15 Mei 2006

Belia 4b - Generasi Pertama

aku mengenali belia2 kampung semasa aku bertingkatan 4. ketika di kala aku hingin mencari kawan2 setelah keboringan membaca buku preston dan sasbadi.

kampung aku padat dengan belia yang rata2 mempunyai latar belakang yg unik. ada yang kaki rempit, kaki ganja, kaki betina, kaki minum, kaki kikis harta mak bapak, kaki mekap kereta, kaki jual tanah, kaki kencing, kaki bohsia dan macam2 kaki lagi. Mengenali mereka membuatkan aku memikirkan dunia ini di huni oleh pelbagai spesis manusia.

Namun begitu, aku sedar semua spesis di atas tidaklah menjadi modal kepada kita mencampakkan mereka ke lubang neraka dan pada masa yang sama tidaklah mengiyakan perbuatan mereka.

Fikirkan bagaimana dia dan kita dapat menjadi manusia yang baik dan berguna pada nusa dan bangsa seterusnya menjadi modal insan yang premium ... e cehh...

Jom Nge'teh !!

Tiada ulasan: