07 Disember 2006

Klinik

"Bang! bawa AY ke klinik, saya tak daya ni", kata si isteri.
lembik sahaja isteri ku. selsema campur demam campur pening kepala. demam adik baru kot ?

AY semacam tidak sabar ketemu adiknya. Tidak sabar menerima gelaran Abang Long agaknya. erhmm....Abng Long maknanya kesabaran dan tanggungjawab. buli pun ada sikit2. Lumrah senior.

Hingus hijau makin galak menerjah keluar dari hidung AY. Tisu ku bawa utk kerja2 pembersihan. ondewe ke klinik, singgah di gerai biasa.

Nasi ayam, betik, jambu batu, honeydew, Motorola L7, opsss...undo , undo !!

sampai klinik, daftar, erhmmmm....mujur panel , selamat kangtungku.
ramai juga barisan. tua muda beratur menunggu giliran. demam pun ada, jalan terhinggut2 pun ada. masing2 tidak ceria. sepatutnya pun. ini klinik , bukan funfair. tempat utk menginsafkan diri, bukan tempat tidak sedarkan diri. kesihatan sudah di uji.

AY tidak berkasut. berlari ke sana sini. aku malas nak larang. makin di larang, makin galak dia meronta. hanya isyarat mata sahaja. letih dan penat. bahasa ini tidak dapat di fahami oleh AY. sabar. satu bahasa yg orang dewasa pun kekadang tak faham.

"Ahmad Yassin! " . nama di panggil.
AY masih galak memukul akuarium di luar. rangkul dan bawa ke dalam.
Doktor senyum dengan fesyen rambut afro. sekali pandang macam Hail Amir. senyum. adat seorang doktor.
"Selsema dah seminggu tak hilang ", pembuka bicara.
"Ada keturunan lelah tak ?" , tanya doktor afro.
"Keturunan saya seme ok", balas aku.
"Ni dah lelah ni?", afro tak puas hati.
"hek eleh ... mana ade .... doktor apa ko nih , harap rambut je tinggi", jawab aku dalam hati.
"Nanti saya kasi ubat lelah".
"Terima kasih doktor", aku senyum.

Harap malam ni , AY tak meragam lagi.


1 ulasan:

izawani berkata...

Anak akak pernah lelah, tapi sekejab jer. Lelah bukan permenen punyer... mungkin disebabkan bulu kucing atau habuk.
Sila jauhi anak anda daripada kucing..
p/s: Dulu pelihara kucing, now, kucing masuk rumah kena perambat dengan penyapu...