29 November 2006

Football Mad Nation

aku tgh ralit depan tv. kalau aku dah khusyuk, jgn cuba nak kacau. AY bengang. dah la balik maghrib, tak nak lak cuba bermain2 dengan dia. dia dah jiwa kacau. sang ayah sudah terpacak dengan tv. lupa akan tanggungjawab. erti hidup pada memberi . rancangan CSI begitu taksub sekali di tonton. melupakan sang anak yang terkebil2 inginkan kasih sayang. sekali sekala mata ku alihkan kepada AY. bola getah di lambung, tanda permainan bermula. aku layan sahaja sementara iklan berlangsung.

pap! bola terkena kepala lutut, aku tersenyum lalu ku baling bola jauh2 dengan harapan ada buffer sikit utk ku lihat CSI itu. nampaknya taktik itu berkesan. AY jauh menerusuk ke dapur mencari bola. aku senyum. tak sia2 aku lambungkan bola itu jauh ke dapur.

mata ku makin ralit ke TV. aku sudah tidak pedulikan AY lagi. ibu sibuk di dapur menyediakan juadah malam. penyiasat CSI semakin pening menyelesaikan masalah kes. bukti DNA perlu di cari. aku berkerut dahi memikirkan penyelesaian. sama kerut membaca sari kata dek kerana lemahnya penguasaan bahasa Inggeris ku.

Tap! bunyi itu agak berlainan. tepat kepala lututku berbunyi. aku tidak berkata apa. mengancing gigi. sakit. sakit sangat. tidak berkata. argh.... apa kah ini ??????

ya Allah! buah kelapa ! ya . AY menghentakkan buah kelapa yg di sangkakan bola itu. sambil menepuk2 tangan tanda bermulanya separuh masa kedua. senyum nya melebar.

aku meraung dalam hati. ibu tersenyum puas melihat balasan Tuhan.

ya ampun !!!!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: