28 November 2006

Mutiara Lipis : unsung hero

sebut Kuala Lipis, orang akan teringat kumis maut yang menawan perawan anak kampung yang sudah terkenal seantero dunia. sebut Lipis, orang akan teringat Kumprinx, bloggger handalan yang berjaya membawa bakat2 kugiran seantero Lipis dan juga tajam tulisannya melaung erti kebebasan media. sebut Lipis , orang akan terkenang akan lazatnya keropok Wan Nyah (mertua aku aa tuh , tak reti2 ke ?).

Berbual2 dengan Cik gu Baharom, membuatkan aku terkasima dengan wawasannya. begitu luas dan merangkumi akan masa depan anak2 aku dan anak2 korang. kurangnya ma'had tahfiz dan pusat pengajian al-Quran di Pahang menggerakan cikgu sekolah ini membina pusat2 pengajian ini di Kuala Lipis. Perbualan kami banyak berkisar akan sejarah penubuhan sekolah itu. aku kenal cikguk Baharom masa aku tengah nak ngejas bini aku skang. selang beberapa bulan lepas tu, aku bertunang.

di kala itu, cikgi Baharom (CB) giat turun naik pejabat kerajaan meraih simpati memohon bantuan bagi membina pusat tahfiz dan pengajian al-quran peringkat rendah. Bantuan sebanyak ratusan ribu ringgit di perlukan bagi memuatkan ratusan pelajar sekitar Lipis.

dan kini, tahun 2006 , bulan november , tersergam indah pusat pengajian itu. galak CB berbual dengan hasil projeknya. 2 kali juga aku menopap teh O buatan isternya, Ustazah Fatimah. selang seli perbualan kami diserikan dengan tangisan cucu baru CB. senyum melebar CB dan isterinya.

erhmmm...moga selepas ini Kuala Lipis gah dengan lahirnya jaguh2 huffaz selepas di gegarkan dengan lunak suara Datuk Siti Nurhaliza.

Tiada ulasan: