04 Disember 2006

Anak

utk tambah feel membaca entry,klik soundtrack ini.



2 pagi. rumah bergema lagi. mata tersentak dari hendak berlabuh. ibu sudah celik seperti biasa. aku masih malas2. itu lah selalu pun. buat2 malas. ay menangis kencang. ibu mendodoi manja. aku hanya memerhati. marah pun ada. mengacau lena tidurku.

ibu sudah tidak bermaya. matanya tepat padaku. itu tanda passing the batton. cara manja ibu semacam tidak berjaya seperti biasa. selalunya ay akan lena di pangkuan ibu tatkala aku tidak sedar apa dek kerana kononnya, penat seharian bekerja. macam lah ibu tidak penat bekerja.

aku pangku ay. raungan ay makin tinggi indeks decibelnya. aku sudah hilang sabar. ibu memerhati cara lelaki. mesti lepas ni ibu hingat cara lelaki pasti tidak berjaya. aku laungkan kata2 syahadah. "tiada tuhan melainkan Allah". bahasa arab. ay masih meraung. aku pesimis.

aku ke luar. tawaf satu rumah. raungan ay sudah menghiasi kota damansara. drama ini sudah menjejaki jam 3 pagi. ku raba belakang Ay. berpeluh. panas agaknya. on kipas ke 3 , di ruang tamu agak sejuk iklimnya. tidak seperti di bilik . oven persisnya.

raungan ay sudah menurun. aku tersenyum. ay sudah nyenyak. aku taburkan sikit talkum. harum. ay sudah berlabuh. aku pula terkelip2. esok mahu bekerja. EL pun ok kot ? ehhehe...

erhmm...capai remote. chnl 17 . CSI . selamat malam AY !! eh! pagi.



Tiada ulasan: