28 September 2006

Review Album Xifu and The Algebra (versi sembang-lebat-tak-hengat Gunx)

album ni kira cam gabungan ustaz dan artis a aa ... dulu cam golongan ni duduk ni dalam posisi yang eksklusif. tidak dapat digabung jalin kerna tiada titik persamaan. ustaz dengan ana antanya , artis dengan gua lu -nya . dalam bahasa pun dan nampak ketara perbezaan. belum mende2 lain. pemakaian, gaya pemikiran, tingkah laku, etc.

tapi album ni seolah2 menolah myth tersebut dan membuktikan ustaz juga boleh berseloroh dengan artis dan artis pula tidak perlu berdiri keras di hadapan ustaz. segala2nya normal seperti muamalat orang lain.

lagu diselingkan dengan kata2 dari mereka2 yang revert to islam. kata2 yang berunsur sinis bisa melembut dan mengetuk kotak minda kita agar berfikir sejenak dari terus memikirkan perkara2 hambatan dunia. DAKWAH! yes, dakwah, satu yang agak asing kerna kita selama ini sudah tertanda di IC , agama=ISLAM, walau pun kita lex je berseluar pendek, membuka aluran dada utk tontonan peringkat kebangsaan , mengoyakkan seluar dan juga selambawawa mengalerkan rambut!!

lagu2 yg dihidangkan juga komtemporari dan terkini. rentak folk dan rap di ketengahkan dan apa yang paling menarik, lagu2 di gubah berdasarkan hadith2 sohih, (hadith 40 imam nawawi), begitu mengasyikkan sekali dan kow seperti kopi kapal api !!

aku ratekan sebagai 4 setengah bintang (4 and the half out of 5).
lagu track 2 dan lagu baitul muqaddis menjadi pilihan Gunx.

Selamat mendengar !!!

27 September 2006

Unique Nasyeed Album from Xifu !! .. reviewed soon ...

26 September 2006

Kepenatan Maksimum

8:16 pagi, erhmm...cemerlang nampak hari ini, tapi kalau direverse cerita sebenar bagaimana aku dapat sampai ke bandar cyberjaya seawal itu cukup mengerikan.

bermula dengan sahur seawal jam 5 pagi, dengan kepenatan menge'teh mlm tadi masih belum hilang, aku merangkak ke dapur menikmati juadah bersahur. sedang bersahur, sayup2 AY menangis minta di dodoi, hishh...menangis la pulak, ku duduk di sebelah AY sambil kepala terhanguk2 menepuk buntut supaya tidur kembali. seraya kemudian lompat ke dapur utk mengejar sajian.

laungan azan bergema menandakan subuh sudah menjelma. surau as sohabah tempat dituju. ramai jemaah tidak terkira, berkat ramadhan. balik ke rumah kembali dan tersangatlah tidak logiknyer menyambung perjuangan tidur, lalu ku buka laptop menghabiskan masa menunggu pagi.

tepat jam 7 , kancil bergerak menyusuri Kota Damansara. lori dan kereta sama mengejar. AY nyenyak di belakang. sampai di tadika, tutup kereta , unlock Honda Wave pula. dari pemandu kereta menjadi mat rempit. apakan daya tol dan minyak yang naik menggila memaksa aku menjadi makhluk 2 alam. merempit dengan memikul laptop di belakang amatlah menyiksakan. sebagai makhluk bertulang belakang, aku mengaku tulang belakangku tidak berdaya memikul laptop itu. ttp apakan daya ....

8:16 ,. begitu lah tertera .... aku tak kira , aku nak tidurrrrrrrrr !! yeay ... 15 minit , aku mendapat kelenaan bermakna. tiada kata2 dapat ku ungkapkan ... Zzzzzzzzzzzzzzzzzz

25 September 2006


Puasa Retro ! (AMARAN : jgn tiru aksi penulis !!)

1985, pukul 2:15 petang,

sekujur tubuh lemah longlai di dapur, merintih sang ibu supaya menyediakan sajian tengah hari di bulan ramadhan. ketika usia darjah 3 itu , aku di suruh berpuasa tanpa apa2 habuan. hanya motivasi ustazku di sekolah agar berpuasa dijadikan azimat utk bertahan hingga ke garisan penamat.

sungguh besar ujian ini. ibuku seperti tahun2 lepas membuatkan air milo panas kegemaranku selepas pulang dari sekolah. air liurku meleleh tanpa henti , mataku tepat memandang air milo pekat di depan mata.

ku renung air milo , sekali sekala terdengar nasihat ustaz agar aku berpuasa. Errmm....

Syrupppp !! Argh...alangkah sedapnya milo itu, aku tersenyum puas menghirup air milo. terbatal sudah puasaku pada hari pertama. tidak apa , aku masih kecil tidak mengenal apa. ttp apakah jawapan yang perlu ku berikan kepada soalan "Siapa yg berpuasa semalam?" . Pasti aku dapat bayangkan wajah merah garang ustazku pabila mendengar jawapanku.

"Bangun, bangun! dah pukul 5 ni , mak nak masak"...terasa bahuku di usik lembut oleh ibuku. air milo sudah sejuk di depan. Erhmm ... aku tertidur rupanya.....Tidak luak air milo di depan bermakna aku bisa menjawab soalan ustaz dengan hati yang tenang kerana aku berpuasa dan tidak menipu.

22 September 2006

Hijrah
Packing dan unpacking merupakan rukun pindah. Tenaga yg amat banyak amat2 di perlukan untuk melakukan aktiviti berpindah.

Pindah aku tidak seperti rakyat Palestin. berpindah dari satu rumah sempurna ke rumah sempurna yang lain. ttp ...

mereka ? rumah yang hancur ke tepi jalanan atau khemah2 yang sejuk di malam hari , panas di siang hari. anak2 menangis menuntut jawapan. kenapa aku di usir mak ? di mana ayah ? di mana abang ? kenapa rumah kita dihancurkan ? kenapa kereta kebal itu jahat ? kenapa tentera ramai di sini ? kenapa senapang di halakan ke arah kita ? di mana saudara kita ?

erhmmm...rumah aku masih sempurna, ttp amalan aku ntah bagaimana ?

ruang tamu sebelum loading barang Posted by Picasa

21 September 2006


Palestinkini di Kosmo

masa tgh hot Pak Besar nak kawin ngan Bakal Mak Iti itu hari, gua dapat dpat sms dari LMT, inform palestinkini masuk kat surat kabo , wa talak percaya, wa suh dia snap itu paper cut kasi sama wa.

Erhm....nampaknya betul aa tu !!

Alhamdulillah !

more power to palestinkini ....

(klik gambar utk zoom in)

Alah biasa tegal biasa...geli aku dengo !

Kata2 bidalan melayu ni kekadang ada betulnyer ttp kekadang menimbulkan masalah gak bagi aku. dah 2 hari aku rempit menggila dari KD ke Cyberjaya dengan meng'utilize' skill yang ada namun tidak lagi mendapat nikmat tegal biasa itu malah pinggang serta bahu aku semakin parah sakitnya.

tiba di opis sepatut dengan badan yang cargaz dan jitu namun aku masih lagi tidak menjadi modal insan yang cemer , gemi dan terbi.

dengan berbekalkan kopi jantan yang mengandungi ganoderma yang dikatakan menyihatkan tenaga dalaman tinggal hanya retorik semata2. aku masih longlai kepenatan tahap maksima.

hingin sahaja aku menjadi Harry Potter yang bisa terbang dengan penyapu ajaibnya. tidak perlu memikirkan kenaikan minyak dan tol. hanya perlu memikirkan bagaimana menyimpan penyapu tersebut dari di samun geng Diva. i need a magic ! hehhehe.....zam zam alla ka zam !!

note : teringat cerita Laksamana Do Re Mi. kalau korang ko nak bangsi hikmat ke ? Tikar terbang ke ? Teropong Ajaib ? haa...pilih , pilih !!!

20 September 2006

The Extreme Journey (1 hour and 2 minutes ... rush like hell)

Dah 2 kali kantoi nak gerak kul 7 pagi , theoritically kunun2 nak gerak kul 7 tp implementasinyer masih lagi di takuk lama. 7 :20 lepas buletin pagi yang penuh dengan berita rogol dan rompak itu. berlainan dengan KJ yang agak tenang bandarnya kerana dekat dengan LDP ttp KD agak berlainan. menempuh jalan yang macam taik surface-nyer itu memerlukan pengendalian motor dengan cekap sekali. Tahap penglihatan perlu tajam setajam mata helang dan gaya lincah badan perlu seperti penari ballet mengelak lori2 gila dan kereta yang audio dentum dentam camhingatdiasorangajeadamp3player !!

menyusuri LDP ke UIA pj juga meruntun kemahiran tinggi menyelit dan agak bernasib baik dengan langsingnya badan Wave 125 dapat melakukan dengan extreme sekali. berbekalkan 20 minit sudah sampai ke tadika isteri tercinta.

Ttp , saat merempit ke Cyberjaya , agak memenatkan rider warga emas sepertiku ini. ttp oleh kerena aku keseorangan, ini agak bonus, kerana tiada sesiapa bisa memarahi melainkan timbangan akal dan nafsu. dengan kekuatan henjin 125cc, binatang Wave ini selalu menggodaku agar terus memerah trotel hingga ke tahap maksimum dan meninggalkan pakcik2 yang terkial2 mengawal honda lampu bulat yang sarat dengan anak2 di belakang.

Melepasi tol puchong, memungkinkan aku memuaskan nafsu serakahku memaksimumkan kekuatan Honda The Power of Dream ! dan normally, ia tidak mengecawakan !

Tepat jam 8:32 pagi , aku clocked in ke opis dengan kemerahan !
Sori Boss !! lain kali kasi gaji aku tinggi sikit , biar aku beli Kawasaki ZZR 750 ! baru punctual boleh berlaku dengan kekerapan yang nyata.

Note: hangin tengok orang gaji belas2 ribu ttp beli kete Malaysia! henjut aa Evo ke Imprezza ke ? err..tabung Palestin jangan lupa !

19 September 2006

Up Next ...

The One Hour and 2 minutes journey.
premier on Wednesday , 20/09/2006.
Kota Damansara Yg Ganjil

Sebagai budak kampung yang jitu, aku kekadang terbawa imej kampung aku kat mana2, memang sepatutnyer pun, kerna aku tak leh menipu diriku ini bahawa betapa tingginya pangkat dah darjat ko, asal usul jgn sesekali di lupa macam Si Tenggang yg terpaksa jadi batu rock kerna tidak mengaku maknyer seorang rakyat biasa yang tidak punya apa.

begitu aa aku , yg baru masuk rumah , hangin melihat rumah lama terselindung dengan rimbuna pohon2 nangka yang hanya berbuah sebijik dan pohon mempelam yang eksyen jer rendang tak hingat tp buahnya tiada. so, pagi Ahad yang hening, aku hunuskan pisau Samurai lalu nekad menebang dahan2 rendang yang kerap kali meng'overshadow' bumbung parking kancil aku.

dahan2 yang siap di tebang, aku kumpulkan di depan rumah dengan harapan ada lori2 sampah yang sudi mengutip. Malangnya, mangkuk hayun punya lori tidak berbuat demikian , lalu jadilah rumah aku macam rumah Mona Fendy kat Ulu Dong . Begitu angker dan horror sekali dengan lambakan dahan2 di depan rumah.

Argh.........kat mana lak aku nak humban mende alah nih ? hishh.. ada juga aku bakar kang !! Grrr.....

18 September 2006


berat sama di pikul , ringan sama di jinjing, rosak sama di heret, sendiri mau hingat !

aku sendiri penah wat aksi daredevil camni, nak wat camner, motor kengkawan rosak, nak cari bengkel tak tahu, bukan area kita, so, wat bodoh tolak motor ke bandar dengan berbekalkan doa naik kenderaan.

jgn lupa baca doa sebelum merempit. hehhe....
ex5 tu tolak rxz !! ex5 mmg power !!
Pilgrim Yer self
Malas tu nak pindah .. sesuatu yang memenatkan.
pagi sabtu kemarin, gila liat nak bergerak, hari ni kene kerja keras dan dengan penuh harapan ada kengkawan mai tolong. giler ngko, walau pun barang2 aku tak de le besau sangat. tapi dengan mengambil kira tingkat 5 yang tiada berlift, ini adalah sesuatu yg giler jika aku dan bini memikulnyer sorang.

kami sarap dan Abg Yusof Lori call tanya rumah., phew !! hingat lori tak leh mai, itu pun satu pasal gak kalau dia tak mai. dah sarap, cepat2 ke rumah 5 tingkat , eh! tingkat 5. bawa kuwo barang2 semua...

tgk jam di tangan, kengkawan tak sampai2 lagi .. jenuh aku ni kang. alih2 kul 9 steng, tersembul kelibat sorang , selang 5 minit, timbul lagi sorang. phew !! lega aku! sib baik dapat jiran2 yg ok.. bhahaa...leh minta tolong ...
tq to Solihin, Fong dan isteri, Maei, Faiz , Kimi, Bayam, Hafiz Puchong dan kawan dia yang tertinggal kunci kat dalam kereta masa balik . aku halalkan penyangkut baju aku tu . bwhwhaaaa... tq also to bro Maszlee Malik dan isteri dan anak2 kerna membenarkan aku merembat rak tv yg sangat kami dambakan ... tq also to Bro Yunus dan isteri kerna hadiahkan kami astro ..heee...tq also to ipar duai dan biras2 yang datang tolong sediakan judah, tq and tq , ....

bermula secara rasminya kami menduduki :

7, jalan nuri 7/20,
jalan nuri 7
seksyen 7, kota damansara.

mai la datang ke rumah . sila sila !!

15 September 2006

Iklan Merdeka Versi Gunx

Scene depan TV, membelakangi satu kerusi malas, nampak tangan mencapai kopi, di depan TV , ada siaran buletin utama. kamera fokus pada scene mat rempit wili motor dengan hilaian ketawa. Kamera fokus pada mata si ayah, buat muka berkerut, kamera kembali fokus pada siaran berita. lagi berita mat rempit di tahan. air mata bergelinangan. lagu background bertukar jadi lagu mendayu (baca: bukan lagu ciptaan Eddie Hamid ). nampak tangan anak mengapai tangan si ayah. si anak berumur lingkungan 5 tahun bertanya kepada si ayah.

"Ayah! kenapa ayah menangis ?"
si ayah terdiam sambil mengusap kepala anak.
kamera zoom-out dari jendela.

lalu fokus kepada kaki kudung si ayah.

font besar saiz 45
"Merdekakan diri anda. Sendiri mau hingat !"

lagu fade way.
kamera fade away.

AY at Video Google ! ... Chekas Shooting (again?)

14 September 2006

Previewing ... welcome to our house at KD! Posted by Picasa


Jiran

sebut jiran,dan dok kat flat di bandar, korang sendiri mahu ingat betapa payahnyer kita hendak bertegur sapa dan paling pahit nak hingat nama sorang2, anak berapa, tarikh lahir, kete dia mana satu, dan juga kerja di mana .

sebagai penduduk flat , aku sendiri rasa bersalah giler keran tak dapat kenal-mengenali jiran. rekod balik opis paling awal dapat di catat setakat ini adalah 6:12 petang dengan kelajuan menunggang motosikal selaju 110km/j.

tingkat 5, sbelah adalah orang telekom di siang hari , penjual mee hoon sup di malam hari, pelajar Open University di hujung minggu. hebat ! dah berkahwin ttp bini tinggal jauh . Hebat !

tingkat 4 , indon , peramah tahap premium, aku tak tanya dia dah jawab 10 patah. aku tak hamek port sangat. tinggal serumah 6 orang, mak aii , cam sardin bai !

tingkat 3 tu hagham aku tak kenal satu hapah pun, pasal time aku lalu , sunyi jek , baik siang , malam atau subuh hari. jenglot kot dok situ ! taakuuttt ... !!

tingkat 2, akak ni peramah tapi hasben dia masam je 24 jam , serius tak tentu pasal, aku dah yoyo ooo sengih , dia menten masam . hek leh ... !! lex aa bang ! tapi one thing , akak ni suka kucing. banyak giler dia bela kucing, tapi jiran lain cam tak puas hati pasal tak tahan bau shit kucing tu bisa menusuk tulang hitam. hehehe...

tingkat 1, sorang minah India ni. dah tua. dan setia jaga mak dia yg of cource lagi tua dari dia. depan dia lak , sorang pak cik yg berasal dari n9. peramah gak. bini dia keje kat Nagoya Carefour Subang.

gitu lah coretean jiran saya. tidak lama lagi mereka akan saya tinggalkan .. membawa diri ke Kota Damansara dengan jiran2 baru. harap jiran sana happening2 .. hopefully !

13 September 2006

Keje2 yang penah Gunx buat. (Part #1)

form 4:
masa ni semangat belajar dah luntur, tak nak ngadap buku dah. kawan2 aku hamek SRP time tu majoriti dapat gred 2 dan 3, kalau dapat gred 1 very2 rare la. Bede yg merangkap jiran dan rakan sepermainan aku sajes menoreh getah. dapat duit leh tampung minyk motor kapcai di samping acara menge'teh lepas isyak. cadangan tersebut ku sambut dengan hati girang kerna tidak dpat ku bayangkan betapa kayanya aku time tu. seluar jeans jenama Big John pujaanku pasti ku beli dan tidak lupa t shirt jenama Forest . kasut DokMat tinggi juga tidak ketinggalan. bergaya sungguh aku di samping kapcai itu. pasti namaku menjadi sebutan orang kampung.

"Oiiii, cepat aaa ... dah pukul baper nih ? " jerit Bede melihat aku terhegeh2 turun utk ke kebun getah. Penat tak usah citer menoreh. Serangan nekad nyamuk serta babi2 yg lalu lalang tidak melunturkan semngatku utk berdikari demi penampilan hebatku nnti habila menerima habuan.

Cukup seminggu, kami menjual getah sekerep membawa seribu harapan. Lori getah dah sampai. di timbang di tulis akan total laba kami. aku pejamkan mata sambil berangan2 melihat akan helaian2 wang menimpa ke atas aku. arghhh....tidak sia2 pengorbanan ku selama ini.

"Nah ! 11 hinggit" kata tokey getah sekerap lalu menyerahkan kepada Bede. mengikut ilmu matematik, 11 hinggit di bahagi kepada 2 tidak sama sekali menyamai casa impian aku. Aku rasa ingin menjadi pembunuh hari itu. Tersengih2 tokey getah menyerahkan sejumlah wang tersebut.

Kami saling berpandangan.
Aku mencuka sepanjang hari itu. sekali henjut isi minyak motor dah pokai ...


moral of the story : korang buat aa sendiri ..!!
Lagi lagi cekas !

AY dah pantang jumpa air, mesti histeria. masa cuti baru ni , ku biarkan sahaja dia di layan sepupunya bersantai di sungai nan indah.

ku perhatikan merah matanya dek kerana sejuknya air sungai kampung yg belum tercemar.

semoga air sungai kita sentiasa di jagai.
 Posted by Picasa
Terkonang Dulu2
Tengah2 dok packing barang nak pindah, aku terjumpa lak gambar retro ni. ni sehingat2 aku final day exam final year kitaorang kat uum. terasa cam lepas kuwo penjara lak, bebas tul rasanya. rasa dah leh sara anak orang, eceh .. ! tapi time ni happy tak hengat nyer ... memasing dalam kepala dah macam2 nak buat. mana yang ada duit sikit mesti parent ajak pi disneyland, mines wonderland, pengkalan kubur atau sekoro2 pun berkelah kat PD.

Bagi penghutang tegar cam aku ni .. fenin aa kepala fikir nak bayar balik hutang UUM . loan JPA dah satu bab, ini loan jangka pendek lak . sepanjang sem, aku keputusan wang oleh kerana boros berbelanja menghapgrade PC . Bwhahhaa....

CGPA menurun saban semester dek kerana mengadap PC siang dan malam bagai kera mendapat bunga. geng2 dalam gambar ni ramai dah jadi "mr somebody". ada yg keje ngan gomen, ada yang keje celcom, ada jadi engineer poyo, yg penting korang tak sombong, leh ajak nge'teh ngan aku yg koro ni....

ni aa first time korang tengok aku berambut penuh ala2 hail amir gitu. Bwhahhaa .....

12 September 2006

uumlinux is dead ?
tatkala pagi yg hening, aku buka YM, buat pertama kali di prompt suh isi verification sign. wah ... apa kejadahnyer nih..cam kene hijack je nih? hangguk dia. hangin tak hingat nih. doshh ... aku dah send mail kat intruder tu .. harap2 dia baik hati pulangkan akaun kesayanganku itu. cari aa keje lain weii selain meragut akaun aku. satu lagi , engineer kat Yahoo! ni pun satu, (ni edisi menyalahkan orang). dah korang gaji mahal2 , kasi aa secure sikit sistem korang ni. lagi satu Windows XP ni pun , kasi aa security update kat pengguna pirate cam aku nih .. hek eleh .... tu pun berkira ...

11 September 2006

Y! aku bengong ?!
hangin tul aku hari ni ... sapa lak gatal curi password Y! ku ni .. dari sekolah aku pakai sampai bekerja, tup! tup! hari ni dah tak leh guna ....

woi !! kasi palik pwd aku ... !! hah! tengok .. tulis pun pelat .. .punya lah marah .... grr....

08 September 2006


Buku
aku rasa dah dapat rentak balik camner nak baca buku regularly, kalau zaman bujang , aku stick ngan satu buku sampai habis dan buku2 lain kene tunggu turn utk dicapai, namun sekarang aku rasa mcm tak sesuai utk berbuat demikian kerana pelbagai kekangan, hel eleh , skima lak ayat aku nih ...

so, bila time turn minik aku mandikan AY (kami rotate mandikan AY..hehh), aku rebahkan badan , capai buku tulisan Dr Yusuf Qaradawi (Fiqh Iktilaf), henjut baca secara halilintar, korang mesti cakap buku ni skima, tapi bagi aku best brother ni tulis , walaupun dia dha berusia, tapi tulisan dia bisa menderaskan adrenalin kita. baca 2 muka sahaja , capai lagi buku lain, henjut 2 muka . err..cam tu a lebih kurang, sampai AY siap mandi , hek eleh .. ntah apa2 teknik tu .. tapi at least aku dapat baca banyak buku walau pun sikit . compare teknik dulu , hek leh ... tak best lansung..

Pindah
plan nak pindah b4 ramadhan, ntah aa jadi ke tak, aku jenis lst minute person, kotak pun dah belasah kat kedai mamak, ada ke mamak ni nak jual , FOC je aa bai , apa lak nak jual , lu dah kaya ... cuba minta kunci this week , nak tranfer barang yg mana patut. doakan keberangkatan tiba kami di Kota Damansara, huhuh... Pilgrim yer self !!

Hobi
aku skang nak tukar hobi baru, futugrafer !
masa wedding Siti kat Lipis , aku cuba cari angle yang menarik utk snap. hek leh ..sekali lagi aku gagal. camera man lain yg official maksud aku, berduyun2 naik pentas, snap tak hengat, jadi aku stop cubaan nekad aku, lalu aku capai nasi bungkus , makan kat tepi longkang sambil layan mak cik sebelah merungut nasi tak dapat. AY cam biasa main lari2 ngan sepupu sepapat dia ... nampaknya aku kene cari hobi lain ...
cipta lagu mungkin ? hehhe...

Pregnant
Apa ? adik aku pregnant ? tahniah, senyum meleret aa AY dapat sepupu tak lama lagi ... hehh...make sure ko buli sepupu ko ni .. hehhhe..boley ?

Notebook
ni betul2 hari ni dalam sejarah, buat pertama kali dalam hidup aku , apa yg ku impikan menjadi realiti, dah lama sangat aku nak beli laptop, tapi oleh kerana pelbagai kekangan , eh ! macam ayat atas tadi jek , aku pendamkan aje bbrp tahun sambil telah airu liur melihat rakan2 lain melayari laptop memasing.

hari ni aku pegan laptop aku sendiri, ya OWNED BY GUN !! muahahha..alhamdulillah , macey pada awek minik aku kerana menghulurkan wang sebagai wang pendahuluan transaksi ittew !
Let;s browsing bebey ...

Chelsea
dah penat taip, di umumkan Gunx sekarang adalah penyokong Chelsea Ballack

07 September 2006

Sepetang bersama TV3
baru aku nak cuci kancil petang ahad tu, aku tengok kat 3 bijik kete belabel tv3 selamba paking depan rumah. aik ! pehal la depa ni petang nyibuk mai rumah mertua aku ni ? wa nak cuci kete pun kantoi ...

hek eleh ! abang ipar aku rupanya. habis semua staff tv3 dia hangkut ke rumah. oleh kerana siaran tertunda majlis Pak Din, so petang tu agak relax sikit aa berbanding kat Masjid Wilayah punya coverage.

minah Bersamamu tu kecoh gak, extrovert giler. ada je lawak dia yg kekadang best tapi kekadang boring gak .. layan jek .... Posted by Picasa

06 September 2006

Hari Khamis yg cerah , ku sambut ceria. kerna hari itu kami sekeluarga ke Pulau Cekas, Raub. Man_26 msg : "Palestinkini masuk kosmo". Hehhe..thx mate ! Thx also to meawsmart !! Muahhaha...

Jalam menuju ke sana misteri tul, pasal lalu kat kawasan orang kene kerat 18 tu aa...heleh ... takkan korang tak hengat , YB Pahang tu .. hehhe...aku agak dalam 5 km kot nak masuk dalam. akan lalu beberapa kampung,

sampai sana, orang tak berapa ramai. tak sabau nak terjun tiruk tp tak boleh pasal air paras buku lali.

AY adalah manusia yang paling gembira utk wet party kali ini. teruja sungguh dia tengok air. aku boring pasal tak tohor jek (cetek). zaman aku dulu lagi thrill. mandi kat empangan. beberapa orang kawan hampir menjadi mangsa lemas kerana termasuk dalam arus pusaran puaka. Tempat yang paling takut untuk didekati ttp tetap dicubai utk menguji kejantanan al kononnya.

pepehal, Pulau Cekas bagus utk korang bawak famili. ada challet utk korang lepak jika penat nak balik jauh2. aku rasa dari KL 2 jam dah sampai kalau bawa kete macam Mr Bean.

cuti-cuti Malaysia. errr...sayang tak de tempat menge'teh di situ.. ahak ! Posted by Picasa
 Posted by Picasa

05 September 2006

What's happening this recent merdeka ?

4 hari berada di Kuala Lipis, korang mesti arif sangat apa yg aku telah dengar saban saat dan minit. dah naik muak dah telinga dengar cerita anak Tarudin.

pagi ahad, aku ke bandar Lipis cari ayam utk santapan tengh hari, saje melencong ke rumah ct. mak ai !!! kete menjalar parking. semua 1.8 ke atas, kedatangan kancil mengundang kecacatan pada deretan kereta tersebut. di katakan pagi tu ct khatam quran. biasak aa... !! aku tak hamek pusing sangat.

pagi sabtu sebelum tu, rombongan Lipis (keluarga mertua aku) ke Kuantan menghadiri walimatul urus. aku lega. lega kerna di harapkan tempias cerita mistik ct tiada lagi. ttp ... rupanya makin teruk. persinggahan pertama sudah menghangatkan suasana. sana tak puas hati, situ tak puas hati, bomoh itu , bomoh ini. hahhaa..... lantak korang aaa... tak khoser aku dengor .... mende dah sah suami isteri , tutup kes aa bai ...

thank Mak Mah kerana menjemput kitaorang ke rumah mlm tu. Pak Din, senyum aa sikit ... takut wa tengok. :D