03 November 2006

Fanatik Ballack la kunun ....


jam menunjukkan tepat 10 mlm, tarikh termetrai untuk sessi menge;teh peringkat daerah akan bermula. aku msj sen , bayam dan emran utk cargaz. hujan rintik2 di luar tidak menjejaskan stamina aku utk keluar. aku pastikan dulu anak terunaku layu dahulu. perlahan2 ku buka pintu grill dan pintu pagar utk keluar. jiran sebelahku ini amat concern orang kluar masuk. kekadang dia mencegul kan kepala buat2 something tuk ushar.

"Padang Kota" , tegas bayam. aku akur sahaja. kelibat bayam dapat ku lihat jelas. ia tidak pelik dengan saiz nya yg XL itu. air yg bayam minum aku copy and paste sahaja. mudah. air limau nipis sahaja. santai dan ringkas.

aku sms sen. dia di rumah lagi. hujan sudah berenti. perlahan2 aku merasa jersi ballack , nampak sebiji ori. jersi ini aku dah ada. demi rakan2 dah al kununnya fanatik kat Ballack , aku beli juga walau pun price dia mahal sikit. aku henjut sahaja. senyum si penjual. dia open table. yes !


mlm yang sama juga, kami tukar lokasi. tempat yg aman dan tenteram dari bau2 ketiak pekerja2 restoran 24 jam ini. sunyi dari pekikan tv. selamat dari asap2 ganas rokok kretek.

sen muncul dgn pakaian kasual lengkap dengan logo syarikat di dada kiri. sempoi dan bersahaja. aku terover2 plak sarung terus jersi tanda indeks kepoyoan yg maksima. ke hulu dah ke hilir buat2 ada kerja supaya dunia tahu aku ada jersi baru. lantak aa ko gunx .... ntahapapa.

topik perbualan bermula. aku sudah bersedia utk diam dan menjadi pendengar. aku masih berhingus dengan dunia liga inggeris, sepanyol dan german. tiba2 beralih ko topik raya, keluarga, rumah , puasa, kopitiam, kereta, uptown, adab puasa dan 1001 lagi topik. semakin galak otak berputar mencari idea menghangatkan meja penge;tehan. sudah pukul 1. tak reti2 ?? jom blah.

lega rasanya dapat menge;teh. balik rumah rebahkan badan. selang 20 minit AY meragam. menangis sampai kul 4 pagi. padan muka. sapa suruh tak hamek wuduk dulu ??? sendiri mahu hingat la brader !!

1 ulasan:

salman ® berkata...

ku sangka essien..ballack rupanya dier