02 Ogos 2006

Seattle Sound (versi imbas kembali awal 90-an )

"Nah, ambik aa..! ", kata Farid
"Err...pinjam ekk. kaset ni..??", aku gugup nak request...
"Tak pe , pinjam aa.. aku lame lagi cuti semester nih.."
"OK, Thanks bro."

Melepak di tempat kenduri memang merupakan satu budaya kat kg menunggu hingga ke dinihari untuk kerja2 memarut kelapa utk persediaan hari besar pengantin.

Melepak mlm tu telah memperkenalkan aku dengan irama Grunge yang dipercayai berasal dari Seattle, USA.

Ceh...bermula aa episod seorang budak kampung yg ingin merantau di negara orang. Saban waktu aku berangan utk ke sana. Best ke kat Seattle ? Grunge habis aa aku kalau ke sana... huh.... time tu laks menular deras unsur2 barat kat Malaysia dengan pelbagai irama muzik alternatif. Dari punk bawa ke grunge bawa ke industrial bawa ke Doom Metal...memacam unsur ada... aku antara mangsa2 arus deras ini....huhhu...

"Mak! Saya lepas SPM ni nak belajar kat US, boleh ?", pelan2 aku kautim ngan mak aku pada petang yang hening
"Apa ? Ko jangan nak mengada2, ko tu anak sulung !
Mak dah tua, esok apa2 jadi kat mak , huh! ko lak dok jauh , sapa nak urus mak ?" , melenting mak aku dengan secara tiba2.

Aku tunduk ke lantai.
Seattle tinggal impian .....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seatle tinggal harapan tapi Sintok dlm kenangan... dpt gak ko ke negeri orang..