16 November 2006

Jangan Raya Tanpa OPRG* - Featuring AY's Bzday Celebration Extravaganza!! - Bahagian Akhir.

Acara kemuncak sebenarnya bermula pada pukul 3 ptg, rugi korang yg datang awal. Acara sambutan sederhana ttp meriah (tiru ayat RTM apabila tiba sambutam hari raya). Kek di tempah oleh brader Fong. kat area KD aku tak berapa reti nak order kat mana. juga tak berapa yakin akan status chef yang membuatnya.

jadi aku sub-kan kepada Fong utk membelinya. tema dia macam kek Siti Nurhaliza. stroberi bersalut coklat gittew. honestly, aku tak baper minat sangat kek2 ni. sebgai penggemar kopi dah teh, sebrang elemen kek2 dan krim2 ni kurang mendapat perhatian tekak aku. ttp demi meraikan rakan2 , aku paksa diri aku makan juga. nnt AY kecik hati lak ....

time tu gak my boss, Miji (umur rahsia), datang dengan menyarung jersi Chelsea. Sib baik, aku tak pakai sama. erhmm...bawa anak teruna dia 3 orang. leh tahan gak jarak setahun2. huhu...tak leh agak mana satu bang long, mana satu angah, mana satu acu. Time kasih kerana datang...

penat dah tulis, topik ni pun dah basi , so sebagai kesimpulan , kami dapat juga mengadakan satu hopen house yang serba ringkas dan serba kekurangan. so, daripada pengalaman pertama ini, aku hingat kalau ada rezeki, nak wat seken time dengan pelbagai lagi juadah yg rare ttp halal.
satu tips aku nak kasi, bagi sesiapa yg teringat nak wat hopen house :

1-bajet kene ada ofkoz aaa..depends gak pada genre masakan korang. tak kan korang tergamak nak sajikan nugget ngan goreng pisang je kat tetamu yg mai jauh2. kene raikan juga selera derang , kan ?

2-hias rumah sebaik mungkin bagi memanifestasikan peribadi korang. jangan la bersepah je rumah. habuk2 kasi buang, kalau larat kasi mop dulu.

3-korang pakai aa baju teratas sikit. tak nak aa seluwo bermuda ngan baju pagoda jek.

4-laman pun kasi tacap sikit kalau sempat.

5-emai atau sms pada jemputan, tang ni jangan la bangang sangat ter overlook. nnt kalau tak de guest. tak pasal2 korang jadi sahabat syaitan.

6-stamina yg kuat. kerja melayan tetamu memerlukan stamina mental dan fizikal yg cempion. pastikan anda mendapt tidur dyg cukup.

7-solat kene jaga. especially waktu puncak. peranan suami isteri teramat lah pentingnya. kasi aa signal dalam apa jua cara kat pasangan anda. luangkan masa pada Maha Pencipta. huhh....

harap , korang pun dapat turunkan tip2 lain.

Ohya ! ....

*OPRG = open house rumah gunx

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow meriah nya Open House...nantikan open house umah baru elly di raya tahun depan....kuang kuang kuang...

salman ® berkata...

tips utk hopen haus next year : sparkling juice & spaghetti carbonara. kui kui