23 Mei 2006


Gunx di luar talian

bermula esok (kot!) ,aku offline sampai selasa depan, 30/5/2006, kerna hingin menguruskan majlis perkahwinan adik aku yg 2 orang ni ....

wat serentak sekali .. haha...fenin kepala ..
aku expect aku akan jatuh pengsan pada petang Ahad tu kerna kekurangan protein ...

hopefully, majlis berlangsung seperti yang diharapkan ...

panjang umur kita jumpa lagi ...

22 Mei 2006

Bede

antara manusia terawal yg aku kenali.
sempoi dan kata2nya penuh puitis.
ada sampai tahap orang tertanya2 apa kejadah maksud sebenar kata2nya...

dah berpuluh tahun aku mengenali dia.
rapat serapat rumah aku ngan dia.
pertolongan dihulur tanpa mengenal masa dan waktu.

mende2 jentera dan elektronik kegilaannya.
keje majlis perbandaran tetapi aku sukakan mutiara katanya.

sekarang dah jadi bilal , dan aku rasa sikit tahun lagi upgrade jadi imam satu kg senggora.

go! Bede go!

19 Mei 2006

Walking with pride

s
elipar pulak koyak. jalan pun dah terhenjut2. dah tak normal. perjalanan jadi lambat. Fikir2 dan belek dompet. Hmmmm...ada lagi balance. Ajak minik pergi. Mana ? Haptown nak ? aku lelaki. bukan shopping cam pompuan. Lama dan membosankan. hahhaa...provoking sikit.

Dah. jam kul 10 setengah. Cepat2..! nanti orang ramai. belek jersi world cup. Harga boleh tahan. dah !! dah !!. aku shopping bukan cam pompuan. hahha...

Bang ! Baper harga selipar ni ?
rm28
kurang lagi
rm25 laaa..
kurang lagi aaa
tak leh dah abe , kughe lagi , rughi la kito
alaa....sikit aa lagi
rm24 aa ...last !!
erhmm...turun aa lagi !
dok leh dah abe !!
ok laa....

kan aku dah cakap .. aku shopping bukan cam pompuan !





Let it be ... Just Give a Shot

aku masih kerdil
masih tidak mengenal tamak dan dengki
masih bebas dari momokan ahli politik
telinga masih teruna dinodai berita2 palsu
Ayah!
ajarkan aku tentang kurang ajar
baru bisa aku berbicara manis berperisa
Ayah!
Pada bahumu aku bergantung
Pegang erat tanganku berjalan di atas bumi yang penuh dengan lakonan ini

nukilan : Gunx

18 Mei 2006


Gunx and HAMAS

rempit awal dari Maran, psal nak pi tgk brader2 dari HAMAS ni , depa turun ke KL utk kutip dana utk bantu rakyat Palestin.

Dr Khalil Ismail al Haya nama dia (dua dari kiri). dia speaking Arab dan diterjemahkan oleh brader Maszlee Malik (tiga dari kiri).

banyak gak input dapat. teruk depa kat sana beb ! penderitaan yg amat dasyat. ada sampai kaum ibu yang dipenjara dibiarkan bersalin sendiri dalam cell dengan tangan yg masih diikat !! korang bayangkanlah !! betapa tak de otaknya puak zionis ni ... dalam media nampak je baik , padehal ..... ??


kalau korang nak tolong depa ni... pi kat laman web ni :
www.palestinkini.info
banyaklah mende korang leh sumbang ... pi aa kat situ ... dan tanya aaa diri ... apa potensi yg korang ada,

tak tahu nak sumbang ??
contact aku : 019 349 2991 (Gunx)

ciao !!




Gunx's Futupages (glance through) part 3

accidentally, depa ajak tgk bola Pahang vs N9. aku on je ... lama gak tak ikuti perkembangan bola tempatan dan luar negara. Aku memang tak minat bola pun. Poser je ... hehhee....


Duduk dengan angkuh dari kiri :
Wook, Pendi, Keli, Zulfa, Aku.

Wook - kalau korang perasan ada entry aku pasal Wook nih, yang mana sekarang dah jadi bodyguard Sultan Pahang. hehe...kecik je dunia. terjumpa dia kat sana. heehhe...bertukar no phone aa...senang esok pepehal. huhu..

Pendi - Classmate masa sekolah rendah. School Drop-out tapi kaya giler dah skang. Kontraktor kelas F. rezeki masing2. janji kita usaha. hehhe...naik kete Honda Accord baru dia pi Kuantan mlm tu. layan gak Honda ni. terjebak dah aku jatuh cinta ngan Honda. Oh ya ! aku dah ada Honda Wave 125. janji Honda !! yeahh !!


Gunx's Futupages (glance through) part 2

ni antara peserta mengeteh peringkat daerah Maran.
pantang balik dapat terus sms ajak ngeteh. Cis !

berdiri dengan ujub dari kiri :
Keli , Gunx, Zulfa

Keli - kalau ikut salasilah, sedara aku gak. ada kene dengan arwah bapak aku. masa aku SPM dulu, rumah dia jadi port geng2 ngeteh sebelum berlepas ke targeted restaurant utk aktiviti sosial. banyak tolong aku utk preparation upcoming kenduri nih. aku masih tak puas hati akan kekalahan aku dengan motor kapcai dia yang secara illegal menggunakan karburator Raider.

Zulfa - mentor aku masa SPM dulu. banyak tulun aku dalam Maths. tapi hangin nak setting time nak belajar. Kene ngeteh dulu sampai larut malam. embun jantan keluar, baru start tusyen. Cit !! Anyway ... macey banyak kerana tunjuk ajar. Aku tak kan lupa peristiwa balik masjid yang menghumbankan aku dan Keli ke tebing kerana mengelak tiang letrik.








Gunx's Futupages (glance through)

a boring meeting. bila dah habis dah ?
berlatarbelakangka whiteboard yg masih lagi suci sebelum dicemari dengan contengan zanes. oh ya! mamat tu dah nak blah .... selamat berkarier ....
kita tetap kawan. hehhe...




Bahri, ni x-classmate aku masa sekolah arab dulu. dah kaya pun. tukar kete dah bape kali dah, aku je stuck ngan kancil lagi.
projek banyak gile dapat.
bilik air dan dapur rumah aku kat kg , kerja tangan dia la.
puas hati gak.
ni snap masa layan gi kuantan ngan dia. bawa laju lak tu.
mentang2 enjin convert.

yang boring, kalau sembang, aku mesti kalah dalam segala topik. hehe....
tak pe , kalau menang kang, ada aku naik bas balik Maran.


Nik , bukan orang Kelantan, orang Pahang original, aku pun tak paham pasal apa lekat nama tu pasal dia ni generasi awal budak kg aku. layan2 gitu jek.

pakar bab2 jentera berat especially bulldozer. ni gambar masa aku minta tolong dia ratakan depan rumah aku utk preparation kenduri.

buat tapak utk tmpat masak. and so on ...
respek cara dia wat kerja. memang world class. aku mmg puas hati.

17 Mei 2006

ku dambakan iPod

ketika menyusuri jalan menghala ke CyberJaya,
dalam kebosanan yang maksimum
telinga pekak dengan suara lori sampah yang songsang
mata kelabu dengan ekor kereta yang licik ke kanan dan ke kiri
kaki lenguh mengayuh tuas gear ke atas dan ke bawah
buntut sengal dengan kusyen yang keras membatu

di kala suasana itu
ingin ku pejamkan mata
di dalam suasana pulau indah
bergelemang dengan butiran pasir di persisiran pantai
menyelam memerhati batu karang berharga dan ikan nemo
menyedut udara suci

itu semua mimpi
aku masih di sini
di atas tunggangan klasik ini
bosan tak terkata


nukilan hemtankeromo tetapi asli : Gunx
Aku Ketagihhhhhhhhhh ... Tulun !!

penyakit ni dah lama aku hidapi, sejak tingkatan 4 , aku terpengaruh ngan arwah bapa yang selalu minum teh pagi petang siang malam. Beliau merupakan penggemar minuman2 yg berorientasikan kafein. pada masa tu, aku hanya minum Milo Ais dan amat sekali tidak menyukai teh , kopi dan minuman2 yang sewaktu dengannya.

Namun, perkara yang amat kita benci kekadang menjadi kesukaan kita. Bukan lagi tahap kesukaan, tetapi menjadi rukun hidup aku dah ... hidup tidak sempurna tanpanya...

Pagi dirasakan dull dan kosong tanpa di isi dengan acara membasahkan tekak dengan arus kafein.

Hari ni genap dah 10 tahun aku menceburkan diri dalam arena ini. Aku tahu mende ni patut dikurangkan atau di seimbangkan dengan minuman yg berkhasiat ttp aku tak dapat menipu diri sendiri.

dada ku bergerak kencang....hhmmmm....aroma yang erotik sekali...wahh....bismillah , syrrpppppphhhh !! yeahh !! !!

note : buat Zulfa, nnt aa aku haplod gambar ko...bateri kamera aku dah kong.

16 Mei 2006

Rizal !! Berdiri atas kerusi sekarang !!

dialog ini mcm dah sebati ngan aku. zaman sekolah rendah ngan menengah mesti kene ngan mende2 nih.

tu baru satu, yg aku still hingat ,

1-dijemur kat padang kerana bising dalam kelas. (pasal tu kulit aku gelap, dahulunya putih melepak macam Hail Amir).
2-kene gunting rambut di khalayak ramai kerana rambut panjang melebihi had laju yang dibenarkan.
3-kene maki kerana menyorok atas syiling ketika kelas sedang berlangsung.

hehe....tapi walaupun ketika itu aku begitu marah ngan cikgu2 ni kerna menyeksa batin aku, tapi baru aku tahu mereka berbuat demikian kerana sayangkan aku...e ceh...

selamat hari guru , luv ya !!

15 Mei 2006

Waiting List Entry ... coming up next

tatkala boring menunggu SIU 520 (gambar) reboot ....



antara entry akan datang :

-projek cincai merata tebing
-meet up kutu lepak zaman rock kapak
-a shocking finding at Darul Makmur Stadium
-ngeteh di Kuantan, forum
-another shocking new of my new friend ... al fatihah.


.... wait aaa ...



Belia 4b - Generasi Pertama

aku mengenali belia2 kampung semasa aku bertingkatan 4. ketika di kala aku hingin mencari kawan2 setelah keboringan membaca buku preston dan sasbadi.

kampung aku padat dengan belia yang rata2 mempunyai latar belakang yg unik. ada yang kaki rempit, kaki ganja, kaki betina, kaki minum, kaki kikis harta mak bapak, kaki mekap kereta, kaki jual tanah, kaki kencing, kaki bohsia dan macam2 kaki lagi. Mengenali mereka membuatkan aku memikirkan dunia ini di huni oleh pelbagai spesis manusia.

Namun begitu, aku sedar semua spesis di atas tidaklah menjadi modal kepada kita mencampakkan mereka ke lubang neraka dan pada masa yang sama tidaklah mengiyakan perbuatan mereka.

Fikirkan bagaimana dia dan kita dapat menjadi manusia yang baik dan berguna pada nusa dan bangsa seterusnya menjadi modal insan yang premium ... e cehh...

Jom Nge'teh !!

10 Mei 2006

Nge'teh For Dummies

buat para novice yang hingin menceburkan diri dalam arena ini, aku perturunkan beberapa tips and tricks utk korang bagi mengisi masa lapang dengan berfaedah di samping menghilang rasa kebohsanan di pejabat.

1-cari rakan2 yang korang rasa berpotensi utk di ajak. jika boleh yang berharta, petah bercakap, berkenderaan, tidak poyo dan ikhlas (yg ni payah sikit).

2-sembang perkara2 yg korang rasa ada interest kat depa, masa peringkat ni agak sukar sikit kerna makan masa nak kenal pasti kecendurangan dia.

3-lepas kenal pasti, fasa berikutnya akan menjadi lebih fun, korang korek rahsia2 dia sebanyak mungkin. makin banyak ko tahu, makin aa best ...pastu ko share aa plak kelemahan ko ... supaya dia pun tahu ko tu pun bukan best sangat , cam dia gak .. so , dah makin best .. sambil2 borak tu , jgn lupa air tu .. hirup aa sedas dua utk mencari idea perbualan .. pastikan perbualan ringan dan santai. Sekali sekali selit aa perkara2 agama utk renungan bersama. ye aa...kita hidup bukan lama ... dan perlukan rakan utk peringat diri ...

4-lepas fasa 3, korang kurang nada kerna sudah sampai masa tutup perbualan ... pastikan joke2 anda tidak over sangat. lihat2 aa jam berkali2 menandakan anda nak menamatkan sessi nge'teh.

5-kalau rasa leh bayar, ko open table aa dulu. lepas tu blah ... hingat aa anak bini kat rumah gak ... hehheh

09 Mei 2006

Gunx's Second Wife Revealed

tepat jam 6:45 petang bertarikh 08/05/2006, Isnin, maka termetrailah satu perjanjian sehidup semati kami berdua.

Geran yang masih panas bertukar tangan. Hati berdebar. Merasai tunggangan baru ini. masih bersalut kemas. Enjin dihidupkan. Tidak mengecewakan. Berdendang merdu. Hati puas. ucap syukur kepada yang Maha Esa kerna pemberian yang sungguh best ini. spechless beb !


gear 1 di pijak lembut sekali, lantas ku bawa ke gear seterusnya. masih gagah membawaku terbang merentasi laluan sendat di lebuh raya. arghhh..!! indah sekali.

Sayang,
ku berjanji akan menjagamu. biarpun badai gelora dugaan melanda, cintaku yang suci akan tetap mempertahankanmu.

Percayalah...

satu2 nya masjid yg kami ketemu ketika menapak jauh banget utk solat semasa di kota singa.

Nama masjid ni Anggullia terletak di Jalan Serangoon.


Jamakkan Zohor dan Asar di sini ... lepas tu window shopping sampai sebu kaki.


Hong Dong "otai" Intel

ni lah minah yg aku kene jumpa masa pi Singapore dulu ..hehe...hari kedua baru jumpa dia ... berkenalan2 dulu aa..

glemer gak dia ni di kalangan para peserta. dia masuk je dewan, speaker sebut nama dia.

"Hi Hong Dong " ...

maknanya otai gak aa dia ni ... walaupun dunia telco ni , orang lelaki yang monopoli...tapi minah ni buktikan yg pompuan pun leh jadi otai ...

semua gender issue ni tak penting sangat bagi aku .. padulik kan .. yang penting isu aku resolve...

ni gambar lepas kita orang tanya dia bertubi soklan2 yang terlintas di kepala .. erh...puas hati gak aa...tapi yang paling best , dia minta email aku , so after this, aku leh tanya direct ngan dia ..hehe...tak yah guna orang tengah sebagaimana sbelum yang banyak menyusahkan aku ... kerna terpaksa menunggu jawapan dari dia ...

TQ Hong Dong ... e cehh...

08 Mei 2006

Kaki Lepak .. the gathering

mlm Sabtu lepas , msg Pendi
"ngeteh ?" ... tunggu dah 3 minit , tak berjawab, aku tak puas hati.
"Halo, leh cakap ngan Pendi"
*isteri dia hangkat*
"Sapa nih?", aku memperkenalkan diri...

"Pendiiiiiiiiiiiiiii..........ni haa kawan ajak ngete !!"
"Aku datang pikap ko"
"OK"...

haha....maka kami bertiga keluar mengeteh di port biasa malam tu.
aku keluar ada hajat, aku dah blur, kenduri adik aku dah dekat. persiapan baru 10% !!

"Awok , minta tolong je budak2 senggora ni !! Tu yang dok bersidai kat bus stand tu ... bukan orang lain, orang kg ni jugak ..." sajes Pendi lepas pekene hirup teh O panas ...
"Erhmmm" aku menghela nafas panjang selepas pekena aroma Tongkat Ali.
"Ye tak ye jugak", hangguk aku.

balik ngeteh, aku singgah bus stand , melepak skali ngan budak2 tuh ... last2 aku setting nga bdak2 nih . kul 2 petang esok , kumpul kat rumah aku .. depa wat sardin je. ... erhmm... aku tak menaruh harapan sangat.. mesti depa tak datang ni ..hehehe....

Ahad, 7/5/2006

Wow ! sungguh aku tak sangka, ramai gile kutu2 lepak ni kumpul depan rumah aku .. nak tolong aku tebang pokok..hehe...caya lah geng !! kalau aku wat sorang , penat tu .... sib baik ada 'askar2' nih ...hehhe....

05 Mei 2006


Mat Rempit Strikes Back

dah lama aku fikir, analisa, taakul , ... dan akhirnya aku memutuskan utk merembat satu kapcai buat aktiviti mencari rezeki kami sekeluarga...

dah baper bulan , aku jadi Takumi Fujiwara dengan melakukan inersia drift menyusuri laluan merbahaya ke Cyberjaya ... dan saat paling tak best adalah melihat pondok2 tol yg bersedia merompak wang saku utk rm4 satu hari !! ini bermakna hampir rm80 hinggit aku 'burn'kan utk kasi kat awek2 tol ni ...

dengan rm80 hinggit , pelbagai perkara aku leh wat ...bayangkan aku simpan rm80 tu selamat 100 tahun .. haha... dah leh beli honda civic cash lagi ....

so, dengan takkaburnya , aku mendeclarekan utk merempit sahaja ke Cyberjaya sambil menghirup udara kotor dan asap2 busuk lori sampah ....

one ! two ! three !! Gooooooooooooooo !


04 Mei 2006


Kenali Diri

Ada orang tanya mana satu Gunx ?
Lohhh.. tak sangka dia ni pendiam rupanyer ...

aku agak terkejut dengan statement tu..kerna aku rasa aku ni spesis xtrovert pada satu masa dan introvert dalam masa yg lain. Kenapa ?

Xtrovert kerna aku sudah mengenali seseorang itu dalam 40% , background , kelebihan, kekurangan, pemakanan dan habitat. So, aku rasa leh menggunakan joke2 yang over sikit demi memeriahkan perbualan kami. Aku yang berlatarbelakangkan orang kampung dan berpendidikan sederhana merasa bahagia menggunakan kata ganti nama "AKU" daripada I, saya, ana, .... jika di hometown digunakan kawan atau koi bergantung kepada daerah mana aku berada.

Introvert kerna aku masih tidak mengenali orang itu . Dengan kata lain, baru ketemu . Dengan kata lain, data/maklumat masih 0%. So ,aku menjadi pendiam teramat sangat melainkan dia yg ice-breaking terlebih dahulu. So , mungkin aku dapat berbual dengan lebih galak lagi .... hehee....


dah ... aku nak keje nih ...

03 Mei 2006

Lempang

Dulu masa sekolah, ada sorang cikgu ni, mmg kaki lempang orang, silap sikit, terus zrasss. !!! singgah kat muka, aku cukup takut ngan cikgu ni ... memang terknal seantero sekolah. dah banyak muka2 senior mahupun junior telah mendapat habuan tangan dia ni ...

tapi yg aku pelik , walaupun dia ni jenis kaki lempang...tapi ramai student respek dia...one thing yg aku ushar dia ni adalah ...

dia jenis caring kinda person ... kalau mana2 student ada masalah peribadi, dia seboleh2 akan tolng.. waima perkara2 yang tidak melibatkan mende2 pasal sekolah... so ...

student takut dan respek ngan dia...franky spiking , kalau dia masuk kelas...aku adalah antara yang paling skima mendengar setiap2 bit2 ucapan dia...

lagi satu , dia ni bukan setakat dekat ngan student , dgn parent pun cam tu ... kalau ada kematian atau kenduri kendara dia akan turun , tu yg student makin respect ngan dia ....

TQ cikgu !! kerna mengajar aku ttg respect...