19 Disember 2006

Minyak Burung Unta (MBU)

"mei sini" jerit mak aku.
"sakit pinggang la mak", ujarku selepas pulang dari kerja. menunggang motor 2 jam pergi dan balik membuatkan pinggangku mogok.

aku baring, longgarkan kain pelekat. mata melekat di TV mendengar siaran. AY sudah menunggang leherku. zrass.....!! minyak MBU di sapukan. argh.....lazat sekali , pinggang terasa ringan sekali. mata terpejam tanda kenikmatan.

skill mengurut mak aku masih utuh. sesekali aku mengerang kesakitan . pembuluh darah di picit. kentut. nikmat sekali lagi. angin jahat sudah keluar. mujarab bangat MBU ini. tidak sia2 aku membelinya.

pinggang sudah ringan. akal aku sudah menjalar berangan. peraduan berita harian menjanjikan NEO. mungkinkah selepas ini kami akan menaikinya ? siapa tahu. amennnnn!!!

1 ulasan:

salman ® berkata...

jangan lupa tanda dengan pen merah. pen hitam/biru kalu..rejecttttt