22 November 2006

Kemaruk Asap

balik ke kg , pasti aku ketemu kepulan2 asap ini. sessi mengeteh pasti dipenuhi dengan asapan2 rindu . posisi aku selalunya menjadi mangsa kepada makhluk2 naga tasik chini ini. tekak aku selalunya di samping menelan molukel2 kaffein , terpaksa di supplimentkan dengan asap2 ini.

"adehh..korang hembus kat tempat lain laa weiii", marah aku dalam hati.

aku sayang ayah aku. dia seorang yg baik dan tegas orangnya. dia sering menasihati aku supaya tidak menjadi sepertinya. perokok tegar. tidak dapat tidak, satu hari , pasti di khatamkan separuh juzuk kotak rokok itu. aku dengar nasihatnya sampai sekarang. walaupun bibir aku hitam persis perokok tegar, ttp aku tidak merokok dan membenci rokok. walau pun adakalanya orang tidak percaya aku anti-rokok, ttp bad boy ini sering di salah ertikan. hehhee....

Hasil keputusan scan paru2 ayah aku ketika tenat , masih lekat lagi di kotak fikiran. natijah amalan asapan rindu ini membawa kepada sukarnya menggamit oksigen dan menghalau karbon dioksida di dalam jasad. ayah aku tidak berkata apa. aku hanya menghela nafas. doktor hanya memberi nasihat terakhir. Peparunya ayah aku sudah kronik. agak sukar sekali dia tersenyum. sakitnya hendak bernafas. aku tunduk sahaja.

mlm itu selepas maghrib, aku berpisah selama2nya dengan ayahku. aku sedih. adik aku pun sedih. hiba.

"Awok dah besar esok, jangan jadi macam ayah, rokok ni tidak ada gunanya". kata2 keramat itu pasti aku gigit kemas sampai mati, Insyallah.

al-Fatihah.


Tiada ulasan: