27 Jun 2006


Jerman - pengakuan esklusif versi bukan rahsia

Ko taksub ke ?
aku tak la taksub sangat dengan team jerman ni sebenarnya. cuma macam hati kecil aku meminatinya. ntah kenapa. kalau ikutkan aku nyampah kerana sejarah hitler. ttp ini bukan pemerintahan ttp permainan. majoriti lelaki suka akan permainan bolasepak. so , team jerman menjadi pilihan. tak hafal pun nama player dia at least yang selalu score dan yang ada X-Faxtor laa...

habis tu kenapa ko suka sangat ?
kerna tahun ni dibarisi oleh kaum muda. last world cup majoriti adalah kuda2 tua yang hampir nak menapaus. pengalaman ada ttp stamina la pulak .... so , tahun ni macam mantap aa kunun2...tapi team lain pun apa kurangnya ..cuma aku lihat team France cam tak de muka lain ..hehhe...tukau la weii....

Kenapa ko poyo sangat beli jersi Jerman sampai anak ko pun ko paksa pakai ??
takde aa, aku dah lama mengidam nak beli , original mahal beb !! baik aku tinted kancil aku dari beli baju tu ... cuma oleh kerna minat, aku beli je aa..bukan haram pun ... lagipun murah je ... greb b golok mari ... hehhe... lagi satu kaler putih dia tidak memeritkan aku memakainya tatkala mentari tegak di kepala. hehe...

Macam Jerman dapat pi final ?
persoalan tu ko boleh beri kat semua supporter..aku tak de le optimis jerman pi final. cuma aku harapkan teamwork depa dapat memberi satu persembahan yang memuaskan hati. terutama hantaran Ballack yang bisa memboloskan pertahanan dan senjata sepakan luar kotak penalti dengan rembatan kelajuan cahaya dapat memberi sedikit tekanan kepada pihak lawan. pepepun bola itu bulat !!

kata2 terakhir sebelum perlawanan dengan Argentina Jumaat ini ??
kepada penyokong German sekalian, korang janganlah minum arak masa pi stadium nanti. korang beli burger je. pastu kasi bungkus sirap satu. arak tu haram. sekian terima kasih.




Tiada ulasan: