03 Mei 2006

Lempang

Dulu masa sekolah, ada sorang cikgu ni, mmg kaki lempang orang, silap sikit, terus zrasss. !!! singgah kat muka, aku cukup takut ngan cikgu ni ... memang terknal seantero sekolah. dah banyak muka2 senior mahupun junior telah mendapat habuan tangan dia ni ...

tapi yg aku pelik , walaupun dia ni jenis kaki lempang...tapi ramai student respek dia...one thing yg aku ushar dia ni adalah ...

dia jenis caring kinda person ... kalau mana2 student ada masalah peribadi, dia seboleh2 akan tolng.. waima perkara2 yang tidak melibatkan mende2 pasal sekolah... so ...

student takut dan respek ngan dia...franky spiking , kalau dia masuk kelas...aku adalah antara yang paling skima mendengar setiap2 bit2 ucapan dia...

lagi satu , dia ni bukan setakat dekat ngan student , dgn parent pun cam tu ... kalau ada kematian atau kenduri kendara dia akan turun , tu yg student makin respect ngan dia ....

TQ cikgu !! kerna mengajar aku ttg respect...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada lg ker org cam cikgu ko kat dunia ni? yg aku jumpa seorang yg dh tunaikan rukun Islam ke-5 tp yg katanya kalau nak ikut hati mudanya rasa nak dot dot dot tu plus tak amik port bab2 kebajikan staf makan ker tak staf dia yg stayback sampai ke mlm yg dtg keje weekend bla bla bla.. yg ni ada lg.. mmg masih wujud kat bumi Allah ni...

"sesungguhnya Allah tu bersama dgn org2 yg sabar..."

bayam berkata...

aku pun penah kena lempang time darjah 3.. punya la bosa tangan cikgu tu.. berpinorr pala aku.. sebabnya hanyalah salah jawab soklan matematik... kalau skang ni ada kena saman cikgu tu.. hehe tapi hasilnya lahirnya anak muridnya yg bijak mengira nie.. hehe

Tanpa Nama berkata...

gunx,

aku nak selitkan sedikit dengan harapan mereka baca blog ini dapat mengkaji semula pertandingan sms yang akan ada nanti....rujuklah majlis fatwa malaysia...tolonglah..

http://mufti.perak.gov.my/
kemusykilan/Musykil_utama.htm

Assalaamu'alaikum wbt,

Merujuk kepada fatwa mengenai peraduan SMS yang telah diwartakan, serta dokumen mengenainya di laman web Jabatan Mufti Negeri Perak (http://mufti.perak.gov.my/fatwa/keputusan_sms.pdf), saya ingin mengemukakan beberapa soalan.

1. Ciri-ciri peraduan SMS yang menyamakannya dengan perjudian telah dinyatakan di kandungan 2 dan 4 dokumen tersebut. Saya memohon penjelasan dari pihak tuan, sekiranya sesuatu peraduan SMS itu menepati separuh daripada ciri-ciri tersebut, dan tidak menepati separuh yang lain, adakah ia masih dikategorikan sebagai judi?

Tujuan saya bertanya ialah kerana saya telah menyertai sebuah peraduan SMS anjuran Celcom (sebelum fatwa mengenainya diwartakan). Dalam peraduan tersebut:
- peserta-peserta dikehendaki menjawab soalan berbentuk objektif (A/B/C/D).
- soalan-soalan ditanya mengenai pengetahuan am. (Cth: Apakah jambatan terpanjang di Malaysia; Apakah Negara di utara Perlis; Olimpik pertama
diadakan di negara mana; dsb.)
- mana-mana peserta bagi yang berjaya menjawab satu set soalan (15 soalan) dalam tempoh masa 30 minit akan memenangi hadiah saguhati
berjumlah RM100.
- hadiah utama akan diberikan kepada 3 peserta yang mempunyai markah tertinggi.
- (maklumat lanjut boleh didapati di http://www.celcom.com.my/contests/SMS_Cashrich.html).

Daripada penelitian saya, perkara 2.1, 4.1.1, dan 4.1.3 adalah tersabit dengan peraduan tersebut (serta mungkin juga perkara 2.2 dan bahagian kedua bagi perkara 4.1.4). Manakala perkara-perkara lain (dalam kandungan 2 dan 4 dokumen tersebut) saya dapati tidak tersabit dengan peraduan tersebut. Adakah peraduan ini masih dikategorikan sebagai perjudian?


2. Untuk menyertai peraduan di atas, saya telah membelanjakan ~RM1,000.00, dan telah mendapat RM 3,300.00 hasil daripada memenangi wang saguhati yang diberikan (saya telah menjawab set 15 soalan tersebut sebanyak 33 kali). Sekiranya peraduan di atas masih dikategorikan sebagai perjudian, adakah dibenarkan bagi saya untuk mengambil kembali modal yang telah saya laburkan untuk menyertainya (RM 1,000.00)? Atau adakah ianya juga haram/syubhat?


Diharapkan agar pihak tuan dapat memberi penjelasan serta penyelesaian bagi masalah ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Kamarul Azri bin Mohd Zam


Waalaikumussalam ,

Daripada penilitian kami, bentuk pertandingan berkenaan masih dalam bentuk perjudian menerusi tiga aspek :

1. Ada unsur pertaruhan dengan bayaran caj lebih tinggi dari kadar biasa.

2. Ada unsur cabutan kepada pemenang yang layak dan sudah tentu ada pihak yang menang dengan kerugian orang lain.

Penaja akan mengaut keuntungan yang besar bertopengkan kuiz berkenaan.

Wallahua'lam