13 Disember 2006

Cuti

"ko cuti kan selasa nih ?"
"a'huh, "
"habis camne nih, ko nyer kod tak laju lagi ?? "
*ketap gigi kegeraman*

bulan december selain musim orang "connecting people" bagi orang bujang, juga merupakan musim melakarkan perancangan jitu demi tumbesaran anak2 bagi golongan yang sudah berkahwin. sejak hormon aku akhir2 ini , menjadi tidak menentu, aku putuskan utk bercuti bersama keluarga ke destinasi yang menawarkan pakej pelancongan percuma. mana lagi kalau balik kg sendiri melantak beras mak aku.

oleh kerana henpon baru di beli, bermakna wang saku pastinya sikit bangat. lalu pakej percutian aku kali ini memang membosankan tetapi tetap meriah. bermula dengan siri escapism ganas daripada opis kerana demam yang tidak disangka2, aku pulang ke rumah dengan jasad yang longlai.

AY semenjak sudah 2 tahun ini , nakalnya sudah boleh menumbuhkan tandukku. istighfar berbondong2 namun iman yang lemah ini tetap dikalahkan oleh amarah.

Pulang ke kampung kali ini, menemukan aku dengan demam "Bawang Putih Bawang Merah". Jam 2 petang, aku heran, kenapa semua isi rumah sudah siap bersolat dan makan tengah hari. displin sekali dong. Rupa2nya, kerna siri lakonan Siska. watak jahat Bawang Putih menjadi dambaan penduduk kampung, habis senyap sepi kampungku kerana demam siri ini. waduh ! waduh !!

hebat sekali ya penangan Indon !

1 ulasan:

cahaya petunjuk berkata...

pas ni malaysia patut filemkan citer tajuk halia kunyit lengkuas lak..