10 November 2006

Fong dan Islam

disclaimer : gambar terpaksa dibrighten-kan ke tahap maksima kerana penulis mempunyai kulit yang aggresif.

Aku mengenali Fong, rasanya dah 3 atau 4 tahun (kot?). dia peluk Islam tanpa pengetahuan parent dia. rahsia. kalau parent dia tahu, mesti teruk kene marah. dia kawin dengan gadis Melayu. banyak cabaran dia lalui sepanjang dia peluk Islam.

Bila parent dia tahu, teruk dia marah. dia kene isolate dari parent dia. yg paling marah, mak dia. mesti kita orang Melayu jarang dapat pengalaman sebegini. Kita lahir dah Islam secara default. Islam datang begitu mudah. Orang yg asalnya bukan Islam tentu begitu payah nak cari hidayah. tanya orang itu, tanya orang ini. Tidak semua jawapan memuaskan hati. kadang2 menyakitkan pula.

Kenapa kita tak di ajar sains dakwah ? atau kita saja tak mahu ? atau kita nak masuk syurga sorang2 ? biar orang lain masuk neraka ? aku pun tak tahu nak jawab. pasal aku pun takut nak dakwah. macam diri sendiri pun tak terurus lagi. tu aa pun alasan yg selalu kita dengar. kan ? hehehe....

kini, mak Fong dah slowly suka. dah leh makan semeja. dah leh balik rumah sambut Gong Xi Fat Choy. dah leh buat2 joke. erhmm ...baguslah. moga ramai lagi yg di luar sana yg akan peluk Islam.

Selamat datang ke agama yang maha benar ! Agama Islam.

Tiada ulasan: