27 Disember 2006

Cetak Rompak


Artis cukup sensitif dengan isu ini. Mana tidaknya hasil seni agung mereka di cilok oleh manusia yang laparkan laba segera. Tidak perlu pening2. Tunggu sahaja launching album. Esok dah ada kat pasar mlm. murah dan mudah. Keuntungan melangit tinggi. Lanun cetak rompak hidup atas air mata artis. Geram.

al-Arqam yg dulu boleh dibanggakan kerana berjaya menongkah arus . Orang asyik berskrit pendek , dia sudah ke depan membawa bendera Islam. Tetapi sayang, Islam sekali lagi terkena bahana cetak rompak. Keaslian Islam sudah dilacuri. Tidak lagi asli.

Islam tulin bawaan Rasullulah tidak menyuruh kita taksub membabi buta. Pemimpin tidak maksum. Ada sahaja dosa kiri kanan , atas dan bawah. Itu adat manusia biasa. Itulah cun nyer Islam. Agama yang normal dan tidak ajaib. Bawa sahaja bawaan Rasulullah dan Sahabat. mudah dan praktikal.

Orang kata , camner nak detect Islam itu tulin atau palsu ? Erhmmm...rasanya mudah sahaja. Jika ketua kumpulan hendakkan nama dan pangkat atau apa sahaja, pastinya pengikut akan taksub membela si ketua itu. Si ketua hanya duduk dibangku, nama akan di canang ke hulur ke hilir. Pengikutnya sudah buta. Akal sudah di kaki. Kaki sudah di kepala.

Islam agama yang mudah. Nah! sekarang ...sapukan debu2 pada al-quran di atas para. Selak selai demi selai. pasti rasa nyaman. huuhuhuh....

Tiada ulasan: