01 Disember 2006

Bantuan Allah

Zaman Rasullah S.a.w dulu , macam kita dengar format bantuan Allah, Badar dengan turunnya para malaikat, Khandak dengan ribut pasir, bertukarnya profession Suraqah daripada pembunuh Rasul kepada bodigad Rasul, turning over Khalid al-Walid daripada kepala tentera musuh kepada kepala tentera Islam, tumpasnya tentera salib di tangan tentera ahli tahajud pimpinan Salahuddin Ayyubi. ajaib sekali.

itu dahulu punya kes. 1400 tahun lebey punya kes. rasa macam jauh sahaja. lebih teruk lagi rasa cam tak relevan. rasa cam kes ajaib. tak perlu di renung2 lagi, itu hanya sejarah yg tidak akan berulang. betul ke ?

yg korang merempit ke hulur ke hilir tu , apa kes ? wili sana, wili sini, dah la pakai seluwo pendek, bawa betina kat belakang, rokok kretek tersepit kemas rukun macho ahli jemaah rempit Malaya. sedap berpelukan. enak rasa berdua2-an tanpa batasan. dunia ini ana yg punya. errhmm....

mungkin sedap merempit, lori mabuk kat depan sretttttttttttt!!!! kita tgh syok kat belakang tersentak. tarik brek depan, tayar tetap meluncur lagu, tekan brek belakang, tayar membuang. mata pejam rapat tidak mahu melihat kesudahan. lutut sudah menggeletar, tangan sudah longlai, pasangan sudah sepi dari hilai ketawa. ingatan tenggelam timbul.

di kala itu , mulut yang sering lupa hendak menyebut kalimah Allah , secara default akan menyebut. merayu Allah sambung kan nyawa. jangan berhenti setakat ini. aku masih muda. aku ingin bertaubat.

tidak kah kita hidup ini atas bantuan Allah ? huhhhu...sendiri mau hingat ....

Tiada ulasan: