnt AY kecik hati lak ....
time tu gak my boss, Miji (umur rahsia), datang dengan menyarung jersi Chelsea. Sib baik, aku tak pakai sama. erhmm...bawa anak teruna dia 3 orang. leh tahan gak jarak setahun2. huhu...tak leh agak mana satu bang long, mana satu angah, mana satu acu. Time kasih kerana datang...penat dah tulis, topik ni pun dah basi , so sebagai kesimpulan , kami dapat juga mengadakan satu hopen house yang serba ringkas dan serba kekurangan. so, daripada pengalaman pertama ini, aku hingat kalau ada rezeki, nak wat seken time dengan pelbagai lagi juadah yg rare ttp halal.
satu tips aku nak kasi, bagi sesiapa yg teringat nak wat hopen house :
1-bajet kene ada ofkoz aaa..depends gak pada genre masakan korang. tak kan korang tergamak nak sajikan nugget ngan goreng pisang je kat tetamu yg mai jauh2. kene raikan juga selera derang , kan ?
2-hias rumah sebaik mungkin bagi memanifestasikan peribadi korang. jangan la bersepah je rumah. habuk2 kasi buang, kalau larat kasi mop dulu.
3-korang pakai aa baju teratas sikit. tak nak aa seluwo bermuda ngan baju pagoda jek.
4-laman pun kasi tacap sikit kalau sempat.
5-emai atau sms pada jemputan, tang ni jangan la bangang sangat ter overlook. nnt kalau tak de guest. tak pasal2 korang jadi sahabat syaitan.
6-stamina yg kuat. kerja melayan tetamu memerlukan stamina mental dan fizikal yg cempion. pastikan anda mendapt tidur dyg cukup.
7-solat kene jaga. especially waktu puncak. peranan suami isteri teramat lah pentingnya. kasi aa signal dalam apa jua cara kat pasangan anda. luangkan masa pada Maha Pencipta. huhh....
harap , korang pun dapat turunkan tip2 lain.
Ohya ! ....
*OPRG = open house rumah gunx
15 November 2006
Jangan Raya Tanpa OPRG* - Featuring AY's Bzday Celebration Extravaganza!! - PART #2Aku tahu senyuman sinis menggambarkan apa. Awning retroku pasti menjadi tumpuan. Senyum simpul tu , ku sambut dengan penjelasan seringkas mungkin.
Belum sempat LMT bernafas, aku paksa dia Q hamek juadah. tapi hebat gak dia cari rumah aku, padehal baru festaing dia mai seksyen 7. suspek tul !! Naim agak slow pada minit2 awal ttp selang beberapa minit , rumah aku dah jadi Stadium Darul Makmur. pertemuan antara Tok Gajah di wakili AY dan Hobeng Jang Hobeng di wakili Naim. Persaingan agak sengit dengan beberapa kekasaran berlaku sepanjang perlawanan. Walau bagaimanapun , perlawanan berkesudahan seri tanpa sebarang jaringan.
Bayam mai pulak. Lagi aku suspek dengan attire dia. Batik siut ! Teringat aku citer Dari Jemapoh Ke Manchaster. Nak gak aku sound "Ini bukan bilik gerakan!!", hehhe...cool bro !! rupanya dia nak ke bangsar, attend majlis kendu. anak Dato' mana ntah kawin, for sure kene kasi smart tak hingat. nnt inferiority complex lak , nengok seme geng2 tuxedo datang.
Kendian, Ateed ngan Faiz datang , dah darah manis ko teed ! dan tak lama lagi nak jadi laki orang, huhuh....gurau aa ngan aku sebgai orang bujang buat kali terakhir. hhehe..lepas ni kepit ngan minik la pulak. respek gak aku ngan mamat ni, olang kaya , anak latok , tapi hati baik, perilaku pun baik. moga ramai lagi anak2 dato' kat luar sana, jadi baik dan membaikkan orang. huhuh...dah , aku dah penat, kalau rajin , aku hapdate part #3 lak ....tungguuuuu....
14 November 2006

Jangan Raya Tanpa OPRG* - Featuring AY's Bzday Celebration Extravaganza!! - PART #1
Sabtu lepas (11/11/06), satu majlis membuka rumah di adakan di teratak awning buruk Gunx di KD. beberapa kenamaan VIP dan VVIP telah dijemput bagi menghappeningkan lagi hari Sabtu tersebut yang hujan di petang hari itu. pagi2 aku dah kuwo menjemput jiran sebelah menyebelah. jiran kanan aku agak misteri sikit. aku kasi salam ,dia tak mau keluar. mungkin aksi aku macam ajen gores dan menang agaknnyer menyebabkan dia enggan menjenguk muka barang seketika. huhuhu

VIP pertama merupakan Kimi. Antara team mate prjek kat Brf dulu. dah 2 orang anak dia. riuh gak minik dia. aku hingat senyap. anak teruna dia leh tahan ligat. anak dara bongsu lak selera giler makan. menganga je menanti suapan.. huhu.... tq for coming buddy !!
Nxt Iwan and family. atas permintaannya , aku tak riliskan gambarnya kerana menurutnya, gambar yg aku hamek tidak menggambarkan rupa parasnya yg sebenar. aku tak faham akan kata2nya, tapi demi amanah itu, aku tidak riliskan di sini. dia bawa 2 anak dara dia yg comel2 tp pemalu gittew. yg solung katanya demam. so, agak2 slow2 sikit. yg sorang lagi , aku jeling2 terus menyorok kat mak dia.. ehhee...

peh tu. LMT datang. eh! kenapa senyuman dia agak aneh ? kenapa dia berbaju merah ? kenapa ??
nantikan laporan part 2 seketika nanti ....
10 November 2006
Fong dan Islam disclaimer : gambar terpaksa dibrighten-kan ke tahap maksima kerana penulis mempunyai kulit yang aggresif.
Aku mengenali Fong, rasanya dah 3 atau 4 tahun (kot?). dia peluk Islam tanpa pengetahuan parent dia. rahsia. kalau parent dia tahu, mesti teruk kene marah. dia kawin dengan gadis Melayu. banyak cabaran dia lalui sepanjang dia peluk Islam.
Bila parent dia tahu, teruk dia marah. dia kene isolate dari parent dia. yg paling marah, mak dia. mesti kita orang Melayu jarang dapat pengalaman sebegini. Kita lahir dah Islam secara default. Islam datang begitu mudah. Orang yg asalnya bukan Islam tentu begitu payah nak cari hidayah. tanya orang itu, tanya orang ini. Tidak semua jawapan memuaskan hati. kadang2 menyakitkan pula.
Kenapa kita tak di ajar sains dakwah ? atau kita saja tak mahu ? atau kita nak masuk syurga sorang2 ? biar orang lain masuk neraka ? aku pun tak tahu nak jawab. pasal aku pun takut nak dakwah. macam diri sendiri pun tak terurus lagi. tu aa pun alasan yg selalu kita dengar. kan ? hehehe....
kini, mak Fong dah slowly suka. dah leh makan semeja. dah leh balik rumah sambut Gong Xi Fat Choy. dah leh buat2 joke. erhmm ...baguslah. moga ramai lagi yg di luar sana yg akan peluk Islam.
Selamat datang ke agama yang maha benar ! Agama Islam.
09 November 2006
Kehidupan sebgai seorang programmer tidak seindah yg di sangka. kerja2 yg memerlukan perahan idea di samping desakan meninggi sang "Big picture " memungkinkan otak sentiasa berputar memutarbelitkan keadaan jika keadaan mendesak. kadang kala, insan kerdil inii tidak dpat menjadi super-duper hero pada majoriti keadaan. mungkin desakan hidup, tekanan perasaan, atau apa2 alasan yg sesuai.
tapi bagiku, kekadang idealist perlu kan keadaan yg tak menentu utk mendapatkan idea. idea yg melepaskan belenggu rantai masalah. kekadang rempitan motor menjadi penyelamat. Allah kasi pelbagai keadaan utk kasi idea tu datang. mungkin tidak di tempat kerja. mungkin atas motor sahaja kita mendapat idea yg mencurah. mungkin semasa tengah tidur dengan mimpi2 yg indah cross over dengan solution masalah di pejabat.
buat masa ini. idea penyelesaian ku bnayak dapat di atas motor. ntah kenapa agaknya ?
Peluang hidup mewah di bumi Maran (mesti baca iklan ini)ada satu peluang kerja di hometown aku as Penyelia Project. kawan aku Pendi suh iklankan job ni khas buat mereka yg hingin nak hidup mewah di Maran.
berikut details ttg vacancy tu :
- Jawatan : Penyelia Project
- Kelulusan : Diploma Kejuruteraan Awam
- Lokasi Kerja : Maran, Pahang (small town situated between Kuantan and Temerloh)
- Pengalaman : 1-2 tahun (leh nego)
- Salary : 800-1200 sebulan
FYI, dengan gaji tersebut, anda leh hidup mewah gila baban sekali. kadar sewa rumah yg murah campur dengan cost of living yg tak semahal KL memungkin anda menjadi jutawan dalam masa 10 tahun jika anda menten bersifat qona'ah. jika berminat leh contact : Pendi (019 346 7736).
Terus merintis kemungkinan, kejar peluang ini di samping jika ada bekerja di Maran memungkinkan anda menjadi rakan penge;teh kami. Pelbagai benefit yg bakal anda dapati jika masuk dalam jemaah ini. hehehe ...
08 November 2006
Aku suka AY Sebagai ayah, hati mana tak suka melihat anak tersenyum girang melihat jasadnya ke sana sini. sihat dan gembira. ada sesetengah parent bersedih kerana tiada anak. perkahwinan sudah masuk 5 , 6 tahun, tapi Allah uji dengan tiada anak.
Nah! AY ada di depan mata. galak matannya jika di ajak bergambar. cukup suka aku, kalau dia pakai baju melayu johor. wan dia kat maran yg jahitkan. dia memang cempion bab2 jahit2 ni. ketayap tu ada tulis "Ahmad Yassin". special hand-made upon request. sedondon pula dengan baju dan seluarnya. sejuk hati.
Nama dia Sarah. bukan awek AY. tapi rakan dia kat taska. Sarah punya sejarah sendiri. tidak berbapa. bercerai hidup. Sarah hidup di kota Amerika sekian lama dan kini dia bahagia di samping ibunya di Malaysia. Aku tahu Sarah kepingin dengan kasih bapa. AY punya bapa dan ibu ttp tidak pada Sarah. umur semuda itu perlu berhadapan dengan situasi getir. Namun aku tahu, masa depannya cerah. Sarah budak yg baik. aku harap AY pun akan baik seperti Sarah.Ameen.
07 November 2006
lepas subuh , dapat sms ngeri lagi menakutkan. my pregnant little sister dikejarkan ke spital. program2 hari tu terpaksa di kenselkan sesedap rasa demi rempitan kami anak beranak ke spital Temerloh. jemputan emran ke pangsapurinya terpaksa aku abaikan. minta maaf. mak aku sugul di dalam bilik. mengemaskan pakaian. aku akur akan bahasa badannya. sebagai anak yang duduk lama di bawah ketiaknya, ku bisikkan di telinga minik. "jom lekas kemas barang, kita ke temerloh hari ini . urgent !"
sepantas kilat, baramg di kemas ala2 kadar. ku periksa wang minyak dan tol. erhmm...lepas kot ! aku hanya mengagak. huhuh....mende2 urgent ni duit letak tepi kan ?
gerak dengan berhati2. aku pandu perlahan dan berhati2. sekali sekala , aku wat gak sikit skill Takumi Fujiwara kunun. jelingan minik membuatkan aku normal kembali. 3 nyawa perlu ku jaga rapi. lori2 mabuk masuk lane orang perlukan pemerhatian 100% . mak aku bersandar santai di belakang. muzik retro mungkin membuaikan mimpi indahnya agaknya.
menjelang tengahari kancil tercegat di depan spital temerloh yg bagi aku besar giler. macam rasa kat Putrajaya jek. sekitar spital seperti biasa gerai dan rumah kedai ligat membangun. jana ekonomi nampaknya. kadar harga rumah dengarnya sudah naik. melebar senyum tuan2 rumah dengan limpahan rezeki. alhamdulillah, rezeki korang. tak perlu bersesak2 seperti kami di KL. duit menggolek datang tanpa perlu mematahkan pingggang ke tempat kerja. semuanya selesa dan tidak bersardin2. best kan ?
kami ke cafe dulu mengisi perut yang keroncong dari KL lagi. layan makan. sedap jugak. lepas kenyang, kami ke atas , melihat adik tercinta. senyum dia kami datang. tidak perlu bawa ubat cuma kehadiran. adat orang sakit. lega jika ada orang ziarah. sabar lah adik. moga kandungan selamat. AY tak sabar nak buli sepupu.
03 November 2006
Fanatik Ballack la kunun ....jam menunjukkan tepat 10 mlm, tarikh termetrai untuk sessi menge;teh peringkat daerah akan bermula. aku msj sen , bayam dan emran utk cargaz. hujan rintik2 di luar tidak menjejaskan stamina aku utk keluar. aku pastikan dulu anak terunaku layu dahulu. perlahan2 ku buka pintu grill dan pintu pagar utk keluar. jiran sebelahku ini amat concern orang kluar masuk. kekadang dia mencegul kan kepala buat2 something tuk ushar.
"Padang Kota" , tegas bayam. aku akur sahaja. kelibat bayam dapat ku lihat jelas. ia tidak pelik dengan saiz nya yg XL itu. air yg bayam minum aku copy and paste sahaja. mudah. air limau nipis sahaja. santai dan ringkas.
aku sms sen. dia di rumah lagi. hujan sudah berenti. perlahan2 aku merasa jersi ballack , nampak sebiji ori. jersi ini aku dah ada. demi rakan2 dah al kununnya fanatik kat Ballack , aku beli juga walau pun price dia mahal sikit. aku henjut sahaja. senyum si penjual. dia open table. yes !
mlm yang sama juga, kami tukar lokasi. tempat yg aman dan tenteram dari bau2 ketiak pekerja2 restoran 24 jam ini. sunyi dari pekikan tv. selamat dari asap2 ganas rokok kretek. sen muncul dgn pakaian kasual lengkap dengan logo syarikat di dada kiri. sempoi dan bersahaja. aku terover2 plak sarung terus jersi tanda indeks kepoyoan yg maksima. ke hulu dah ke hilir buat2 ada kerja supaya dunia tahu aku ada jersi baru. lantak aa ko gunx .... ntahapapa.
topik perbualan bermula. aku sudah bersedia utk diam dan menjadi pendengar. aku masih berhingus dengan dunia liga inggeris, sepanyol dan german. tiba2 beralih ko topik raya, keluarga, rumah , puasa, kopitiam, kereta, uptown, adab puasa dan 1001 lagi topik. semakin galak otak berputar mencari idea menghangatkan meja penge;tehan. sudah pukul 1. tak reti2 ?? jom blah.
lega rasanya dapat menge;teh. balik rumah rebahkan badan. selang 20 minit AY meragam. menangis sampai kul 4 pagi. padan muka. sapa suruh tak hamek wuduk dulu ??? sendiri mahu hingat la brader !!
02 November 2006
Syawal Meniti Usiaaku ke Jengka hari raya ke empat, hari keempat selalunya disambut dingin jika di kampung kerna tempoh raya tamat tempoh tatkala selesai menunaikan solat sunat raya.
ibu sajes ke Jengka di pagi itu. aku agree ajer. sudah lama tidak kesana. wan imas antara manusia tertua di kampung ku. kelibat beliau sudah lama tidak ada di kampungku. di kala sihatnya, saban petang aku akan mendengar celotehnyer di beranda rumahku. ada saje genre cerita nyer. ada berunsur nasihat, ada berunsur satira rakyat, ada berunsur sedih. cukup memberi makna jika di amati dengan mata hati.
jiwa aku dekat dengan dia kerana arwah suaminya, merupakan guru al quran ku. tiada bayaran bulanan tetap di kenakan. hanya pemberian ikhlas sahaja di dambakan. tidak hauskan wang ringgit. saban petang juga arwah suaminya ke rumah, berbual dan bersantai dengan arwah bapaku. menge;teh sedas dua.
kini, 2006 , itu semua hanya sejarah. usia wan imas sudah melepasi 100 tahun. sudah lupa dan nyanyuk. tiada yang pelik jika bernama manusia. aku pun akan ke destinasi itu jika Allah panjangkan usia. moga wan imas diberkati usia dan moga Allah berkati usia arwah suaminya yg tidak jemu mengajar Al-Quran kepada anak jati kampungku. ameen !
01 November 2006

Hari Raya Mode
baru masuk opis hari ni, tapi cam tak leh tune lagi kepala hotak aku nih, macam2 perasaan dan pengalaman dapat aku kutip since raya tahun nih, ada yg manis, pahit , kelat, tawar dan biasa2 aje.
sanak sedara , sepupu sepapat aku dah makin besar, dah pandai cari duit, dah ada ijazah, dah ada kudrat tulang 4 kerat , dah ada matang akal. semua ini tiada pada raya2 sebelum ini. perjumpaan setahun sekali memungkinkan aku menemui pelbagai perubahan manusia. aku sendiri termasuk dalam fasa perubahan ini.
dah semakin berusia dan tua. sudah beranak. sudah berbini. sudah bermertua. sudah berbiras. sudah bermenantu (baca : aku dah jadi acting bapa mertua.). itu lah lumrah kehidupan dunia. kita tidak boleh lari daripada perubahan. sama ada hendak atau tidak . ia tetap akan berlaku. walau macam mana keras pun hati kita. hari tetap akan berlalu , jam, minit dan saat akan terus melabuhkan tirai. meninggalkan kita manusia hina di belakang.
itu lah hari raya, hari yg begitu istimewa. umat sedunia menyambut girang gembira. tanda kemenangan melawan ombak tsunami nafsu. Allahu akbar (3x).
Iklan
antara perkara yg aku tunggu time raya adalah iklan raya. tahun ni macam tak meriah la pulak iklan. ada 2 sebab kot. save bajet atau tak de idea. so, aku rasa yg paling menyerlah aku rasa adalah iklan petronas. very the seddey one .... nak menangis gak tengok first time . tapi dah lama2 tengok , aku gelak la pulak masa dia kentut tu ... hehhe... apa raa mat gunx. tak sensitif langsung .... hehehe....
Jemaah
Isyak malam tadi, aku ke surau as sohabah belakang rumah. erhmm...aku rindukan jemaah ramadhan. di mana kalian semua ... ??? hehhe...
