14 April 2006

Jakun Singapore CD#2

"Penumpang diingatkan supaya menutup sebarang peralatan elektronik kerana ini akan menganggu sistem penerbangan kami"

"Hek Eleh ... koronya kapal terbang ni, aku pasang henset pun tak leh ke ?" getus hatiku. Pesawat bergerak perlahan, aku rasa dia tgh masuk gear 1 , dalam 20km/j gituh...aku kene dok kat tgh, bosan tul , apa ke jadahnya ? aku nak dk kat tingkap. nak tengk awan, nak tengk rumah jadi besar ibu jari, nak tengok laut, nak tengok atmosfera...arghhhh..........tension ...

pramugari/ra sibuk ke hulu dan ke hilir , ntah apa dia wat aku tak tahu .. saje je kot acting bz ! aku buat pura2 cam tak jakun dengan membaca akhbar tempatan walaupun fikiran aku menerawang ntah ke mana .. yeah .. singapore ... aku ke sana ... kira oversea aa kot ... dulu family aku beria2 benar suh aku jadi ustaz....belajar kat Jordan ... kat Universiti Al-azhar ... tapi masa aku tgh kemaruk nak jadi mende lain ....hamek ko .... habis harapan mereka semua aku pinggirkan.. hehhe.....(note: jgn tiru aksi penulis yg keras kepala ini),

Pesawat makin laju , aku rasa dia dah accelerate gila baban .. ntah cam ne rupa enjin dia kan ? dalam sekelip mata aku rasa cam tarikan graviti makin mengurang ... hatiku berdebar...pesawat gegar tak hingat ....wahhh...apa ni ??


Mak tolong !!!

apakah terjadi pada Gunx dalam episod akan datang ?
Siapakah pemuda misteri yg dia jumpa di Changi Airprt ?
Bagaimanakah nasib Gunx dan rakan2 selepas stranded sampai naik lemau muka ?

saksikan dalam episod akan datang ....

Tiada ulasan: