30 November 2006

Persidangan Meja Bulat

aku makin mengantuk. kelas ust fairuz ku tuang lagi. alasan seperti biasa. masalah dalaman keluarga. minik dah tak larat. daun pintu di selak. minik dah layu. kekadang terdengar riak2 hendak muntah dan loya.

ruang tamu bersepah. barang mainan berposisi liar. ada di dapur, bawah kerusi, bawah meja, bawah sinki.

kertas bersepah. sekali kaki melangkah, pasti terpijak lori mainan AY. dah usang lori itu. sudah bertayar 3. tayar ke empat ntah di mana. tapi itulah teman setia AY ketika tidur. kruk ! krek! bunyi tayar bergerak sambil terkebil2 matanya mengikut hayunan tangannya.

itulah lumrah jika sang isteri pada 3 bulan pertama. tanda dambakan kasih suami. letih jerih merempit sejam lebih perlu dilupakan sejenak. senyuman isteri azimat agung. jasad lemah Hawa ini ajaib sekali. bisa menguatkan letih kaum Adam.

"aku ke hap selepas Isyak", sms keramat orang sentul.
keluarga sudah layu di sampuk malam. aku perlu keluar sejenak. ada pekerjaaan hendak di bicarakan. korbankan sejenak menikmati hilai ketawa AY dan isteri.

berembun kami mengeteh tongkat ali . ku hulurkan tugas. sen ralit analisa persis SB. aku menunggu reaksi. setuju katanya. tugas besar jika di bahagi, molek sekali. minggu depan berjumpa lagi. moga di kurnia Ilahi.

Tiada ulasan: