Hati Ibu
"Nak sekolah ke tak nak?"
Aku diam terpaku sambil tetap berkeras nak KL keje kilang bersama rakan.
"Kesian mak kat sini"
Aku dah goyah. Berpaling ke kanan melihat ibu sudah tunduk sambil ligat melipat kain.
Idle. hening petang itu. aku batalkan plan nak ke padang bola kerana sedang menghadapi krisis agung.
berderu masuk ke bilik kerana darah muda yg panas sedang melavakan diri. aku sudah dewasa. aku hingin berdikari !! ayah hanya membisu.
Kedengaran sayup2 di luar esakan ibu. ku letak tangan di dahi sambil memerhati cicak berkejaran di syiling.
dada bergelora, permintaan di tolak. kawan2 pasti gelakkan aku. arghhhhhh..........!
berjayakah dia ke Kuala Lumpur ? nantikan episod seterusnya ...
30 Ogos 2006
Acting Novel Enthusiast

Novel terakhir aku baca rasanya masa nunggu panggilan kerja kilang lepas SPM. ku selak laci, terjumpa Novel Cinta. ntah apa ke tajuknya. Lalu ku baca halaman demi halaman. cinta monyet albino. 2 jiwa dipertemukan di satu sekolah. si dara dan teruna berjanji sehidup semati. si teruna agak dangkal bagai cipan gurun , si dara cerdik bagai kancil perodua.
Masing berjanji setia cinta dan pelajaran berjalan seiringan. aku makin syok cinta macam ini kerana aku dah leh agak si jantan ni pasti fail dalam SPM. ya! memang ya! wanita yang satu tan emosi pun leh control emosi ttp si jantan yang tunggal emosinya ternyata gagal emosi dan gagal SPM. satu tamparan buat aku.
kenapa si lelaki tu fail ? kan naya kene bayar balik nak hamek SPM !! tu pun kalau si jantan tu masih gagah nak ngadap formula pengkamiran dan tarikh J.W.W Birch di bunuh ! kalau dah syok keje kilang , dah ada RxZ , lagi aa malap .... hek eleh ... !!
buat jantan2 semua. kawal emosi yang satu.
ending cerita novel agak tragis kerna dara dan teruna ni tak dapat di satukan. hek eleh .. aku cukup nyampah sad ending cam tu ... bikn wa punya moral jatuh tak tentu pasal.
buat jantan2 semua. man-man aa nak baca novel tu, jangan jadi cam aku. baik korang baca buku Sejarah Dunia Tingkatan 4. nampak tengok gambar Mat Kilau masa muda. huhuh....aku score A1 maaa sejarah .. jangan main2 ..huhuh...

29 Ogos 2006
Lonely
I walk alone, I'm lonely.Why should we hear your problems?I sit at home, I'm cryingDon't wanna know, we don't care.My world gone wrong, please help me.We have no time, no beat it!
And everyday, we throwing stones.And everynight, we missile-fired down .Now you don't care, now you don't feel.So many friends, now where they'll be?Now you tell me...
1993 - Carburetor Dung . lyrics altered by Gunx. contribute to our brutha and sistas in Palestine !!
I walk alone, I'm lonely.Why should we hear your problems?I sit at home, I'm cryingDon't wanna know, we don't care.My world gone wrong, please help me.We have no time, no beat it!And everyday, we throwing stones.And everynight, we missile-fired down .Now you don't care, now you don't feel.So many friends, now where they'll be?Now you tell me...
1993 - Carburetor Dung . lyrics altered by Gunx. contribute to our brutha and sistas in Palestine !!
28 Ogos 2006
Kapur dan Kasut
Zaman sekolah rendah dan menengah memaksa aku memakai kasut di attach-kan dengan kapur. kebiasaanya, lepas main bola, petang jumaat , kasut akan direndamkan didalam baldi.
pagi2 sabtu, aku akan ke bilik mandi membongkok selama sejam mengadap kasut setelah dileteri ibu tercinta selama 15 minit agar bertanggungjawab menjaga kasut Bata BM2000 itu.
Setelah itu, proses mengapur dijalankan. keje dia agak rumit dan memerlukan kosentrasi tahap tegar sekali. kerna kebiasaanya tatkala aku mengapur , ayah tercinta aku menyuruh aku membancuh teh setelah penat ke bandar membeli barangan dapur stok seminggu. aku turut teruja menghirup sedas dua teh buatan aku sendiri. tapi memandangkan tugas mengapur tidak lagi selesai, ku kapurkan jua.
setelah itu, barulah kasut itu diletak atas atap jamban dengan harapan cuaca tidak merbahaya pada bot2 kecil. itu cerita dulu aaa.. skang aku tak pakai dah kasut berkapur..... huhuhu....
Zaman sekolah rendah dan menengah memaksa aku memakai kasut di attach-kan dengan kapur. kebiasaanya, lepas main bola, petang jumaat , kasut akan direndamkan didalam baldi.pagi2 sabtu, aku akan ke bilik mandi membongkok selama sejam mengadap kasut setelah dileteri ibu tercinta selama 15 minit agar bertanggungjawab menjaga kasut Bata BM2000 itu.
Setelah itu, proses mengapur dijalankan. keje dia agak rumit dan memerlukan kosentrasi tahap tegar sekali. kerna kebiasaanya tatkala aku mengapur , ayah tercinta aku menyuruh aku membancuh teh setelah penat ke bandar membeli barangan dapur stok seminggu. aku turut teruja menghirup sedas dua teh buatan aku sendiri. tapi memandangkan tugas mengapur tidak lagi selesai, ku kapurkan jua.
setelah itu, barulah kasut itu diletak atas atap jamban dengan harapan cuaca tidak merbahaya pada bot2 kecil. itu cerita dulu aaa.. skang aku tak pakai dah kasut berkapur..... huhuhu....
25 Ogos 2006
Rat race ... again !
aku dengar terma tu bila baca buku terkenal tulisan penulis terkenal iaitu Robert Kiyosaki. di katakan dia ni financial freedom kerna dikatakan juga duit bekerja utknya dan kita ni yang makan gaji dah jadi macam Rat Race.
aku malas nak telan semua ayat dia. pasal dia bukan maksum ttp kalau fikirkan ada juga benarnya. makan gaji stended aaa..dapat duit, kasi orang dulu , kasi bank ni , kasi along ni, kasi kat adik nak belajar, eh ! korang ada kasi kat mak korang tak ? ehehehe... aku tak tahu aa si Robert ni kasi ke tak , tapi kita ni .. hehhe....
Kalau mak ayah kaya tak hingat macam Tengku Zawiyah , tarak hal aa...tapi yg dok kat kg tuh ... tentu dah nak beras, api , air, biskut merry, belanja pekan sari, duit nak hulur kat kenduri kawin. kita yg dapat pegang sijil SPM ni pun atas penat lelah derang .. lantak aa Robert tak sunat tu kata Rat Race ke haper ke , janji duit habuan mak kasi topap montly...
kuil! sayangi mak ayah anda. sayangi keluarga. jom nge'teh !

24 Ogos 2006
Palestinian Poser

Satu bahagian dunia di sana. mereka mati terbiar. umat di negara lain meliar ke sana sini mencari rezeki mempekakkan telinga mendengar jeritan di sudut itu.
Zouk, Hard Rock Cafe dan Modestos. tempat paling nikmat. Gaza, Jaffah dan Tebing Barat. tempat paling azab. tempat menempah maut. ramai sudah kecundang. kecundang yang bukan sia2. syahid yang kenikmatan tahap tertinggi. syurga idaman terbentang di depan.
tidak ! tidak !
tidak perlu ke sana. pergi kita yang menyusahkan mereka.
mereka tidak mahu jasad kita. mereka tidak mahu askar kita.
mereka mahu apa yang di poket kita.
raba poket sekarang ! . ya raba !

23 Ogos 2006
Aku nikah akan di kau ....
Aku tahu sangat perasaan seorang penjaga bagi kes aku , bapa bagi kes Tarudin, melepaskan seorang anak gadis kepada seseorang yang kita belum 100% kenal hati budi. Bercampur baur perasan..selamat ke anak aku ? bahagia kah dia ? ttp fasa ini tetap akan di lalui bagi seorang gadis. Aku sebagai 'bapa' acapkali di tanya adik ttg bakal suaminya itu ? bagi siti , senang sahaja. baca metro dan utusan sahaja utk tahu perkembangan bakal suami. paling koman pun google sahaja. satu klik sahaja, beribu page terbentang luas.
ttp bagi aku, itu tidak berlaku. selidik hanya dapat 10% sahaja, selebihnya tawakkal sahaja.
so, aku rasa dapat baca perasaan Pak Din. tapi yang pasti, dia bermenantukan makhluk berharta, aku bermenantukan makhluk biasa. ttp dua2 adalah manusia biasa. Pak Din , selamat menyambut menantu. Moga kita sama-sama mendapat menantu yang betul2 menantu bukan h**tu .
Aku tahu sangat perasaan seorang penjaga bagi kes aku , bapa bagi kes Tarudin, melepaskan seorang anak gadis kepada seseorang yang kita belum 100% kenal hati budi. Bercampur baur perasan..selamat ke anak aku ? bahagia kah dia ? ttp fasa ini tetap akan di lalui bagi seorang gadis. Aku sebagai 'bapa' acapkali di tanya adik ttg bakal suaminya itu ? bagi siti , senang sahaja. baca metro dan utusan sahaja utk tahu perkembangan bakal suami. paling koman pun google sahaja. satu klik sahaja, beribu page terbentang luas.ttp bagi aku, itu tidak berlaku. selidik hanya dapat 10% sahaja, selebihnya tawakkal sahaja.
so, aku rasa dapat baca perasaan Pak Din. tapi yang pasti, dia bermenantukan makhluk berharta, aku bermenantukan makhluk biasa. ttp dua2 adalah manusia biasa. Pak Din , selamat menyambut menantu. Moga kita sama-sama mendapat menantu yang betul2 menantu bukan h**tu .
22 Ogos 2006
It's in your hand
Antara mangsa sms aku ialah mereka2 yang namanya bermula dengan huruf 'K'. browse address book , yes, ada sorang mamat ni. namapun ok. aku send dan kebetulan majikannya memegang motto tersebut. jadi, agak secocok dengan sms bernada lawak satira aku ini.
dah boleh agak frontpage hari ini. jangan harap aa lubnan dan palestin nak duduk ranking pertama. tv3 pun leh tahan. tengah maghrib , belasah buat siaran tertunda. huhuh....
anyway, event kat Lipis nnt, macam nak kene pi. poyo je aaa ikut mertua. dok kat luar aa aku gamaknya..bak kata sorang teman, "Baper ribu orang ngaku sedara dia sekarang..." ... tak kisah la ... dok kat bawah pokok mempelam pun tak pe. janji leh makan nasi minyak di samping kamera 5.0 migapixels berjenama macam pasukan Chelsea.
Antara mangsa sms aku ialah mereka2 yang namanya bermula dengan huruf 'K'. browse address book , yes, ada sorang mamat ni. namapun ok. aku send dan kebetulan majikannya memegang motto tersebut. jadi, agak secocok dengan sms bernada lawak satira aku ini.dah boleh agak frontpage hari ini. jangan harap aa lubnan dan palestin nak duduk ranking pertama. tv3 pun leh tahan. tengah maghrib , belasah buat siaran tertunda. huhuh....
anyway, event kat Lipis nnt, macam nak kene pi. poyo je aaa ikut mertua. dok kat luar aa aku gamaknya..bak kata sorang teman, "Baper ribu orang ngaku sedara dia sekarang..." ... tak kisah la ... dok kat bawah pokok mempelam pun tak pe. janji leh makan nasi minyak di samping kamera 5.0 migapixels berjenama macam pasukan Chelsea.
21 Ogos 2006

Siri Bercakap Dengan 'Jeans'
satu zaman dulu, seluar jenis ini amat digemari kendatipun mendapat tentangan. awal 80-an merupakan kemuncak aliran2 barat menyerang tanah2 Melayu. anak2 melayu terkulai layu dengan rocking di pesta2 funfair dengan hayunan rambut mengerbang.
agak memalukan jika rocker mengenakan seluar yankie ketika itu. tidak kira di mana jean dibeli, bundle, butik, pasar malam, pekan sari, pemberian bapa saudara, etc, namun pemakaiannya dikatakan secocok dengan aliran muzik yang di bawa.
fenomena jean terus menular sekarang, sehingga penulis sendiri di satu malam yang hening, telah memboroskan wang bonus pemberian majikan untuk membelasah satu helai jean yang dibeli buat pertama kali ORIGINAL kerana sebelum ini semua bertopengkan tiruan semata-mata.
dapat lah juga merasa bahana jean original walaupun rakan2 menentang sepenuh hati dan menyarankan penulis membeli jenama Levi;s yang di katakan haptodet !! hek eleh ... tak minat aa bro !! wa minat GA Blues !! huk huk !!
18 Ogos 2006
Hello Bro ?Bro, for me it;s a special command to whom we can consider as partner in crime.
bukan rakan2 yang cakap macam mesin deposit cek. mereka sudi berkongsi masalah dan paling best sudi kasi pinjam wang utk makanan tenghari.
ttp apa perasaan anda, jika ada seseorang yang tidak betul2 mengenali kita , sekonyong2 menyebut ...
"Hello Bro"
err.....
17 Ogos 2006
Mistic, Ghost, Typical Malay
i hate a ghost's story but my wife really like it. Being born in rural area exposed me a lot stuff like ghost, toyol, buatan orang, etc.
i dunno about others races but i think they;re also have their own version. just see on TV or movie. all ghost have their own identity. equipped with corpse-painted face like black metal band, can fly , have a scary voices, can intterupt our souls, and so many thing...
but for me , i dont give a damn about this. so many things to think right now..my mom, my wife , my kid, my bike, my car , my house....my blog, my palestinkini, wahh....this mistic thingy should be my last priority.... don;t want to think laa ....
16 Ogos 2006

Monkey Love
aku tahu, aku tahu , tajuk ni boring, tajuk yang mengimbas kembali zaman2 berjerawat aku. dahulu kala ahmad rizal ni seorang murid yang pendiam (sekarang pun). al kununnya baik sangat la tu ..
tatkala rakan2 lain sibuk menatap surat cinta kiriman 'juliet' masing2, ahmad rizal sering menatap wajah motor kap chai kesayangan. motor yang setia meneman ke mana saja asalkan di curahkan petrol ke dalam perut.
tiada cinta di sekolah, walaupun hati tidak dapat menipu mengimpikan seorang gadis yang cun tahap gaban datang menyelinap. memberi senyuman, mengeyit mata, alahai ... aku tersenyum sendirian ...
"Nak gefren kunun !! " sayup2 terdengar laungan mak di kala dinihari.
"minyak motor pun mak kasi , hek eleh .. !! " sindir mak sambil galak menggoreng karipap untuk jualan di kantin sekolah. hasil jualan itu lah menyara kami sekeluarga di kala ayah aku tidak berdaya utk membanting tulang tapi gagah perkasa menge'teh pagi dan petang. huhuh.... love u dad , love u mum ! kalian mengajar aku tentang erti cinta sejati ..... hek eleh !!
15 Ogos 2006

WYSI-Not-WYG !!
aku pun pening ngan life aku , kelakar kalau fikir, apa yg aku sangat2 mengharap jadi , tak jadi !!, tapi mende2 aku buat tak sungguh2, menjadi dengan jayanya... tapi biasa aa , mende yg berjaya pun , tak de aa besar sangat pun sampai mempengaruhi suasana sekeliling.
tu pasal, aku malaih nak plan, buat dan dan tu jugak .. tak jadi pun aku puas hati, mende tak plan, kalau plan , tak jadi lak .. lagi moral aku down ...
hidup dengan moral yg jatuh merudum agak memenatkan. untuk menaikkan semula tidak semudah yg disangkakan ... di kala itu sang syaitan kerap aa memainkan peranan agar 'derail' dari landasan .. hehhe...
adat aa hidup kat dunia ni. opera kehidupan. ada syaitan, ada malaikat, ada dosa, ada pahala, ada syurga ,ada neraka, ada kiamat, ada bidadari syurga .. hehhe... hidup mesti terus .. mati sudah tentu ...
14 Ogos 2006

Beli Tak Baca
Sindrom melanda aku skang adalah membeli tapi tak baca. dah beratus diboroskan utk memenuhkan rak buku di rumah. aku suka persekitaran yang macam perpustakaan. ia dapat mengembalikan kenangan di Sintok.
Kenangan di mana aku dihadiahkan saman sebanyak 2 semester kos mencekik di sana. saman sebanyak 3 ratus hasil daripada tindakan bodoh aku terpatahkan cd yang kebetulan dilampirkan sekali di dalam buku tersebut. buku IT mostly di lampirkan cd di dalam. natijahnya aku terkedu beberapa hari mencari jalan melangsaikan hutang tersebut.
hasil daripada kejadian tersebut, kununnya aku suka pada persekitaran perpustakaan yg kununnya ala2 kondusif gitu utk membangkitkan berahi aku supaya membaca.. al kununnya !! nah ! sekarang prestasi membaca aku agak merudum, ntah mengapa ?? otak hampir menapous kerna tidak menatap buku2 ini....
AY hanya tersenyum simpul mengoyakkan buku2 yang kekadang menguji kotak suara aku agar meningkatkan indeks decibel meleteri AY yang masih hingusan itu ... sorry ye AY !!
11 Ogos 2006
Cancer and Lifecerita ttg cancer, dah banyak orang aku jumper, mostly dah menemui Allah. tidak dapat bertahan melawan serangan. memang begitulah adatnya, jika sudah sampai ke peringkat terakhir. hanya Al-Quran dan sejadah menjadi peneman di kala itu. ratapan demi ratapan bertalu2 di udara. doa di panjat tidak berhenti. anak dan isteri meruntun kiri dan kanan meminta ehsan Ilahi agar di panjangkan umur menikmati dunia ...
Zali, antara survivor yg aku rasa takjub juga dengan perjalanan hidup dia. daripada kisahnyer benar2 meruntun jiwa bahawa ajal dan maut di tangan Allah bukan di tangan doktor. walaupun doktor membuat pelbagai hipotesis bahawa umur kita hanya 6 bulan ... ttp Zali tetap dapat bersama aku makan tengah hari di Makcik Lanun , republik of Salak. wa respek sama lu bro ! tabik spring sekali .... pinjam Virago leh ? huhuh
10 Ogos 2006

Hang Tuah Milinium
Antara cerita rakyat paling mempengaruhi aku bahkan majoriti rakyat Malaysia. cerita kecekalan pahlawan Melayu yg selambawawa pi rempit daki gunung Ledang pi belajaq silat demi mempertahankan maruah kerajaan Melayu Islam Melaka.
Aku rasa dah banyak versi buku aku baca ttg Hang Tuah. ada gak penulis yang hambek kesempatan menokok tambah kehebatan Hang Tuah. dah aku rasa cam komik Jepun dah ... dah tak logik ... hehhe....
cuma aku pelik , kenapa skang orang Melayu mudah kene tipu ?
ni contoh Hang Tuah yang kene tipu .. alahai ..... kalaulah Hang Tuah ori hidup .....
Apa ! Tak solat ??mendampingi isteri sambil berkongsi masalah rumah tangga dapat juga berkongsi masalah di tempat kerja. pengalaman lebih 5 tahun menjadi pendidik tadika dapat mengenal beberapa karakter parent.
mengenal karakter parent melalui pemantauan karakter anak2. kanak2 tidak berbohong seperti orang dewasa. WYSIWYG dalam bahasa IT-nyer...apa yang dia nampak, itulah yang dia cerita.
cerita mak bapak tak solat bukan mende baru, tapi bila kita dengar pun , cuak gak ... bila time nak hantar ke taska, kan main lagi choosy-nyer..nak yang islamic , biar anak jadi baik ... tapi bila kita tanya anak
"Mak ayah kat rumah sembahyang tak ?"
dengan muka yang selamber dan penuh telus dan tidak berdolak dalih dan tidak berkepentingan dan tidak
melindungi sesiapa seperti sesetengan pak menteri ... ehem ehem ...
TAK !!
gulp !!
08 Ogos 2006

Riqolmi meets Ballack
Kami tidak sehaluan dan sering berbalah dalam isu bola. sering menyalahkan satu sama lain. kami ingin menjuarai dan suka melihat akan kekalahan lawan. aku tidak suka argentina dan dia tidak suka german. memang begitu adat bola. di luar kawan rapat, dalam stadium bertukar menjadi lawan. biasa semua tu...
namun, dalam hal lain, kami bersepakat. Isu Lina Joy, isu pendidikan, isu politik domestik dan antarabangsa, isu palestin, isu hizbullah, isu air , isu datuk k .. hehhe...
namun isu pendidikan begitu menarik aku utk berfikir ...Riqolmi yang bertugas sebagai pendidik begitu risau akan kedudukan anak2 remaja skang ni...mat rempit, seks luar nikah, ponteng (ni tak leh lari ... hehe...), walaupun borak2 dan buah fikiran hanya berlegar di kedai kopi namun jauh di sudut hati , aku tetap risau ... bagaimana anak2 aku esok ??? bagaimana cabaran mendatang ??
err...PA! balik kg bila ?? jom nge'teh !!
07 Ogos 2006

Nangis dan Hindustan.
kalau sebut nangis, perkara pertama muncul dalam otak aku adalah filem Hindustan. bila sebut hindustan perkara kedua muncul adalah fantasi. bila sebuat fantasi , ia adalah rekaan semata2 dan tidak boleh sama sekali di adaptasikan dalam kehidupan yang penuh dengan kenaikan tahap cipan.
hero dan heroin menangis, tapi tetap bahagia di akhirnya. berpegangan tangan sambil menyanyi dengan 18 pasang pakaian yang ditukar setiap 1 seminit. mana kala orang2 kampung dikerah utk sama2 menari utk meraikan pasangan ideal ini. Jangan di halang cinta mereka, buruk padahnya.
Besarnya impak filem Hindustan dalam kehidupan seharian kita . Setuju tak ? Tak setuju pun tak pe.. aku dah cuba kurangkan tengok filem Hindustan , cuba beralih arah menonton kartun Jepun pulak yg aku rasa lebih tak masuk akal daripada filem Hindustan. dah nama pun kartun .. alahai .... kuch kuch hota hey ... !!
04 Ogos 2006

Dull Maths
Maths memang tak menarik bagi kaki conteng cam aku ni. Aku kunun2 darah seni tendency kepada bende2 abstraks dan tidak terkongkong dengan protokol2 yang memenatkan. Maths tidak berada dalam list feveret masa form 1-4 , form 5 baru suka, tu pun pasal cikgu ajar tu best dan selalu motivate bahawa budak sekolah agama boleh score dalam Maths dan bukan hanya champion menghafal kitab2 Arab (tak paham pun!!).
So, kalau aa Maths macam ni... tentu aku antara student yang duduk paling hampir dengan papan hitam atau dalam bahasa Arabnya di panggil "Sabburatun".

Kurt Cobain (Nirvana) dan Tun Mahathir
MG : Apa pendapat ko Mahathir kene sembur ngan pemedih mata bila nak berucap kat Kelantan?
B : Hehe....macam Kurt Cobain aa...
MG : *blur*
B: Ye aa...ko biasa kat pub, main lagu sentimental, la ni dah main kat underground , kat gigs , biasa aa kene cam tu ... hahaha...
MG : Hehe....macam2 ko ni .. huhh....
note: amat payah nak faham orang politic-centric ni. sedar2 belakang ko dah kene tikam dah ... huhu...
02 Ogos 2006
"Nah, ambik aa..! ", kata Farid
"Err...pinjam ekk. kaset ni..??", aku gugup nak request...
"Tak pe , pinjam aa.. aku lame lagi cuti semester nih.."
"OK, Thanks bro."
Melepak di tempat kenduri memang merupakan satu budaya kat kg menunggu hingga ke dinihari untuk kerja2 memarut kelapa utk persediaan hari besar pengantin.
Melepak mlm tu telah memperkenalkan aku dengan irama Grunge yang dipercayai berasal dari Seattle, USA.
Ceh...bermula aa episod seorang budak kampung yg ingin merantau di negara orang. Saban waktu aku berangan utk ke sana. Best ke kat Seattle ? Grunge habis aa aku kalau ke sana... huh.... time tu laks menular deras unsur2 barat kat Malaysia dengan pelbagai irama muzik alternatif. Dari punk bawa ke grunge bawa ke industrial bawa ke Doom Metal...memacam unsur ada... aku antara mangsa2 arus deras ini....huhhu...
"Mak! Saya lepas SPM ni nak belajar kat US, boleh ?", pelan2 aku kautim ngan mak aku pada petang yang hening
"Apa ? Ko jangan nak mengada2, ko tu anak sulung !
Mak dah tua, esok apa2 jadi kat mak , huh! ko lak dok jauh , sapa nak urus mak ?" , melenting mak aku dengan secara tiba2.
Aku tunduk ke lantai.
Seattle tinggal impian .....
How To Become a Boros's Bookworm ?1-Tekad dan keringkan hati.
2-langkah bersahaja ke kedai buku.
3-Riki tajuk2 buku yang difikirkan sesuai, tidak perlu belek2 sangat kerna ini adalah pembelian berunsurkan nafsu semata2.
4-Pegang erat buku2 yang hingin dibeli. lagi banyak buku lagi bagus kerna anda telah hampir menjadi a Boros's Bookworm yang sejati.
5-Jangan hiraukan jelingan orang bersebelahan kerna percayalah mereka teramat jaki melihat keborosan anda.
6-Jika terasa buku amat berat, letakkan dahulu di atas kaunter dan teruskan pencarian anda.
7-Setelah berpuas hati, suruh awek kaunter kira. dan hela nafas dalam2.
8-perhatikan digit2 yang terpapar pada LCD skrin mesin pengira dan ukirkan senyuman kerna anda telah berjaya menjadi a Boros's Bookworm.
9-Setelah mendapat akan jumlah totalnya...pejamkan mata dan hulurkan wang cash hard-earned anda pada awek kaunter dan lepaskan nafas perlahan2 menandakan berakhir sudah episod pemborosan nekad ini.
10. SELAMAT BERBOROS DAN WELCOME ABOARD BUDDY !!
Langgan:
Catatan (Atom)