31 Oktober 2005

Boring

ye laa skang ni pun semua mode raya, tak leh tipu aa kan ? semua nak baju baru, semua nak songkok baru, semua nak sms wish raya, semua nak kasut baru, ni semua dah mainstream, semua org kepingin nak lakukan walaupun poket geleng kepala 18 kali tapi dek kerana kehendak (bukan keperluan) yg tidak terbatas membatasi akal, langgaq belaka.... tapi bagi mereka yang mampu, no hal .. go for it .. memang kita di kehendaki berpakaian cantik2 di pagi raya, tapi bukan syarat BARU , cantik ... so, kalau yg last year cam ok lagi .. balun je aa.. bukan orang tegur pun ... ehehe.....

one thing lagi, pasal persiapan raya, kuih raya, duit raya, mende2 ni kekadang memuakkan aku, bayangkan kita dah hidup kat 30 tahun, the same thing keep rolling, tak de somthing yg appear, satu pembaharuan yang mendidik, or at least menggerakkan kita ke satu anak tangga , tapi harapan aku mengubur begitu sahaje, tiada apa yang bleh di banggakan, same old damn cycle keep rolling ,

apa kata next year , kita buat revolusi mental ?? set kepala hotak kita utk invest dalam AMANAH SAHAM RAMADHAN , yg aku confrm kita semua KAYA DALAM SEKELIP MATA !! ini bukan janji wakil rakyat , ini bukan janji manismu,

sebelum tu, pepepun kasi ada knowledge skit sebelum nak raih LABA , macam kata AZIZI ALI, jutawan hartanah, DUIT TU secondary, tapi ILMU PRIMARY !! tanpa ilmu, duit banyak mana pun , hangus !!

attend aa kuliah ilmu, dapatkan info ttg pahala itu dan ini based pada DALIL YANG SOHIH , baru confrm amalan kita dapat LABA, tak aa penat tunggang terlabik ...

jgn jadi pak turut je, every amalan dalam ISLAM ada justifikasi dia ...

cam contoh, IKTIKAF 10 mlm terakhir, mende ni ada dalil soHih dalam hadis , rasullulah iktikaf kat masjid meninggalkan isteri2 baginda dan bersungguh2 menghappeningkan mlm , satu lagi KALAU AA TV dapat advertise KEJAR MLM LAILATUL QDR bagus gak , kasi expose dengan sunnah ni , kat kg agak terpencil lagi ....

27 Oktober 2005

demi masa



penat cari parking mid valley, yati habaq better aku cari jam kat sana...depan carefour katanya , lawa2 !! mulah ! mulah !! .... baiklah aku cuba....

sebenarnya , aku nak ke Petaling Street je terus , tapi memandangkan situ tak soleh sikit tempatnya , dan di bulan ramadhan pulak ni, mata, hidung , telinga semua kene insuran (bulan2 lain gak !!) , so aku ikutkan ajer mengushar kat sana....

puas gak nak cari carefour , walaupun sebenarnya mudah, kalau tengok kat sign bod, tapi saja gatal2 rayau2 ...

last depan carefour tu , terjujul aa kedai jam , kecik je tapi packed ngan jam , jam versi funfair , letak kat depan , jam yg kasta tinggi sikit, letak kat dalam , locked,

so, aku memang suka jam ala2 GShock ni , tapi mata aku terushar Casio Illuminator , wahhh .. kaler kuning kat begian interface dia... tali dia getah warna hitam gray2 sikit.... hati aku dah nekad,

"buka jap, keluarkan yg kaler kuning tu..."
baper harga
"rm128"

pum! dia letak calculator, kira2 pap! turun jadi 109.xx, lohh...siut je aku tak tawar lagi dah turun ...

"seratus aa senang" , aku kasi padangan
angguk tokey tu. *ceh!! mesti leh kow tim turun lagi ...!!! grrrr!!!*

dalam poket aku ada rm50 jek ,, kejar ke ATM, semua rosak !! halamak !!
camner ??? aku raba poschback aku , lohh !! ada pecahan duit rm100 , utk not rm1 dan rm5 khas utk raya.... aku pejam mata, hamek rm5 tu dum!! letak kat kaunter...

sengih je tokey tu dapat duit pecah bau bank lagi .... hampehhh ....

anyway , ALHAMDULILLAH , Allah beri rezeki jam kat aku .. Thank You Allah !!
syntax error



bukan pasal programming or any nerdy stuff, aku tahu ramai orang mode raya skang..ehhe..so am i , tapi at least kita penuhi sikit aktiviti barang seminit dua tepuk2 debu yang melekat kat cover al-quran kat rumah kita, pelan2 selak lembaran2 al-quran yang kalau kita suluh sejarah bagaimana peritnya nabi kita nak build dan implement framework Islam dan di dokumenkan dengan begitu maha ajaib sekali utk tatapan dan panduan gerak laku kita di muka bumi,

mungkin selama ni kita tak galak sangat selak al-quran compare ngan baper banyak majalah kereta, nyanyi, motor, hiasan dalaman, gossip , gadget, audio kita khatamkan .. itu pun ok gak as long as pengetahuan dan santapan otak kita dan senang kita nak sosial ngan orang kerna pengetahuan kita tu , tapi bende ni tak leh aa kita kesampingkan sampai terdiam kaku al-quran berdebu 2 inci kat atas para rumah kita nuuhh...

satu ketika dulu ...perit perut Bilal Bin Rabah di hempap batu dek kerana nak junjung isi al-quran, matinya Sumaiyah di sula , hati saidina Hamzah di mamah , miskinnya Abu bakar memberikan semua harta , syahidnya saidina umar dan uthman di tikam,

...semua kerna nak junjung isi kandungan al-quran yg selamba wawa je kita kasi berdebu kat atas para nuhh.... aduhh.....wake up GUNX!!!

25 Oktober 2005

Ayam Kokok Atas Batang



aku dapat email ni

Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Tuan-tuan & Puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Saya telah menyebutkan tentang bahan kimia merbahaya yang terdapat di dalam rokok. Saya juga telah mencadangkan agar para perokok meninggalkan rokok selama-lamanya bermula di musim Ramadhan Al-Mubarak ini. Saya yakin anda boleh melakukannya jika anda mahu melakukannya insyaallah.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah. Ummu Salamah telah berkata, Rasulullah SAW melarang kita mengambil bahan yang memabukkan dan juga yang melemahkan badan. Hadis ini di riwayatkan oleh Imam Ahmad dan juga Abu Daud. Lantas nabi melarang umat islam daripada bahan-bahan yang memabukkan dan melemahkan badan. Bila kita mengkaji rokok, kita mendapati rokok mempunyai bahan yang memabukkan dan ia juga mengandungi bahan yang melemahkan badan. Sebagai contoh, mengikut BBC News bertarikh 8 Februari 2000 melaporkan bahawa pakar-pakar perubatan dari Royal College Of Fizician Uk iaitu RCP mengatakan, nikotin iaitu bahan dadah yang terdapat didalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain.

Justeru, jika anda menghisap rokok, anda telah menghisap sebanyak 4000 bahan kimia berbahaya dan juga sedang memasukkan dalam diri anda 1 dadah berbahaya. Dadah yang setanding dengan heroin dan kokain yang diharamkan di Malaysia ini. Dadah itu bernama nikotin sehinggakan pakar-pakar perubatan di barat mahu agar rokok diharamkan kerana mereka mengetahui betapa berbahayanya bahan nikotin ini. Justeru ulama pada hari ini, selepas mereka mengkaji dan mendapat fakta sebagai contohnya fakta yang saya sebutkan, mereka mengatakan bahawa merokok ini adalah haram. Bukan lagi harus. Bukan lagi makruh. Hukumnya sekarang ialah HARAM

Dr. Yusuf Qardawi dalam fatwa Muassirat berkata, dari penjelasan yang telah saya berikan, saya berpendapat pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat yang menghalalkan merokok boleh dianggap salah. Justeru kita hanya mempunyai hanya 2 pilihan hukum sahaja. Pilihan yang pertama ialah mengatakan merokok itu makruh. Pilihan yang kedua ialah
mengatakan merokok itu adalah haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat disudut alasan dan hujahnya. Pada tanggal 23 March 1995, majlis fatwa kebangsaan Malaysia melalui muzakarah yang 37 memutuskan bahawa perbuatan merokok adalah haram.

Justeru, tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan. Hendak teruskan merokok !!!, selepas fatwa-fatwa ini dengan hujah-hujahnya. Saya mencadangkan agar tak usahlah merokok. Bila anda tidak merokok, Allah akan menyayangi anda. Jadikan Ramadhan ini sebagai bulan yang akan menjauhkan anda daripada rokok selama-lamanya. Saya doakan moga-moga anda berjaya insyaallah.

Dari Dr. Danial bin Zainal Abidin dalam Motivasi Mutiara 18 Oktober 2005, hari Selasa jam 7.30 pagi di Mutiara FM 95.7 Mhz Pulau Pinang.
Lipis Mate

Tadi pagi,aku isi minyak kete kat Shell di KJ, isi angin tayar dulu, kasi up 200 kPa, baru syok accelerate kat hi-way, lately dah tak syok dah rempit ngan kancil, kasi tayar balance dulu , pastu aku ushar dlm poket, lohh !! ada seploh hinggit jek ??!!.. belasah aa .. kancil tak pe , ada exception , lain aa aku bawa BMW, tak kan isi 10 hinggit ! mahu kene gelak satu Kelana Jaya ...

lepas baiknyer aku park kat petak isi minyak, sorang mamat (pekerja Shell) aku dalam usia 40 tahun (berdasarkan kuantiti uban di kepalanya dan juga indeks kedutan tak hingat di muka), himpit aku , aku hulur rm10, sambil tu dia jerit

"Wahh ! Free Palestine!!" pabila terpandang bumper stiker kete aku...aku setakat sengih je aa ,

risau gak tengok galak pulak mamat ni ....

"Balik Raya mana ?" ewahhh! mesra alam pulak mamat ni memulakan perbualan
"Balik pahang ?"
"Pahang kat mana?" wahh!! dah jadi inspektor polis pencen plak dah mamat ni
"Maran"

"Abg! org mana?" , aku membls mesra hhehehe
"Pahang"
"Ooo...kat mana??" balas aku bersemangat
"Lipis"
"lohh!! isteri saya orang Lipis, kat kg Tempoyang"
"Ohhhh !! tahu tahu , kat jalan menghala ke Gua Musang tu ya ??"
"Betul2", rasa semakin mesra perbualan kami...

Kendian kami pun borak aa cam aku ngan dia ni sepupu lak ... hehhe....sib baik tak de kete Q kat belakang,

tapi one thing aku heran ngan brother ni ,, dia ni aku agak dah tua dah ,, tapi cam ner leh kerja jauh2 cenggini ... ye la kan , cari rezeki, kene hijrah .. cam citer Cinta Madinah lak


eh! korang folloow tak citer Cinta Madinah ??
aku terpengaruh lak ngan citer ni .. siap ada novel kat rumah ... citer ni memanng novel-based,wife aku memang kaki baca novel, aku memang tak leh masyuk ngan novel2 ni...pening

24 Oktober 2005


tu nampak umbut ??? best tuuu masak buka poseee !!! Posted by Picasa

ni baru pinggir hutan, tak masuk yg hard core lagi ...  Posted by Picasa

hutan sejuk ... best kalau bawa toto melepak sampai kul 6 setengah .... Posted by Picasa

dah tumbang ... fasa ambil umbut lak ... Posted by Picasa

tu dia batang lankap .... korang tahu tak ?? aku first time dengaq .. tu yg topi besaq tu , mak mertua aku ... Posted by Picasa

mengushar batang lankap utk di ambil umbutnya  Posted by Picasa

close up kasut pak mertua aku , apa alasan aku balik nnt .??? tak pe pak mertua aku sempoiiiii  Posted by Picasa

operasi mencari umbut di tengah hari di bulan ramadhan ... wahh...cobaannnnnn !! Posted by Picasa

kasut pak mertua aku tertanggal tapak, aku belasah ikat ngan akar .. :) Posted by Picasa

20 Oktober 2005


sambil depa bca, aku snap sedas dua .... : ) Posted by Picasa

geng tadarus aku .... sempoi gak depa ni baca...ada sorand dua sangkut baca  Posted by Picasa

meet fazly , skateboader cum tok bilal .. hehhhe Posted by Picasa

pertandingan azan .. time ni si fazly tu tak de darah kat muka ... hehhehe Posted by Picasa

tinggal 2 orang lagi .. ni dah level final dah ....sapa salah jawab, OUT !! Posted by Picasa

kuiz Sirah Nabi, aku pun cuak tengok soalan depa nihh... Posted by Picasa

peserta program Ihya' Ramadhan Masjid Bangsar Posted by Picasa

muka slumber , muka seposen , muka cool, bermuka2 Posted by Picasa

Nabi kita , junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa obor Islam yang maha suci , penyelamat kita di akhirat nnt  Posted by Picasa

buku ni aku beli ada sebab , author dia catitikan orang paling berpengaruh dalam sejarah , hang tahu sapa no 1 ??? Posted by Picasa

19 Oktober 2005

Meeting



aku tak suka meeting, tapi aku suka sembang2 kat kedai kopi tapi dalam mode meeting, cos otak aku terbuka dan open dan lebih stabil berbanding kalau aku berada dalam bilik meeting yg tertutup, dengan memasing poyo buat muka serius cam best jek ...!! arghhh...satu senario yg begituh kronik utk minda aku ....

18 Oktober 2005

Malas

setelah pulun hampir 3 minggu , bergelut dengan binary, offset, HLR, Global Title, SRIfSM, FwdSM, MSC, SIU 520 , alhamdullilah , dah berjaya wat fasa pertama, semua ni atas bantuan rakan2. setelah mencapai klimaks ni, aku terasa kemalasan maksima, lalu aku ambil keputusan drastik mengambil cuti utk bersama keluarga, aku nak hadiahkan diri aku sendiri dengan masa. Masa aku nak allocate utk AY dan Marsitah. hahaha...puas hati aku ... pedulilkan kerja for a time being... aku pun nak lex gak ...hehhe..... so, semlm aku spent pagi dengan setelkan bayaran2 . maintenance flat, kereta, pinjamam JPA, etc ....

petang sikit, aku jalan2 ..... aku terbang bebas ...

Berende' @ bertenet @ beromen

Sebenarya kat area flat aku , xtvt ni agak berleluasa, awek selamber je bertepuk tampar ngan balak . lagi hangin kalau bulan ramadhan, dah lama aku perati, tapi baru2 ni takdirnya aku terserempak ngan satu kapel .

awek tu pakai sluwa pendek , balak tu pakai cam penyanyi Peter Pan, rambut ala2 grunge gituh, cehh! rock aa tu ... hehhe (baca: aku dulu rock gak tapi ada sikit bawah tanah, baju black plus faded and teared jeans)]

aku kebetulan dressing cam tok siak , siap dengna kupiah atas kepala , kain pelekatm baju melayu, dengan segera minda separuh sedar aku menyatakan "Gunx! ko kene soung mangkuk 2 ekoq ni , tidak hang kene question dengan Allah kat padang masyar", jiwa aku berbelah bagi, aku berpeluh sebentar, aku menganalisis mesej minda aku , lalu aku beranikan mulut memulakan kutbah pertama aku menyound mangkuk tuu....

"Er...adik u ke ni?"
"Tak kawan! Nak wat assignment, tu pasal jumpa"
"Abgn terpaksa bagi tahu yaa ,Tak bagus dok dua2 orang camni, tak elok, "
"Sorry aa , abg terpaksa cakap, kalau nak jumpa pung , cari area yg tak fitnah
jumpa at least 3 orang, jgn cam ni ... "
Balak tu angguk dan tunduk (ke dia gelak ngan statemnt aku ?? hehe)
"so , after this, tak nak aa jumpa cam ni, er...no heart feeling yaa... abgn
terpaksa cakap"...

adeh...ya ke aku tadi..??? hehhe...taram je laaa ...janji mesej sampai kat telinga dia..phew!!!

Fasilitator
jadi fasi la aku paling tak suka dalam dunia, cos aku tak reti nak conduct kalau di beri satu task. aku tak leh jadi ketua, aku tak karisma !! tapi ahad baru ni aku jadi lak ... aduhhh!!!

program ihya ramadhan kat masjid bangsar.
ada contest azan..aku di kehendaki handle satu group. mostly student sekolah rendah sekitar bangsar dan pantai dalam.

task aku : cari peserta yg leh azan
first, aku suh depa introduce diri masing2. dah tu aku belash ajaq bagaimana azan dengna btul berbekallan exp. aku azan kat surau di kg. hehhehe....
then, aku suh depa azan sorang2....semua azan sambil tunduk ..heheh....

then aku notice soranng budak ni. his name Fadzly, budak Pantai Dalam, wahhh...siap pakai rantai beb!! rock budak ni !! cuak aku ...

aku suh dia azan .. wahhh sedap azan dia ..respek aku !!
then aku cuba dekati dia, wahhh...kaki skateboard beb !! aku tanya aa lebih2 , pasal menatang skateboard tu, harga dia,. camner nak main , kat mana port baaikkkk nyer nak main ...and so on ... bagus budak ni cuma ye laa pergaulan kan .. remaja kat bandar ... banyak terdedah ngan macam2...

Fazly terkejut aku pilih dia..hilang darah kat muka dia ... aku cuba calm down dia...
ayat ni yg menaikkan semangnat dia .hehhe

"Bang! diaorang semua hebat2 !! tu aa anak ustazah tuu" *tak puas hati*
"alaa .... lex aaa .. kita bukan bukan nak menang", aku cuba motivate dia.
aku nampak dia dah cool down dah sikit...

Fazly di panggil ke pentas utk peserta ketiga.
Bagus alunan azan dia, cool jek ...
Memang dia tak menang, tapi aku suka dia leh participate dan berani ke depan ...

go! Fazly go!!

14 Oktober 2005

overdose

apa2 perkara kalau berlebihan akan membawa mudarat, gula bagus, terlebih jadi cam iklan petronas, sepak bola ke atas ,, dengan kaki2 naik sekali...., dadah pun baik, terlebih kalu, melepak aa korang bawah jambtan kat brikfil , terlebih duit, orang belasah curi (so, sendrikk mahu ingat aa nak zakat yee !! kasi itu overhaul itu harta ....), terlebih pujian , errhmmm...... once ko wat wat slack ... habih aaa .... so , moral of the story ... seelok2 perkara adalah PERTENGAHAN, EVEN dalam part ibadah... kalau terlebih kang takut hang pa jemu , Allah tak kan jemu kasi pahala ... takut kita tak terkejar, bosan terus tak buat....biar perkara kita buat tu nampak sikit tapi konsisten...tapi tengok aaa kemampuan korang lak .... kasi match aa... tak kan gaji rm3000, sedekah rm2 jek .... kurang2 topap aa lebey sikit ....hehhe...

cyber
aku tak melepak kat sepang today...phewww !! dah habis misi pertama aku , may be next week fasa kedua lak .. one thing for sure aku banyak belajar erti teamwork and friendship... term terror-gila-babi-nak-mampus tak de .... hang tak leh terror sorang2, mesti nak kene tanya orang, perlu bantuan orang, tu pentingnya persahabatan. , kalau bahasa agama orang paggey UKHWAH !! tak de sapa yg terror, memasing ada kelebihan dan kelemahan, bila jadi team, bende tu jadi compliment aa....hang tak tahu yg ni , aku habq, and vice versa..

personally, aku nak ucap time kacey tak terhingga kat Azman Celcom dan team-nya kerana kerjasama tahap dewa yang diberikan ... lagi satu tq kerana tunjuk tempat2 makan yg menarik di kawasan Salak !! hee.. eh! tu masa sebelum ramadhan aa...hehhehe


Senggora

yeayy ! yeayy ! dah apply cuti raya !! this time beraya di bandaraya Maran, my beloved hometown...hehhe..

11 Oktober 2005

Louuudd--Speaker
ahad lepas, aku belikan henpon baru kat my beloved wife, henpon lama latetly banyak sangat problemonyer...so , better kasi angkat satu. aku belasah yg poliponik dan ada loudspeaker..utiliti ni amat aku suka, kerna memudahkan pergerakan aku bila ada orang call waktu tangan dan kaki sedang bekerja. set to loud speaker, dahh ! cakap aa... price : rm 280 , nokia

Buku
Dah lama aku tak beli buku kat MPH, last week aku belasah turnn kat Mid Valley , MPH dia amat aku suka,. besar dan nbanyak sekali buku2 yg menarik....better try aa pi !! aku belasah buku Jakarta Strut, framework java utk implement MVC for web based app. Ya Allah! Mudahkan bagi ku menuntut ilmu ini !!

Buka Pose @ iftar
so far, baru sekali aku buat secara berjemaah, buka posa...itupun kawan aku ajak pi buka kat rumah dia...apa laga....torruss aaa... seblm tu aku beli dulu sate + murtabak kat param {PAsar RAMadhan} depan rumah..sebenarnya syok iftar ramai2 ni ... bila korang nak ajak aku anka beranak buka kat rumah hang pa ??? hehhee...

05 Oktober 2005

Perghhh

lately aku agak penat bila balik kerja...mungkin tak biasa tempat kerja yg jauh...dulu senang je rempit ke taman desa..nahh! skang hamekk kooo ...sepang terus....naik kematu buntut nak sampai rumah...tapi kalau aku ada motor yg CC besar sikit...for sure aku rempit jee...tak minat aku follow belakang lori ..hujan tu biasa aa bagi mat rempit...dah memang lumrah alam...tapi jam itulah menyebabkan aku rasa cam nak keluar dari kereta dan berlari2 anak terus ke flat aku mendakap wife anak aku .... ehehe ..

8 ke 20 ??
soalan ni akan selalu berlegar bila time ramadhan,,,kita sibuk dok tanya hang wat 20 ke 8 ??? mende tu dua-dua ok ... rasullah mengamalkan 8 , dan saidina omar mengamalkan 20 , tak silap aku saidina othman 36 (correct me if i;m wrong)..yang penting hang datang ke masjid dan buat secara santai , tak macam f1 !!

tapi mlm tadi , happening giler masjid tabung haji ..ramai giler ...melimpah ruah jemaah ,,hehhe..... lupa lak aku nak bawa digicam ... nak snap ... !! pastu aku nak snap lak minggu ke 3 ...nak compare....hehhee...

Kete Spot
aku beli kete mainan kat AY..lately dia kurang tidur .. aktif sesangat...kalau dengar aku pusingkan tayar kete tu ... mata dia akan segera berpaling dan terus merangkak dengam kelajuan cahaya kearahku... laju gila dia merangkak...kalau dia berdiri esok...perghh....jenuh nak kejar nii.... anyway ,.... i love u my son !!

04 Oktober 2005

Sleepless and still alive ...

terbantut plak keje aku nak hapdet palestinkini ,,cisss...!! hehe.... kat seminggu lebih dah aku bertapa kat sepang nak siapkan testing...so far camhampeh lagi ...still trial and error dan hopefully ada sirna pada hari mendatang....

yey! yey! ESOK PUASA !!! JOM KE MASJID... HAPPENINGKAN MASJID ANDA !!! PLURALKAN SAF SAMPAI AKHIR RAMADHAN ...

...dan lepas tu selamber aa praktis solat di masjid, kasi orang muda berasak2 dok kat depan , anak kecil jgn di marahkan ....jeling2 tak pea.....kasi depa semangat nak pi masjid...hehhehe....