20 September 2006

The Extreme Journey (1 hour and 2 minutes ... rush like hell)

Dah 2 kali kantoi nak gerak kul 7 pagi , theoritically kunun2 nak gerak kul 7 tp implementasinyer masih lagi di takuk lama. 7 :20 lepas buletin pagi yang penuh dengan berita rogol dan rompak itu. berlainan dengan KJ yang agak tenang bandarnya kerana dekat dengan LDP ttp KD agak berlainan. menempuh jalan yang macam taik surface-nyer itu memerlukan pengendalian motor dengan cekap sekali. Tahap penglihatan perlu tajam setajam mata helang dan gaya lincah badan perlu seperti penari ballet mengelak lori2 gila dan kereta yang audio dentum dentam camhingatdiasorangajeadamp3player !!

menyusuri LDP ke UIA pj juga meruntun kemahiran tinggi menyelit dan agak bernasib baik dengan langsingnya badan Wave 125 dapat melakukan dengan extreme sekali. berbekalkan 20 minit sudah sampai ke tadika isteri tercinta.

Ttp , saat merempit ke Cyberjaya , agak memenatkan rider warga emas sepertiku ini. ttp oleh kerena aku keseorangan, ini agak bonus, kerana tiada sesiapa bisa memarahi melainkan timbangan akal dan nafsu. dengan kekuatan henjin 125cc, binatang Wave ini selalu menggodaku agar terus memerah trotel hingga ke tahap maksimum dan meninggalkan pakcik2 yang terkial2 mengawal honda lampu bulat yang sarat dengan anak2 di belakang.

Melepasi tol puchong, memungkinkan aku memuaskan nafsu serakahku memaksimumkan kekuatan Honda The Power of Dream ! dan normally, ia tidak mengecawakan !

Tepat jam 8:32 pagi , aku clocked in ke opis dengan kemerahan !
Sori Boss !! lain kali kasi gaji aku tinggi sikit , biar aku beli Kawasaki ZZR 750 ! baru punctual boleh berlaku dengan kekerapan yang nyata.

Note: hangin tengok orang gaji belas2 ribu ttp beli kete Malaysia! henjut aa Evo ke Imprezza ke ? err..tabung Palestin jangan lupa !

Tiada ulasan: