29 Jun 2006

what a rilis .. !!

tiada ada yang menggembirakan aku hari ni selain daripada berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pehutang tegar.

berjaya menamatkan pelajaran juga merupakan satu kegembiraan. tapi dengan hutang yg mengejar tidak sesekali mengujakan aku. tapi ... tak berhutang kang, bodoh plak aku .. tak kan nak guna SPM ngan SMA yang gred 3 tu ... ??

nak jadi ustaz jauh sekali. masih terngiang2 kat telinga kata2 menjatuhkan waterface aku ketika dengan poyonyer aku minta belajar kat UIA. dengan bahasa Arab yang cukup lemah tidak langsung diberahikan kehadiran aku menjejakkan kaki ke sana .. hehe... tapi tak pe aa...rezeki ada kat mana2 ...

tq Allah, tq UUM, tq Pak Guard (except Raju), tq Abd Din Mekanik Old Skol, tq D9 , tq housemate yang minat giler Guns N Roses, tq Bob kerana jadi banker aku, tq Din kerana pinjam motor , tq Emran for the Volvo, tq every one ..

go jerman go !! (maaf , off topic !)

28 Jun 2006

Konpirasi England Terhadap Jerman

selang beberapa hari aku post kat blog yg aku kunun2 penyokong Jerman, aku telah didatangi oleh bisness kad misteri.

Pagi tadi sebelum aku pi kerja, menjadi kebiasaan mengeledah mailbox melihat surat2 baru dan juga tidak lupa bil2 yg perlu dibayar.

tiba2 aku menelek bbrp bisness kad yang berlambak menyemakkan mailbox. aku mendengus kegeraman. aku tak sangka sampai begini sekali konspirasi England.

Tidak! aku tak hingin menghubungi Rooney mahupun Owen walaupun rata2 rakyat Malaysia histeria bila sebut nama2 ni...namun tidak bagi aku ...

kepada Rooney dan Owen hingin ku berpesan ... Riba itu haram !!

27 Jun 2006


Jerman - pengakuan esklusif versi bukan rahsia

Ko taksub ke ?
aku tak la taksub sangat dengan team jerman ni sebenarnya. cuma macam hati kecil aku meminatinya. ntah kenapa. kalau ikutkan aku nyampah kerana sejarah hitler. ttp ini bukan pemerintahan ttp permainan. majoriti lelaki suka akan permainan bolasepak. so , team jerman menjadi pilihan. tak hafal pun nama player dia at least yang selalu score dan yang ada X-Faxtor laa...

habis tu kenapa ko suka sangat ?
kerna tahun ni dibarisi oleh kaum muda. last world cup majoriti adalah kuda2 tua yang hampir nak menapaus. pengalaman ada ttp stamina la pulak .... so , tahun ni macam mantap aa kunun2...tapi team lain pun apa kurangnya ..cuma aku lihat team France cam tak de muka lain ..hehhe...tukau la weii....

Kenapa ko poyo sangat beli jersi Jerman sampai anak ko pun ko paksa pakai ??
takde aa, aku dah lama mengidam nak beli , original mahal beb !! baik aku tinted kancil aku dari beli baju tu ... cuma oleh kerna minat, aku beli je aa..bukan haram pun ... lagipun murah je ... greb b golok mari ... hehhe... lagi satu kaler putih dia tidak memeritkan aku memakainya tatkala mentari tegak di kepala. hehe...

Macam Jerman dapat pi final ?
persoalan tu ko boleh beri kat semua supporter..aku tak de le optimis jerman pi final. cuma aku harapkan teamwork depa dapat memberi satu persembahan yang memuaskan hati. terutama hantaran Ballack yang bisa memboloskan pertahanan dan senjata sepakan luar kotak penalti dengan rembatan kelajuan cahaya dapat memberi sedikit tekanan kepada pihak lawan. pepepun bola itu bulat !!

kata2 terakhir sebelum perlawanan dengan Argentina Jumaat ini ??
kepada penyokong German sekalian, korang janganlah minum arak masa pi stadium nanti. korang beli burger je. pastu kasi bungkus sirap satu. arak tu haram. sekian terima kasih.




26 Jun 2006

Stupid Decison Maker

keputusan adalah merupakan satu bende yang perit untuk dibuat. begitu sukar mendapatkan keputusan yang betul2 menyedapkan semua pihak. Jika kita ambil keputusan A, si B memuncung mulut sejengkal. begitu jugaklah sebaliknya. boring teramat sangat ketika kita ditanya utk memutuskan sesuatu. lalu kekadang aku suka mengambil buah fikiran orang. lalu antara jalan terbaik utk aku mengambil keputusan adalah dengan mengadakan Halaqah atau dalam bahasa lain, NGETEH !!

so, jika
korang ternampak aku sedang mengeteh dan keadaan idle atau melahu, maka tatkala itu aku sedang menimbangtara utk mengambil keputusan. tidak kira keputusan kecil atau besar. tetapi tetap keputusan. tetapi sekarang agak jarang aku mengambil keputusan kerana aku rasa bukan aku sahaja malah satu dunia meNUNGGU keputusan....hehe....

Goooollllllllllllllllll !!!!!!!!!! german leading beb !! hehhee....keputusan semasa.

Germany - 2
Sweden - 0

next victim : ARGENTINA !!

23 Jun 2006

A Glance Through

at Time Square,cuba main2 game ntah apa2 dalam tu...
aku heran camne depa leh wat bende2 ngarut camtu..
leh ada roller coaster la pulak dalam bangunan tu..
mesti payah giler nak design ...

aku tak tahu bila bangunan tu akan runtuh selain dari hari kiamat.
tapi ..... cara depa wat tu aku kagum ...

poser dgn jersi jerman yg mempunyai 2 strike..huhhu....
AY baru jaga tiduq ... layan mini train... masyuk gak ... time dia masuk terowong tu , baju aku jadi satu macam ... korang pi aa kalau nak tahu ...hhhee

atas permintaan delinn, aku publishkan ipod yg aku hangin sampai skang..satu hari pakai dah kong .. leh claim warantty, tapi nak pi ke loyat ... aku cukup tak suka... naik turun lrt and so on ....

errr..ada orang nak beli tak gajet ni ?? hhehe.....

21 Jun 2006

KLIA, Germany dan iPod - versi rejuvanate

Celcom KLIA -
satu ketika dulu, aku pernah ke situ, buat satu gateway sms. dan testing kat sana. masa tu bulan puasa. boring tak hingat. sib baik ada geng celcom yang sempoi. terhibur aku dengan aksi2 mental derang. sekarang sekali lagi . aku ke situ. membuat testing. kali ni aku bertemankan Hafez. mental cam aku gak. sib baik satu kepala. Man Jawa lak dah tak de, dengar citer dia naik pangkat, so dah tak duduk kat KLIA dah . melepak di Celcom PJ jek ...
rutin hidup sama jek ... menu makan tengah hari pun sama .. hehhe... korang tengok aa , gaya aku tulis blog pun boring jek ...hehe... saje aku nak wamap balik medula oblogata aku agar kembali aktif ...
Aktifkan dirimu !!

Germany - jersi dah beli, pesan kat member yang balik ke Kelantan. sebelum ni aku dah beli satu jersi kat Giant, murah giler ... 13 hinggt. pembeli yang kurang sabar cam aku ni .. terus sambar tanpa meneliti spesifikasi jersi tersebut. bila aku beraksi depan cermin ..

aaaaaaa....laaa....makkkkk !!! apasal 2 je strike ni ?????????? *jerit aku tanda protes atas kebodohan diri aku sendiri*. minik aku gelak sakan tengok jersi spastik tersebut. hingin sahaja aku bakar Giant Kelana Jaya kerana menjual produk tiruan yang tidak original !! arghhhhhhhhh.............. tapi sekarang....

aku beli buat kali kedua. kali ni mengikut spesifikasi. aku sudah menyesal. sbelum membeli , telek dahulu. dah puas hati , baru henjut beli !! aparaaa ...gunx !!!

iPod - ini adalah kebodohan aku yang kedua. aku henjut beli satu gajet cam ipod , kerna aku terlalu menginginkan iPod sampai satu tahap aku melupakan perkara yang lebih penting. sudah beberapa kali nasihat di beri, namun semangat bodoh sombong aku mengatasi segala2nya....yeahh !! aku sudah beli .. namun sudah suratan takdir...
baru satu hari pakai .. dah kong ... !! padan muka gunx !!!

moral of the story .... gunx adalah insan biasa .... kerap melakukan kesilapan dan fatal error !!! maafkan daku ... aku sudah menyesal .. hehhehe

12 Jun 2006

Off line

aku mungkin lambat hapdate atau mungkin tidak hapdate langsung.
outstation ke KLIA , tak tahu sampai bila ...
cih!! bikin kacau wa punya blogging aje ... hhhe....


c'ya ...

09 Jun 2006

Kurratul Qidam

mlm ni bermula tahajjud masyarakat dunia.
tahajjud mengadap kiblat ciptaan manusia.
istiqomah mentalaah taqwim.
di manakah pasukan pilihan akan berjihad.

aloooo...brader, bola..bola jugak , akhirat jgn lupa ... huhuhuu.....
go! jerman go! wahhh...aku nak pi jermannn....
brazil ku harapkan kecundang, begitu juga england dan holland.
tidak lupa perancis dan jepun. biar semua kecundang...
biar underdog naik. tapi ukur jugalah realiti semasa, depa pasukan gergasi, persiapan harus diteliti.
pasukan Malaysia harus contohi. bukan bulan2 mengharapkan gaji tapi main macam tahi.

peace !!

08 Jun 2006

I Hate Batik

Antara mende yg paling aku tak berkenan adalah memakai baju batik. Terasa begitu RTM sekali. skima dan penuh displin. aku tak minat dengan protokol. tapi tatkala aku menyarung baju batik, aku menjadi orang lain. percakapan aku menjadi lain, tingkah laku ku berubah menjadi tatatertib dan cara ku berjalan menjadi seperti model majalah Dewan Pelajar.

arghhhhhh....honestly aku mmg tak suke memakainya. tapi mengenangkan beberapa aspek , aku terpaksa menongkah arus melanggar prinsip hidup demi menjaga hati beberapa pihak.

tidak, tidak....aku tidak hingin berpakaian sebegitu lagi ...oh tidak ... korang gelak la puas2 ....arghhhhhhhhhhh

note : gambar ketika di rumah mertua adik aku

07 Jun 2006

How to be a good car drifter ?

me myself was not a car drifter nor serious or maniac car driver. just own a sweet and cheap kancil 660 was a very big asset for low income guy@husband like me.
But...
being a serious Initial D watcher, i was aware there are many tips and tricks to be a good car drifter.
Initial D tought me how to a well-prepared, first class thinker, just once in a while turn into maniac driver.
here;s a tip:

1-own a car. any car as long as u not steal it.
2-hanging around with friends who been involve on illegal/legal racing to get some input/advice.
3-search for a proper and safest place to put practice in every single theories you've learned.
4.make sure, anything happen to you, doesn't harm everyoen else except yours.
5.rectify any errors you've discovered.
6 .do it at your own risk, don't u dare mention , you've done this because of gunx.blogspot.com, hehe...
7.teach your downline if you consider yourself an OTAI !!!
8.at your spare time, learn a new technique by watching a racing series, initial D , sorta .... and discuss a bit after that.

...me myself do love drifting but due to some constraints, i rather watch initial D's series and implement it as minimum as possbile to avoid any injuries. look forward if any corporate wanna take me as your racer.. e cehh...

sorry , aku belasah tulis omputih, saje poyo sekali kala...ahaks....

06 Jun 2006

Tok Kadi Wa Cakap Lu !!

"er...ust! sapa yg kene nikahkan adik saya mlm ni"
"anta lah !!"
gulp!! terdiam aku seketika, menghela nafas kerbau. adeh...leh ke aku wat ni ... kang tak pasal2 aku pitam depan pengantin. aku gugup.
"tak de pe , senang je, ikut saya ye"
"aku nikahkan dikau , akan adik perempuanku
dengan mas kawinnya 22.50 tunaaaaii"
"pastu anta kasi henjut itu tangan" tegas ust salleh yang juga merupakan ustaz aku masa sekolah rendah dulu.

"ok la ust! saya cuba"
lepas isi borang seme, maka ust jemput aku ke depan. kasi speech lebih kurang.
"aah...pi ke depan"
mak aii...betul ke mimpi ni wehhh ??? aku kelip2 mata untuk mengetest adakah aku berfatamorgana atau berada di alam realiti. "betul aa wehh .....hang kene jadi tok kadi mlm ni .. " , getus suara kecil dalam pankreasku.


dadaku berdebar, minta dijauhkan syaitan.
minta dilancarkan majlis tanpa gangguan.
pengantin dah tak de darah kat muka ... heheh.. aku sempat gak mencuakkan pengantin dengan menanyakan adakah dia ni bawa kad pengenalan ke tidak ?
serta merta gelabah tak hingat. aku rasa kalau time aku 'pow' dia lima puloh hinggit , confirm dia kasi dengan sepenuh jiwa raga...hehe....tapi tak baik kenekan orang di waktu kritikal sebegitu.hehhe....



ni aa time paling mencabar sekali.
Bismillahirrohmaa nir rohim!
Azini bin Mohammad
Ya !! *jawab pengantin laki*
Aku nikahkah dikau dengan adik perempuanku, Norhamiza bt Mohd Ghazali dengan mas kawinnya , 22.50 tunaiiiiiiiiiii !!
Aku teghimo nikohnya , Norhamiza bt Mohd Ghazali, dengan mah kawinnyo, 22.50 tunai...*slang kelate*
Soh !! *jawab saksi*

Seleeesaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! alhamdulillah !!
phew !! masing menghela nafas kerbau ... tanda rilis tak terhingga !!
huhuhuh......

05 Jun 2006

Hyper-Exhausterd Session (Part #2)
adik bongsu nikah dulu, lupa nak snap time akad nikah. hehhe...dah kawin dah ko! pandai2 la bawa diri...
banyak masalah sebelum dapat run serentak kawin sekali ngan adik tengah. Alhmadulillah dapat wat sekali.
cuma abg long je la kene keje cam orang hilang akal. hahhaa...janji korang selamat dan bahagia !

Leh , nama dia ... kira nick name aa...kurang 'sihat' sikit , tapi yang sempoi dia tak kacau orang, tak makan rasuah, tak jilat buntut pemerintah, tak dengki, tak backstabbing, tak berjudi, tak main nombor ekor, tak minum arak, tak main perempuan.
dipercayai dahulu kala , dia ni ok , tarak hal tapi aku tak pasti apa kesebab dia jadi 'tak sihat' . cara jalan agak unik ..... masa kenduri rumah aku, dia lepak sampai tamat event. cool !!


Chet Det, orang Kedah, mai mengajar di Maran. seronok aku jumpa ngan dia ni pasal leh praktis cakap utagha!! dah kelu lidah , lama tak cakap kedah, last2 jumpa gak brader ni.
kamera yg dia pegang tu jaki je aku tengok. dekat 3 ribu lebey harga. SLR tak hingat. jenama Olympus. geram je aku nak ragut !!

02 Jun 2006

Pening ?

Dulu , kini tidak lagi. kenaikan minyak yang menggila membuatkan aku mengambil keputusan drastik lagi nekad. Gila dan gila. Harga minyak naik lagi dah lagi. makin sikit la rakyat Malaysia makan nasi dan ikan dek kerana mendahulukan minyak dari segala2nya.

beli motor. itu sahaja keputusan yang dapat aku buat. dari belanja 10 hinggit sehari turun ke 2 hinggt sehari tanpa bayar tol.

bila lalu tol , aku tersenyum girang. bye! bye! tak hingin aku bayar.
namun, nyawa sahaja jadi pertaruhan. lori yang menggila dan drebar kereta yang sewel. hanya doa sahaja yg mampu aku buat.

saban hari mengharapkan selamat sampai ke rumah untuk mencium dahi AY !!
oh ya! (macam skrip drama Gerak Khas lak ..hhehe), aku sudah bisa sampai di rumah pukul 6 setengah dengan bermotor sikal berbanding pukul 7 mlm jika berkereta...

moral of the story : meh beli motor dan tubuhkan kelab motor.
Hyper-Exhausted Session (Part #1)
ni kira dah start dah sessi pra-persediaan nak mulakan tugas2. ni kira2 geng kat belakang...kukur kelapa, segala mak nenek rempah ratus...

ni geng otai2 kg aku, aku suka dok menempel kat geng2 ni, utk mendengar "breaking news" ... hehhhee....
yang penting kerja jalan dengan baik dan jitu.

geng aku dah mula turun jam 3 petang utk melapah daging ...
extreme left with blue shirt was Baghi. dia ni dulu mentor aku gak masa SPM, lulusan UTM, ambek elektronik engineering, skang kontraktor gak sama cam Pendi (baju merah tu). payah gak nak belajar Maths ngan dia pasal kene kuwo mengeteh malam2 , baru leh belajar lepas tu. salah seorang pengeteh handalan peringat daerah Maran.

antara golongan warga emas yang masih berbaki. banyak pengalaman yg leh aku hamek dari geng2 ni.
sambil melapah , serunuk dengar conference depa ni.
sinis dan tajam.
sedar tak sedar , kita kene smash. hehe..


"Jai, letak aa gambo aku kat websait aok !!"
utk memenuhi permintaan itu, maka dengan berbesar hati aku letak gambar jiran aku ni, ni adik Bede, namanya Basri. banyak tlong aku masa kenduri ni. dari wiring sampai pikul baldi ... TQ bro ...!!

01 Jun 2006

next entries

aku masih mode cuti lg ni tapi jasad dah berada di opis...banyak mende nak tulis, dah save kat kepala. ntah la dapat ke idak tulis the whole story. aku rasa diri dah tua sangat setelah mengalami pengalaman2 kat kg baru2 ni. dan yg paling penting, aku dapat rasa erti persahabatan, erti penting diri sendiri, makan sorang, malas, sacrifice, budi pekerti, hormat, sabar, makan dalam, marah, dan yang paling penting .. PENAT GILER !!!!

hehhehe...since aku suka menulis jika ada gambar di sertakan ... but since my bateri kamera dah kong, so , aku rasa besok aa aku tulis serba sedikit pengalama aku menjadi 'acting' bapa mertua.

bukan senang sebenarnya nak meng'handle' satu majlis kenduri kawin utk 2 pasang pengantin. nak jaga hati 2 belah pihak. kita sebagai orang tengh kene bersifat neutral ... tu yg paling aku malas nak wat ... kalau leh aku nak lari ke Kuantan , mentekedaghoh ABC kat Benteng sambil di sapa angin.... tapi ...

oleh sebab komitmen dengan adik beradik, ku gagahi juga memikul bebanan ini ....

nantikan entry akan datang .....stay tuned !! e cehh