20 Oktober 2006

Selamat Menyambut Eid Mubarak kepada pembaca gunx.blogspot.com


Kepada : Pengerusi Persatuan Blogger Tegar Malaya

Perkara : Memohon Cuti Selama 7 Hari

Saya, pemilik lot gunx.blogspot.com ingin memohon kepada pihak tuan cuti selama 7 hari efektif pada hari Sabtu (20 Oct 2006) hingga Ahad (29 oct 2006) kerana hingin menyamburt hari raya aidil fitri yang mulia.

Oleh yang demikian dimaklumkan bahawa lot gunx.blogspot.com akan sunyi seketika daripada sebarang aktiviti penyelenggaraan dan penghapdetan. Justeru, saya amat2 mendambakan belas ehsan pihak pengurusan agar meluluskan permohonan saya ini kerana keluarga mertua saya di Kuala Lipis (turn minik la pulak tahun ni) amat memerlukan khidmat tenaga extra jantan maskulin saya utk memasak lemang, mengecat dinding, mengantung langsir, menyapu habuk dan juga memotong rumput.

Saya juga berharap agar para peminat fanatik gunx.blogspot.com agar mengurangakan kefanatikan anda. teruskan bertadarus al quran sehingga ke titik dakwat terakhir. teruskan beriktikaf di masjid. teruskan memberi sedekah. teruskan menyapa jiran. isi kandungan gunx.blogspot.com hanya momokan kosong yang tiada faedahnya. jika ada pun , secara kebetulan sahaja.

Terlanjur menulis ini, saya hingin memohon maaf kepada rakan2 di persatuan blogger tegar malaya sepanjang kita bersama. melalui kalian, saya dapat membaiki kelemahan dalam menulis. saya hanya tahu menulis dan menulis. public speaking jauh sekali kerana kurangnya keyakinan diri , jadi biarlah saya dengan dunia penulisan sahaja. kepada ibu saya , Rogayah, yang banyak menumpahkan peluh dan air mata sepanjang membesarkan insan kuyu ini. maaf kan daku wahai ibuku !!

buat warga kerja Palestinkini, kipidap!! you guys are great!

maaf kerana saya menulis ucapan selamat hari raya dalam surat permohonan cuti ini. Sekali lagi , harap permohonan ini diluluskan dengan sebulat suara. kerana jika tidak di luluskan hati saya akan hancur berkecai bagai buih2 bertaburan di tepi pantai.

Kerjasama pihak tuan amat dihargai.

Sekian , Terima kasih.
Gunx

18 Oktober 2006

Skima-nyer Mat Rempit Itu.

agak jarang aku dapat awal ke cyberjaya. pelbagai faktor mempengaruhi rentak perjalanan. antara faktor2nya ialah

1-terlajak tidur lepas subuh
2-ay meragam tahap ke-3
3-sesak keluar ke LDP dari KD
4-bas2 yg mengganas
5-laluan yang sempit dan berliku
6-mat rempit yang berlumba haram di pagi hari
7-mat kereta yang turut berlumba haram di pagi hari
8-hujan renyai2

...e leh ... kalau nak list mmg aa banyak ... boss pun dah muak ngan alasan2 kuno ni ... kene fikir alasan yang baru yg tidak boleh dikesampingkan lagi.

contoh
:
9-gaji sikit, tak leh beli motor besar. huhhhuu..... boley ?

17 Oktober 2006

Kapten Hafiz : in person with Gunx

aku mengenali dia menerusi majalah I dan seperti biasa aku kenal dia dan dia tak kenal aku. hek eleh. so, dah lama aku meminati tulisan dia. malah saban bulan aku pasti berlari2 anak ke kedai mamak utk membelasah (baca:beli dengan duit yang halal) majalah tersebut bagi memenuhi ruang di rak bukuku.

aku pun kepingin nak jumpa dia. nak tengok in person. macam dah ditakdirkan aku ke rumah dia jumaat lepas. kawan aku ajak. tidak akan aku lepaskan peluang ini. tepat jam 5 petang, aku orang kedua yg punch out. opss... merempit pulang. membeli juadah berbuka puasa utk keluarga lalu bergegas dengan kelajuan cahaya utk menumpang kereta rakan.

rumah dia yang terletak di Shah Alam memaksa kami berbuka pose secara koboi di dalam kesesakan lalu lintas. itu tidak menjadi apa. asalkan aku dapat bertemu dengannya. wow !! rumah sudah kelihatan. begitu besar. dengan menjawat jawatan pemandu kapal terbang MAS, aku tak heran sangat rumah dia besar tak hengat nih..cuma yg aku paling kepingin nak tengok perpustakaan peribadi dia. tu aku nak tengok sngat. orang kata library dia besar.

ya! memang besar. lepas berbuka puasa, aku buat muka tak malu masuk ke ruang perpustakaan dia. barisan buku2 yang kebanyakkan nya arab bertebaran. dari sumber yg aku dapat, beliau sudah menghabiskan hampir 100k utk renovate sebahagian rumahnya menjadi library. lengkap pula dengan sistem audio home teater. perghhh....!! leh wat kursus nikah kat sini. complete giler !!

mata aku ralit memandang buku2 rujukan dia. bila masa ntah dia baca. padahal aku rasa 40% life dia kat atas langit merempit bawa boeing 747 tapi ada masa tulis buku2 berfaedah. erhmm....sendiri mau hingat aa brader...kalau aku kat tempat dia, mungkin aku hanya menghabiskan masa mengilap superbike sahaja...hehhee....

anyway, tq a lot bro ... juadah yg di sponsor cukup eksotik sekali.

16 Oktober 2006

New Samping !


ke kompleks PKNS, Shah Alam. aku seperti biasa bergaya dengan baju last year kununnya. dah puas berbaju raya. dah 30 kali. AY , raya tahun pertama kelahiran, di hospital Lipis, jaundis.

sadis. memang sadis. tahun kedua. normal. tidak di hospital lagi. tahun ini. Lipis. bumi kelahiran penyanyi sohor Melayu.

samping ku beli. tanda kejantanan anak Melayu. pakej dengan baju Melayu tahun lepas. hendak ku ajar kepaadanya, qona'ah. asal boleh sarung, sarung je. selamba. tiada erti berbaju baru ttp amalan seperti katak puru. lompat ke sana sini. tanpa hala tuju.

ramadhan tahun ini. Lailatul Qadar menjelma pasti. ttp adakah umatnya mendambakan sepenuh hati ? malam penuh bonus! tiada guna berbaju baru jika malam berkat ini tidak ditagih?

w'pun begitu, ku harap samping barumu berpadaanan dan sedondong dengna baju coklatmu. tahniah kerana bersamping baru . luv u !

13 Oktober 2006

What if ?

Valid tak puasa saya kalau saya ...
  • inject jarum ?
  • korek telinga, dubur demi keselamatan peribadi ?
  • gigi saya berdarah ?
  • saya pakai inhaler kerna asma ?
erhmmm... tak batal. ok ? tak puas hati ? heheh

rujukan : cucuk sini


11 Oktober 2006

Tayar Raya

Ahad pagi, sms bayam, tanya bayam , bengkel terhebat di KD. kete ku memerlukan belaian segera. sistem suspensi tidak bermaya. tayar mogok menyarat korner. sudah tidak bernafsu melayan kehendak aku meratah korner2 maut. aku tidak tahan lagi.

perlu cari penawar sepanjang ramadhan ini. fulus aku cari demi kancil tercinta. berputar2 mencari arah. tidak sia2 nampaknya. berhasil. molek. mari kita teruskan.

apek mengintai bunga.geleng kepala. botak tengah dan tepi. sangat tidak relevan dalam era pasca Syawal nanti. biar baju tidak ku beli. namun tayar tetap di hati.

4 ratus hangus. ku pejam mata. duit ke tangan Cina lagi. apakan daya. melayu tidak berniaga di Ahad ini. kancil aku megah di jalan raya. ku derumkan henjin. senyum mendengar suara ayunya kembali. bagai penari ballet, kancil ku menari di jalan raya.

Alhamdulillah !!

06 Oktober 2006

Buli-ed ?

aku rapati AY, erhmm..kelihatan agak aneh bentuk wajah dia petang semlm. agak malu untuk menunjukkan wajahnya. aku hairan. cuba rapati dan rangkul tangannya agar tidak menjauhkan diri dariku.

tepat sekali jangkaan rambangku. kene gigit lagi!! dulu dah kene sekali. tapi tak kelihatan sangat kesannya. namun, kali ini dapat ku rasakan gigitan pemangsa agak ganas dan real. betapa tidaknya, pabila ku usik , tanda protes AY agak radikal menandakan sakitnya.

tak pe aa...AY, aku harap lepas ni ko jangan aa defensive jek, aku kene ajar ko kene lawan sikit. bukan nak suruh ko jadi gengster ttp sebagai lelaki kene kasar sikit, kene berdikari, kene lawan, kene rebel, heheh....tapi berpada2 aa ekk...lesen ku beri ini bukan bermakna ko leh bantai sesapa ttp point dia ... ko kene kuat dan ganteng macam Ahmad Yassin kat Palestin nuhh.... hehhee....

05 Oktober 2006

Pengkamiran ? What the heck ?

dulu, masa aku sekolah menengah dalam subjek tak de sangat jumpa mende2 ngarut, basic maths yg hanya perlu kita pindah tempat , cari nilai sudut, cari nilai x, ukur baper cm, ukur isi padu, yg mana bagi aku ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, even perompak bank perlu tahu asas matematik utk melakukan sesuatu rompakan. jika perompak buta matematik agak sukar utk menjalankan operasi walaupun hati kering tak hingat.

tapi bila masuk matrix, terpaksa hamek Add Maths yg bagi aku merupakan mala petaka paling dahsyat. berbekalkan sijil SMA dengan pangkat 3 , aku menongkah arus mempelajari Add Maths . saban hari aku menitiskan air mata kerna tidak dapat menangkap apa yang cikgu bebelkan di depan kelas. tapi setelah berusaha dengan gigih (geli aku dengo !!), akhirnya aku bisa memetik jari menjawab soalan2 saiko except Pengkamiran ??? aku menci dan menci ...

kendatipun , tahap menci yg maksima, aku tetap sekali lagi menongkah arus deras menuntut ilmu demi masa depan (e ceh ...!!), lalu aku bisa juga menjawab walaupun tidak lancar.. menci !

jadi, sebagai manusia biasa, aku kerap kali berfikir dan menaakul adakah setiap subjek dalam maths itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita ? cuba korang tengok, baper per cent subjek Maths korang apply dalam 24 jam korang seharian especially subjek pengkamiran !! aku rasa tak sampai 0.001 percent akan guna.

jadi dengan hipotesis ringkas ini , adakah patut subjek pemgkamiran dimansuhkan ? hehhe....

04 Oktober 2006

Saat Indah Ramadhan

Petang hari biasanya , aku melangut kat berandar rumah dikampung tunggu waktu berbuka, aktiviti seperti mandi di empangan maut, masuk hutan cari biji getah, main bedil amatlah tidak relevan dengan kandungan protein dan kaborhidrat yang amat minimum ketika ramadhan ini.

so , kesimpulannnya , aku hanya melangut dan berangan. arwah bapak aku kekadang layan borak ngan aku. waktu dia sihat, ramai aa kengkawan dia ajak dia kuwo pasar ramadhan dan aku yg gersang tak tahu nak wat apa seperti biasa buat muka wellfare utk turut serta. selalunya aku dapat pi kerna kehadiran aku ibarat tidak memberi impaks kepada topik perbualan mereka. aku tidak tahu pasal politik dalaman dan luaran. aku tidak tahu pasal dengki mendengki lagi. pada aku semua orang baik dan innocent.

pergi ke bandar dengan tiada wang di saku begitu memeritkan. air tebu dan murtabak melambai2 . aku hanya mampu tunduk dan melayan kaki melangkah lesu.

ttp saat dapat menumpang ke bandar adalah sesuatu yang menarik , at least dapat melihat persekitaran berbanding duduk melangut di bawah pohon manggis yang banyak kerengga itu.

03 Oktober 2006


Apa Gunx Buat Jika Dapat RM1000.00 ?
erhmm ...


Pesanan Khidmat Masyarakat dari Gunx.Blogspot.Com
Bagaimana hendak menjaga laptop anda ?

Bagi pemilik laptop antara perkara penting selain menjaga keselamatan adalah menjaga kesihatan dalaman laptop itu sendiri. Jika otai2 laptop tentu akan ketemu masalah holder monitor patah !! ya , sedar tak sedar , buka laptop, terdengar bunyi keletakkkk !! yg dengan kata lain , holder monitor tu dah kong !! kenapa kong ??? satu persoalan yg pasti akan ke udara ?

Ini bertitik tolak dari penjagaan dari hari pertama korang memiliki laptop. laptop sebenarnya bekerja teruk utk kita tanpa kita sedari. acu sesondol (aku reka je term ni, hehhhe ) yang hold antara kibod dan monitor memainkan peranan penting kerna jika rosak bermakna hilanglah kehenseman dia umpama koboi tidak bertopi. So, langkah pertama korang kene pi kedai hardware berhampiran dan membeli minyak seperti tertera dalam gambar. Langkah seterusnya, pastikan anda secara berkala menarukkan minyak pada bahagian aci sesondol tersebut bagi memastikan ia dapat bekerja dengan licik dan lancar bagai pucuk di lancar.

02 Oktober 2006

Raihan's Latest Album ... will reviewed soon . Posted by Picasa
Acting Fasting Dude ! Posted by Picasa
Kapucino Stailo
Ke Tesco dan terjumpa produk Kapucino ni.
cam best la pulak layan,
cam biasa , air panas , buka paket dan isikan terus , lalu tunggu laungan azan utk proses penghadaman ...

sangat relevan sebagai alternatif air tebu yang sejuk ttp melembikkan tubuh seharian berpuasa. erhmm...khasiat aku tak tahu , pasal tak research lagi . :)
 Posted by Picasa